Sambungan catatan di Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak. Baca catatan sebelumnya DI SINI.
Saya dan Encik Suami dalam perjalanan menuju ke bangunan Park HQ, berfoto dengan lensa kamera wide angle 0.6x berlatarkan hijau alam. Oleh kerana kami akan bermalam di sini, kami bawa sebuah backpack besar bagi mengisi keperluan. Setiap seorang juga bawa sebuah backpack kecil bagi keperluan semasa aktiviti eksplorasi hutan.
Bertemu papan tanda peta Taman Negara Bako, taman ini berkeluasan 2,742 hektar. Sangat luas, tapi akhinya dengan kekangan masa dan kurang stamina, kami cuma mampu melakukan eksplorasi hutan ke Teluk Pandan Besar dan Teluk Delima sahaja.
Papan tanda arah. Oh, bangunan Park HQ yang kami nak pergi tu dikenali sebagai Customer Service One Stop Centre.
Dari jauh kelihatan ramai pengunjung warga asing di bangunan tersebut yang menempatkan kafe, kaunter pendaftaran, bilik pameran dan bilik simpan beg. Cantik pemandangan depan bangunan ini, iaitu lautan dan Gunung Santubong. Tapi sepanjang di sini, kami tak sempat pun nak berjalan-jalan di tepi pantai tersebut.
Kami menuju ke kaunter pendaftaran, beri dokumen permit penginapan dan tiket/permit masuk taman negara kepada petugas untuk urusan pendaftaran. Selepas itu kami diberi peta laluan hutan dan peta kedudukan penginapan di sini. Petugas memberi penerangan terperinci dengan menggunakan highlighter pen serta cadangan laluan hutan yang bersesuaian dengan masa yang ada (kami tiba menghampiri waktu tengah hari).
Kami juga dimaklumkan berkenaan waktu operasi kafe, makanannya halal (menjawab persoalan yang timbul di fikiran saya) dan info aktiviti ‘night walk’. Petugas lelaki tersebut juga menerangkan situasi babi berkeliaran - tak perlu bimbang sebab babi ni jenis tak kacau orang asalkan kita tak kacau dia dan juga jangan terkejut melihat air paip berwarna kemerahan kerana ia air berasal dari hutan sekitar.
Oleh sebab masih awal, kami belum boleh mendaftar masuk bilik penginapan (daftar masuk bermula pukul 2 petang hingga 4 petang). Kami tinggalkan beg besar di dalam bilik simpanan beg. Kemudian keluar dari bangunan untuk melihat-lihat kawasan sekitar.
BERTEMU HAIWAN UNIK!
Sila klik foto-foto berikut untuk paparan lebih jelas :
Baru berjalan sedikit, seorang lelaki menghampiri kami dan bertanya “Dah tengok monyet belanda?”. Rupanya tak jauh dari kedudukan kami berada, para pengunjung sedang berkumpul menyaksikan kehadiran seekor monyet belanda (proboscis monkey). Kami ikut serta memerhati, tapi tak begitu jelas. Cuma nampak sebahagian badannya yang terlindung dibalik dahan pokok dan dedaun.
Lelaki tadi kemudiannya mengajak kami ke suatu tempat, nak tunjukkan haiwan bernama kubung. Kubung? Haiwan apa tu? Berkerut dahi saya, tak pernah tahu apa itu kubung.
“Pernah tengok movie Madagascar? Ada watak kubung.” sambungnya lagi cuba menerangkan. Saya memang tak pernah tonton filem tersebut tapi tahu kewujudannya.
Inilah kubung (flying lemur), ia berada pada kedudukan tinggi di batang pokok. Sebaik melihatnya, barulah saya kenal haiwan apa. Cuma tahu nama flying lemur, rupanya dalam bahasa Melayu namanya kubung π. MasyaAllah teruja saya dapat melihat sendiri haiwan yang jarang ditemui ini.
Haiwan dengan rupa yang agak aneh (sebab tak biasa nampak) ini memiliki kekuatan kuku mencengkam untuk melekap atau bergayut di dahan atau batang pokok. Seperkara lagi, walaupun namanya ‘flying lemur’ tetapi kubung bukanlah haiwan yang boleh terbang seperti burung. Pergerakannya seperti meluncur.
Pada mulanya, kami cuma nampak seekor kubung sahaja. Tetapi setelah beberapa ketika memerhati, eh…ada anak kubung menyorok di bawah badan emaknya yang melekap di batang pokok . Comel sungguh π
Seterusnya kami dibawa masuk ke bahagian belakang sebuah bangunan, kedudukannya agak tersorok. Di situ kelihatan beberapa orang pengunjung warga asing dan seorang lelaki tempatan (mungkin tour guide) sedang berkumpul memerhati sesuatu di sebatang pokok.
