[Catatan Trip ke Kuching - Hari Pertama | Jumaat, 17 Mei 2024]
Menyambung catatan pada hari pertama kami berada di Kuching, Sarawak. Petang tersebut kami ke restoran Dapur Melanau bagi mencuba sendiri hidangan tradisional masyarakat Melanau. Makanan tradisi merupakan identiti budaya dan warisan masyarakat tempatan. Maka supaya lebih mengenali budaya tempatan, saya masukkan aktiviti makan-makan di Dapur Melanau dalam itinerari.
Kaum Melanau ialah kaum Bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, Melayu, dan Bidayuh. Secara umumnya, masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu, sama ada dari segi kepercayaan, kebudayaan, mahupun adat resam. Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. - buku Masyarakat Melanau di Sarawak, Jeniri Amir.
Restoran Dapur Melanau terletak di bangunan dengan deretan lot kedai yang nampaknya masih baru. Sebaik melangkah masuk, pandangan mata saya terpesona dengan susun atur dan dekorasi dalaman restoran.
Terdapat dua ruangan bagi pelanggan menikmati hidangan, kami menuju ke ruangan kedua. Pelanggan tidak ramai ketika ini, jadi mudahlah kami memilih meja di sudut yang selesa bagi kami.
Foto zoom-out dirakam dari tempat duduk saya di ruangan kedua.
Dekorasi langsir begini terasa seperti kita makan di rumah, lebih santai. Di bahagian luar (di sebalik jendela kaca) juga terdapat set kerusi meja bagi pelanggan yang memilih untuk makan di luar.
Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Sebahagian isi buku menu Dapur Melanau. Kami membelek buku menu dan berbincang makanan apa yang patut dipesan. Walaupun teringin nak mencuba itu ini, kami akhirnya memutuskan memesan tiga jenis makanan sahaja.
Sebelum membuat pesanan, kami sudah pun bertanya lanjut kepada pelayan restoran berkenaan makanan tersebut. Tetapi lupa pula saya nak tanya apa maksud perkataan ‘anyang’ pada buku menu. Mungkin blogger Kakmim dan Carneyz boleh bantu beri jawapan.
Ketika membelek buku menu ini juga, kami perasan beberapa jenis minuman ditandakan sebagai ‘not available’ merupakan produk Nestle yang diboikot. Terasa bangga melihat keteguhan pendirian pengusaha bisnes menyahut seruan boikot sebagai tanda protes ke atas negara haram Israel.
Minuman pilihan kami - limau mantak panas RM3 dan 3 layer (special) RM4.50. Limau mantak maksudnya limau kasturi.
Hidangan pilihan kami - laksa Sarawak, tumpik dan linut.
Laksa Sarawak (special) RM13. Ini bukanlah kali pertama saya makan laksa Sarawak, makanya laksa ini tidaklah terasa asing pada deria rasa saya.
Tumpik (biasa) RM7. Tumpik dihasilkan dengan menggunakan tepung sagu dan kelapa parut. Tekstur luarnya garing dan dalamnya lembut. Tumpik dimakan bersama gula apong bagi menambah rasa. Pertama kali mencuba, terus saya suka dengan rasa dan teksturnya.
Hidangan paling unik - linut. Linut dihasilkan dengan menggunakan tepung sagu. Ianya merupakan sajian utama selepas nasi. Teksturnya kental dan jernih.
Dalam buku menu ada pilihan nak tekstur cair atau pekat. Kami pilih tekstur sederhana setelah bertanyakan pendapat pelayan restoran. Tapi nampaknya lama kelamaan tekstur jadi bertambah pekat.
Set linut RM15 - linut berserta sambal belacan, sayur keladi dan kerabu asam. Kalau makan linut saja, ia tidak mempunyai rasa - tawar. Makanya linut sedap dimakan bersama lauk lain. Cara makan - cedok linut ke dalam mangkuk kecil yang disediakan, kemudian ambil lauk pilihan untuk dimakan bersama linut.
Alhamdulillah semua makanan yang dipesan memenuhi selera kami. Habis licin semuanya kecuali linut berbaki sedikit saja lagi, kami dah kekenyangan tak mampu nak habiskan linut.
Kami rasa puas hati makan di Dapur Melanau. Tempat makan yang cukup selesa, layanan mesra, tak perlu menunggu lama hidangan yang dipesan dan paling penting rasa masakan yang menambat selera. Kalau kalian berkunjung ke Kuching, bolehlah mencuba sendiri hidangan di sini ya.
***************************************
DAPUR MELANAU
Lot 14171,
Metrocity, Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak.
