[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selesai ziarah dan solat jamak di Masjid As-Sahabi Abi Waqqas, kenderaan kami menuju ke suatu lokasi yang menempatkan deretan kedai Muslim - XianXian Muslim Food. Saya tak pasti kedudukan lokasi ini secara tepat, tetapi ia berada tak begitu jauh dari Xiaobei Road Primary School.
Tujuan kami ke sini sekadar nak melihat-lihat suasana dan kalau ada sesuatu yang berkenan bolehlah dibeli sebagai oleh-oleh.
Pukul 2.08 petang. |
Kami bertiga berjalan kaki menyusuri deretan kedai - ada kedai makan dan kedai menjual barang keperluan. Selain orang tempatan, saya dapati ramai juga orang berwajah Afrika di sini.
Meriah dengan pelbagai jualan makanan halal. Sayangnya ketika ini perut masih kenyang, tak dapatlah singgah mencuba makan di mana-mana kedai makan di sini.
Kedai menjual pelbagai jus minuman. Penjualnya, seorang lelaki memberi salam dan tersenyum melayani kami. Jarang-jarang saya jumpa orang bermuka manis di sini.
Kami membeli jus delima dan jus sea buckthorn. Entah apa nama buah sea buckthorn dalam bahasa Melayu, tak ada kot. Rasa jusnya seakan rasa jus oren, sedap.
Dari jalanan tadi, kami menyusuri lorong kecil dan sempit.
Kami berhenti di salah sebuah kedai yang meriah dengan pelbagai pilihan makanan kering - sesuai dibeli sebagai oleh-oleh.
Terlalu banyak pilihan sampai saya keliru nak pilih mana satu.
Mooncake isi kekacang. Harganya 4 yuan.
Keju.
Selesai melihat-lihat dan membeli sedikit oleh-oleh, kami beredar dari tempat ini. Tapi tak berpatah balik, kami teruskan berjalan di celah lorong untuk kembali ke jalan besar. Saya dan Encik Suami ikut saja langkah kaki kawan Encik Suami yang sesekali berhenti bertanyakan arah kepada penduduk tempatan yang ditemui.
Tadi berjalan di deretan kedai, sekarang masuk celah lorong rumah penduduk pulak 😄. Sesekali kami perlu berhenti sebentar dan ke tepi bila ada motor elektrik nak lalu. Bahaya jugaklah sebab motor elektrik senyap je tanpa bunyi, jadinya kita kena lebih berhati-hati dan peka. Apa pun, ini satu pengalaman buat saya yang sebelum ini tertanya-tanya bagaimana rupa kediaman penduduk di sini.
Lorong2 dia lebih kurang lorong kat petaling street je kan?
ReplyDeleteDah berpuluh tahun saya tak ke PS, tak tau dah rupa terkini 😄
DeleteBilalah nak merasa ke China pulak.. Macam best je.
ReplyDeleteTaklah best sangat ke Guangzhou ni, tapi musafir ke tempat asing memang sentiasa menarik.
DeleteBuah apa tu ya, Sea Buckthorn.. macam tak pernah jumpa atau dengar tengok gambar seperti pernah kulihat, haha. Jajan2 tu tulis bahasa cina ya, risau jugak nak beli, takut tak sedap, Ujie beli apa?
ReplyDeleteSaya pun pertama kali tau nama buah tu 😄
DeletePilih ikut rupa yang agak berkenan jelah, dah kita bukan reti nak baca 😆
Kami beli mooncake, makanan jenis asam, kuih macam biskut raya kita dan jeruk bawang putih (bawang putih jenis sebiji bukan ada ulas macam biasa tu).
tengok lorong gini macam dalam filem Jackie Chan je Ujie :)
ReplyDeleteEehh…iyelah kak. Terus saya terbayang Jackie Chan kat lorong tu sedang beraksi kejar-kejar 😆
DeleteHarap-harap oleh-oleh makanan kering yang dipilih sedap-sedap belaka.
ReplyDeleteSetakat yang dah makan, oklah boleh makan habis. Tapi taklah sedap sangat sampai rasa rugi tak beli banyak 😄
DeleteSaya pernah coba jus sea buckthorn saat di Belarus. Memang macam orange atau markisa. Perpaduan itu. Sukaaa juga. Walaupun bentuk aslinya saya juga tak tahu.
ReplyDeleteNampaknya di sana banyak orang Afrika ya kak. Imigran kah atau memang hanya pekerja ?
Ooh..di Belarus juga ada buah ini.
DeleteTak pasti. Tapi nampaknya memang ramai. Majoriti yang hadir jemaah di masjid juga orang mereka.
Uniknya lalu kat lorong rumah org mcm tu... yg stay situ mst org yg dok berkedai di area tu kn kak?
ReplyDeleteAkak pun terfikir gitu Mim.
Delete