Ada ular hijau! Ular kapak (pit viper) berwarna hijau terang ini sedang berehat di dahan pokok. Cantik sungguh rupa ular kapak ni, tapi jangan cuba usik ya sebab ia spesis ular berbisa. Katanya, ular kapak ini akan berada di tempat yang sama selama beberapa hari (sekitar 5 hari atau lebih).
Saya cuba ambil foto dari posisi bertentangan pula - menghadap kepala ular kapak, tapi langkah saya terhenti bila terpandang seekor babi besar berada di situ. Aihh…seram pulak! Walaupun tadi katanya babi jenis ni tak kacau orang, tetap juga saya rasa takut nak berada dekat.
Sedang kami berjalan ke tempat lain, saya ternampak pula mengkarung. Mengkarung berwarna hijau terang ini mencuri perhatian saya dengan matanya yang seakan bercelak hitam π
Lelaki tadi bawa kami lihat seekor lagi kubung. Warnanya berbeza dengan warna kubung pertama yang kami lihat tadi. Kedudukannya juga berbeza, kubung ini bergayut di dahan pokok yang berada di atas laluan pejalan kaki. Kalaulah tak ada yang tunjuk, saya tak akan perasan kubung bergayut di atas. Itulah pentingnya ada tour guide, orang yang dah biasa dan kenal tempat ini saja akan perasan kehadiran haiwan liar di sini.
Menurut lelaki tersebut, situasi paling menarik apabila kubung melepaskan tangan depannya bagi membuang air hujan yang bertakung di badannya. Tentu kehairanan kita kalau tengah berjalan di sini, tiba-tiba ada curahan air dari atas pokok π
Setakat ini sahaja lelaki tadi membawa kami melihat haiwan liar di sekitar kawasan Park HQ. Katanya, kami bertuah kerana dapat melihat sendiri beberapa ekor kubung di sini kerana ia merupakan haiwan yang sukar dilihat.
Menurut lelaki tadi, dia bukanlah seorang tour guide tetapi bekerja di sini dan gembira dapat menunjukkan haiwan liar yang terdapat di sekitar kawasan kepada para pengunjung. Alhamdulillah dapat jumpa orang baik. Rasa seronok dan lebih dialu-alukan kedatangan kami ke sini dengan layanan mesra begini. Semoga Allah membalas kebaikannya.
Antara foto keindahan alam di sini. Tenang.
KAFE KERANGAS
Sebelum meneruskan eksplorasi hutan, jomlah kita isi perut dulu. Kami kembali ke bangunan tempat kami mendaftar tadi.
Inilah ruang dalam kafe, terdapat juga ruang makan di bahagian luar. Kafe ini beroperasi setiap hari mulai pukul 7.30 pagi hingga 10.30 malam.
Makanan disediakan secara buffet untuk waktu makan berikut - sarapan (7.30 pagi - 11.30 pagi), tengah hari (11.30 pagi - 4 petang) dan malam (6.30 petang - 9 malam). Tanda harga dipamerkan pada setiap bekas makanan, bayar apa kita makan sahaja. Selain pilihan makanan buffet, pilihan ala carte juga tersedia. Tetapi harganya lebih mahal kerana disediakan mengikut permintaan dan kuantiti hidangan lebih banyak.
Hidangan pertama kami di sini - nasi goreng seafood, salad sayuran dan segelas teh-o limau suam. Total RM29. Ya, memang terkejut masa pertama kali kami tengok buku menu. Tapi kami faham jugalah, jauh mereka nak bawa bahan mentah dan bukan setiap hari ada orang ramai datang makan di sini. Kenalah letak harga tinggi siap-siap untuk tampung kos. Air minuman botol besar dan air tin pula dijual dengan harga sama iaitu RM5 setiap satu.
Kami makan di bahagian luar kafe dengan pemandangan ini - kumpulan babi berkeliaran bagai haiwan ternakan π
Eh, kenapa babi ni berbeza dengan babi hutan yang biasanya ganas dan berlari laju? Rupa babi ini juga berbeza dengan babi hutan yang pernah saya lihat. Ini kerana ia spesis babi yang berbeza, ia dikenali sebagai babi berjanggut (bearded pig). Nama lainnya - babi janggut, babi bodoh, babi jakut. Spesis babi berjanggut tidak agresif. Baru saya tahu kewujudan babi begini π
Video pendek berdurasi 0:37 minit memaparkan haiwan-haiwan liar di sekitar kawasan Park HQ.
