Thursday, 30 May 2024

29 Biji Semuanya

Cerita hari Ahad lalu, kami tuai buah mangga harumanis buat kali ketiga. Sepatutnya dah boleh tuai berkali-kali buah yang matang (sesuai dituai), tetapi Encik Suami agak sibuk dengan kerjanya sampai tak ada masa nak melayan pokok di belakang rumah.

Saya pulak tak rajin nak buat sebab perlu berperang dengan kumpulan kerengga yang berkampung di pokok mangga harumanis. Jadi tunggu sajalah bila Encik Suami ada kelapangan untuk menuai buah harumanis.

Tak mudah kerjanya, Encik Suami perlu menggunakan tangga bagi menuai buah yang berada pada kedudukan tinggi. Dalam masa yang sama, perlu berperang dengan kerengga dan juga nyamuk yang banyak. Sekarang ni di sini kerap hujan, rumput cepat meninggi dan banyak nyamuk.

Buah mangga harumanis kami ni cuma sedikit yang berbungkus di pokok, yang lainnya dibiar begitu saja sebab tak mampu nak berlawan dengan tentera kerengga. Secara teorinya, pokok yang banyak kerengga akan kurang serangan serangga pada buah. Cuma kesannya apabila tak dibalut, rupa luaran buah jadi tak elok. Tapi tak mengapa sebab bukan untuk dijual. Lepas habis buah nanti bolehlah dipangkas dahan pokok supaya rendang, mudahlah nak bungkus dan tuai buahnya pada musim akan datang.

Punyalah ‘rajin’ menuai, sampaikan buah dah termasak di pokok 😆. Buahnya berbau harum menandakan ia dah sesuai di makan. Yelah memang dah kuning sangat warna kulitnya. Isinya elok tak rosak, rasanya sedap manis tetapi tahap masak isi buah tidak sekata. Ada bahagian yang sedang elok masak dan ada bahagian yang lembik. Sebab itulah, buah mangga harumanis perlu dituai ketika matang dan kemudian diperam supaya isinya masak sekata. Barulah sedap dimakan.

Hasil tuaian yang elok kali ini - 29 biji semuanya. Yang lain dibuang kerana buah sudah rosak dan ada juga yang gugur ke tanah sebelum buah matang. Ada juga yang tak dapat dituai kerana kedudukannya sukar dicapai, apatah lagi dengan ancaman kerengga.

Ini antara buah mangga harumanis yang agak cantik rupa luarannya. Kalau kita bungkus buah mangga harumanis dengan menggunakan pembalut warna coklat (ada lapisan karbon), kulit buah akan jadi warna kuning/hijau muda begini. Tapi saya pun tak pasti buah dalam foto ini hasil yang dibalut atau tidak.

Close-up hasil tuaian kali ini. Ada penampakan kerengga di situ 😄

Setakat ini, kira-kira 60 biji buah mangga harumanis sudah berhasil dituai dari dua batang pokok. Tetapi antara dua batang pokok mangga harumanis tersebut, hanya sebatang pokok sahaja yang banyak menghasilkan buah manakala sebatang lagi sekadar beberapa biji buah mangga yang terhasil. Begitulah, bersebelahan tetapi hasilnya jauh berbeza.

Alhamdulillah atas rezeki kurniaan-Nya.






.

23 comments:

  1. syoknya kak boleh petik buah pokok sendiri harum manis pula tu..menjadi betul buahnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki tak diduga, dapat pokok segera 😄
      Tapi lepas beberapa hari peram, ada buah yang busuk. Nampaknya memang wajib bungkus buah di pokok.

      Delete
  2. Nampak sedap buah harumanais tu kak...SA pi=un baru je habis buah harumanis tu baru ni hasil adik bawak dari perlis..mertua dia ada ladang harumanis..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya banyak hasilnya. Kerengga ni memang kena berjaga2. Sekali masuk dalam baju dia menggigit. eiiii sakit....

    ReplyDelete
  4. Puaslah makan harumanis itu.
    Kira suami Puan Ujie boleh 'bertahan' dengan kerengga itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tahun ni puas makan harumanis, tak putus stok sebab banyak jugak dapat harumanis orang beri.

      Delete
  5. Seronoknya ada pokok sendiri boleh tuai hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling seronok sebab tinggal tuai je, yang tanam orang lain 😅

      Delete
  6. Alhamdulillah banyak hasil tuaian tu. Tak perlulah Kak Ujie beli buah harumanis sebab ada pokok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak kami beli sebab nak bawak balik kampung. Kalau harap pokok sendiri ni cuma sikit masa awal tuaian.

      Delete
  7. Alah, kalau tahu masa ke Perlis hari tu boleh singgah makan mangga. Untung2 boleh bawa balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁 sempat beli harumanis tepi jalan tak haritu?

      Delete
  8. seronok byk hasil tuaian harumanis....puas mkn tu

    ReplyDelete
  9. Syukur alhamudlillah...rezeki buah yang terbaik...Harumanis sangat popular dan menjadi idaman saya untuk mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki mrhanafi untuk mencuba.

      Delete
  10. Aissssh mangga harumanis ini memang sesuai namalah. Kalo matang, harum dan maniiiis isinya 🤤🤤😍😍😍. Kalo utk dimakan sendiri, ini pun dah banyaaak ya kak. 👏👍👍

    ReplyDelete
  11. wah.. saya tengah membayangkan saya sedang memetik buah dari pokok mangga di belakang rumah.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ldy berjaya juga makan buah ni tahun ni :D :D.. sedap yang amat...

    ReplyDelete
  13. Entah bila hendak merasa mangga harumanis. Moga ada rezeki suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, lebat berbuah 2 btg pokok...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****