Google Maps | Dapur Melanau
Waktu operasi :
Selasa - Ahad | 8.30 pagi - 11 malam
Isnin | Tutup
.
Tak pernah lagi sampai sarawak
ReplyDeleteKalau tak ada sebab, memang susah kita nak sampai. Saya ni pun sebab nak ke taman negara di sana.
DeleteWah nampak sedap yaa. Aku melihatnya sampai ngiler sendiri.
ReplyDeleteOya, lihat buku menu di malaysia asyik juga ya. Nampak angka-angkanya sedikit.
Kuharap negaraku cepat-cepat redenominasi. Lelah juga melihat angka banyak berderet.
Bagus kalau redenominasi, saya yang cuma sesekali ke negara jiran tidaklah terkeliru melihat angka yang banyak 😁
Deletesaya ni bukan takat tak pernah sampai sarawak,makanan sarawak pun tak pernah cuba,aduh sedih betul seorang Afzan ni hahaha..
ReplyDeletetapi nampak sayur keladi tu macam sedap,kalau tempat kita sayur keladi makan dengan nasi tengahari ada pula ikan masin sedapnya kak...
Bolehlah Afzan cari kafe yang jual makanan Sarawak 😀
DeleteNampak linut tu akan² ambuyat ye cuma ambuyat tak salah PH lebih kenyal.
ReplyDeleteSeronok dapat rasa masakan² dari pelbagai negeri/tempat ni kan... Ada rasa teruja
Carian saya mendapati linut dan ambuyat adalah makanan yang sama. Nama panggilan je berbeza. Tekstur tu pulak terpulang ikut cita rasa nak buat pekat mana.
DeleteIya, memang teruja 😀. Masih dalam negara sendiri tapi banyak lagi makanan tradisi yang belum dicuba.
Biasa tau laksa swk je..2 menu lg br 1st time dgr ..tp laksa swk xbrp kena dgn tekak maybe extra rempah..kalo ke swk suka mkn mee kolok
ReplyDeleteBoleh cuba makan laksa Sarawak di Dapur Melanau ni, kurang rasa rempah.
DeleteLama tu...tentu banyak perubahan dalam masa 10 tahun tu.
ReplyDeletealhamdulillah.. semangat biokot sampai ke borneo..
ReplyDeleteWalau di mana jua, semua bersatu hati menunjukkan protes terhadap Israel.
DeleteSaya makan mee kolok sarawak. Linut tu macam ala ala Ambuyat ya.....
ReplyDeleteLinut dan ambuyat makanan yang sama, cuma panggilan berbeza ikut tempat. Itu yang saya fahamlah.
DeleteTumpik itu tawar atau ada rasa masin?
ReplyDeleteNasib baik semua pilihan makanan sedap.
Macam makan lempeng, tak tawar. Tapi lebih sedap rasanya bila cicah sikit dengan gula apong tu.
DeleteWah, lain kali balik ke Kuching boleh la saya cuba jugak Dapur Melanau ni. Tak tau pun kewujudan restoran ni. Kalau saya, saya suka makan linut dgn sambal belacan dan sayur midin 😃 Kalau makan linut dah tak pandang nasi hehe.
ReplyDeleteTeringin nak cuba sayur midin, tapi tak jumpa pulak masa makan-makan di Kuching. Sekejap je kat sana, tak sempat nak cuba itu ini 😀
DeleteLaksa Serawak memang sedap. Padahal yg waktu itu saya coba Krn diksh kak Carneyz hanya paste instan, tp itu saja sedaaap sangat. Apalagi makan langsung yg dimasak segar kan.
ReplyDeleteKalo di sumatera sini Anyang itu Daun Pakis yg diolah dengan bumbu kelapa gongseng, ketumbar, jahe, bawang merah, batang serai, asam jeruk dan lampau. Jadi nanti teksturnya akan mirip serundeng, lalu dicampur ke daun pakis. Sedaap sangat.
Saya pernah baca tak jauh beda Anyang di sini dengan di sana. Beda sayur kalo tak salah.
Ljnut pula miriiiip dengan papeda , makanan pokok Orang2 Papua. Orang Papua tak makan nasi, mereka ganti nasi dengan papeda, dimakan dengan gulai ikan. Jadi miriiiip juga dengan linut di sana.
Pertama kali makan di Sarawak lebih kurang 10 tahun dulu. Terus jatuh cinta dengan laksa Sarawak, bila ntah lagi dapat ke sana.
ReplyDeletelady pernah makan laksa sarawak, di kafe uitm.. kafe di atas bukit... sedap... yumm yumm yumm..
ReplyDeletemenarik menunya...linut yg paling unik...
ReplyDelete