…catatan bersambung…
.
Kubung... Terus search di google hahaha... Best nya masuk Bako ni..
ReplyDeleteNi geng tak pernah dengan nama kubung jugaklah ya? π
Deleteunik, pelik . semua ada ni kan.
ReplyDeleteItulah…macam kejutan jugak untuk saya π
DeleteAduuuh, ular itu lah yg saya takuuuut sangat nak ketemu π . Viper memang jenis ular berbisa. Berarti sebaiknya kalo kesana pakai tur guide ya kak, supaya ada juga yg menjelaskan, apalagi kalo ketemu ular berbisa seperti itu π
ReplyDeleteIya, bagus kalau pakai tour guide sebab kita akan dapat lebih banyak info. Tapi akak suka jalan sendiri sebab nak lebih bebas memerhati sekitar dan kerap berhenti untuk ambil foto flora fauna π
Deletemcm2 binatang dpt capture..seram tgk ular ijo kn tk prasan sbb color nk sama dgn pokok2..bole tahan harga nasi goreng seafood tu ye
ReplyDeleteRezeki…hari pertama sampai terus dapat tengok macam-macam binatang. Malamnya night walk pun dapat tengok macam-macam lagi. Seronok!
DeleteKos makan-makan kami kat sini memang tinggi π
Hutan sebelah Borneo ni memang banyak wujud haiwan yg kita tak dapat jumpa di zoo semenanjung kan. Sy pernah tengok monyet Belanda semasa berkunjung ke Sandakan. Kurung tu tak pernah jumpa. Cantik betul warna ular tu sama dengan warna cicak kucing tu. Babi hutan kat sana jinak macam kat Sandakan, hahaha. Gambar Ujie tu cantik sebab pakai baju ungu terang dgn latar hijau.
ReplyDeleteBetul la Sk, semua ni saya tak pernah jumpa masa di zoo Semenanjung π
DeleteYelah kan, nak masuk hutan pun kena fikir warna baju supaya tak tenggelam bila bergambar π
Lemur itu bukannya yang gerakannya sangat lambat itu ya ?...hutannya masih terjaga jadi banyak hewan yang bisa di temui, cantik juga suasana di sini.
ReplyDeleteBukan, gerakan lemur seperti gerakan tupai tetapi meluncur kerana lemur mempunyai selaput umpama sayap. Mungkin yang dimaksudkan gerakan perlahan itu haiwan sloths.
Deleteaiyo ular kapak hijau tu serammmmnya kalau tiba-tiba terjatuh dpn kita
ReplyDeleteDoa banyak-banyak moga tak jadi gitu π
DeleteSubhanallah cantiknya pemandangan tepi pantai tu, gambar hutan dari bawah tu pun cantik sangat kak... kalau dana memang tak la minat nak masuk ke hutan. Segala haiwan dan serangga yang memang ditakuti.
ReplyDeleteAkak pulak peminat hutan dan segala isinya. Seronok dapat memerhati π
DeleteDi tempat Sy kami panggil kabung (kubung) kecik² dulu selalu tengok/jumpa.
ReplyDeleteUlar kapak mmg berbisa. Yg ini rare, yg Sy pernah tengok warna coklat, duduk bawah daun² getah. Tersilap langkah mmg kena patut :(
Macam² gelaran ye utk babi tu...
Oo…ada nama lain - kabung. Ular kapak ada banyak jenis jugak kan, itu yang rupa pelbagai. Tapi tetap semuanya berbisa.
DeleteTerima kasih bawa saya jalan2 sama2 dengan post ini :)
ReplyDeleteTerima kasih kembali Syaz sudi ikut jalan-jalan π
DeleteUntung Puan Ujie dan suami dapat lihat semua haiwan.
ReplyDeleteNampaknya haiwan-haiwan itupun tidak takut munculkan diri lebih-lebih lagi babi berjanggut itu.
hahaha gelak besar sy bila ternampak perkataan Babi Berjangvut tu. why? sebab otak sy terus teringat cerita Musang Berjanggutπ€£π€£π€£
ReplyDeletecantiknyaaaaaa ular hijau tu! selalu nampak jenis yg kurus melidi. tp yg ni mmg awesome! kalau x berhati2 kita mmg laa x perasan kewujudannya!
cantik ular kaler hijau...babi2 bebas berkeliaran, takut gak tengok...mmg seronok gi taman negara, dulu gi taman negara Pahang, tenuk dtg malam2, cari makan...
ReplyDeleteMemang menarik, suka tengok. Terasa seperti saya turut berada di lokasi.. hehehe..
ReplyDelete