Antara pokok yang terdapat di sekitar rumah saya - pokok limau kasturi dan pokok daun kari. Baru-baru ini saya perasan kedua-dua pokok sedang galak berbunga. Seronok rasanya melihat pokok berbunga lebat walaupun bukanlah saya yang menanamnya 😁. Semuanya hasil usaha penghuni rumah terdahulu.
Harum Mewangi | Bunga Pokok Limau Kasturi
Sejak berpindah ke sini, ini merupakan kali kedua saya menyaksikan pokok limau kasturi ini berbunga lebat. Kali pertama pada penghujung bulan Disember 2023. Kemudian ia menghasilkan buah limau kasturi yang cukup lebat sampai tak termakan oleh kami berdua, terbiar kekuningan di pokok. Walaupun banyak juga saya ambil untuk dicampur jusnya dalam minuman/masakan dan ada juga jiran datang ambil, masih banyak buah yang terbiar tidak dituai sehingga berguguran ke tanah.
Sekarang ni buahnya tinggal sedikit dan pokok limau kasturi kembali berbunga. Bunganya berbau harum, belum datang dekat dengan pokok pun dah boleh tercium aromanya. Pokok limau kasturi ini di tanam di laman depan rumah. Dulu sewaktu kali pertama saya tercium aromanya, saya tercari-cari pokok apa yang berbau wangi.
Bunganya berwarna putih.
Lebat putik dan bunganya.
Seekor kumbang bersaiz besar kelihatan sibuk terbang ke sana sini. Harapnya ia cuma kumbang penghisap madu bunga, bukan kumbang perosak. Saya tak pandai membela pokok, apa lagi nak kenal perosak dan masalah lainnya.
Harum Mewangi | Bunga Pokok Daun Kari
Pokok daun kari ini terletak di kawasan belakang rumah. Kebetulan pula, akhir-akhir ini saya jarang ke belakang disebabkan tak berani nak meredah rumput yang semakin tinggi sejak berakhirnya musim panas kering. Tetapi baru-baru ini saya redah juga sewaktu melakukan aktiviti ‘morning walk’.
Belum pun sampai dekat dengan pokok daun kari, deria saya dah terhidu bau harum yang menyegarkan. Rupa-rupanya pokok daun kari yang tempohari (sewaktu musim panas kering) kelihatan hampir mati kekeringan, kini sudah berubah rupa. Pokoknya segar, daun menghijau cantik, lebat berbunga dan banyak sungguh anak pokok tumbuh di kelilingnya. MasyaAllah!
Bunga pokok daun kari berwarna putih, bersaiz kecil dan berbau harum. Aromanya cukup menyegarkan! Berbeza sungguh bau bunga dengan daunnya yang kita gunakan dalam masakan.
Pokok daun kari ini bukan saja meriah dengan bunga, tetapi meriah juga dengan kehadiran pelbagai jenis serangga.
Dah macam tanam pokok bunga pulak, cantik penuh dengan bunga.
Saya nampak ada juga buah pokok daun kari ni, sudah bertukar warna hitam. Biji dalam buah tersebut boleh dijadikan benih pokok daun kari. Mungkin sebelum ni ada banyak buahnya, tetapi sudah dimakan burung. Kalau nak tengok rupa buah pokok daun kari yang masih berwarna kemerahan, boleh lihat di entri INI.
Alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan-Nya.
.
jarang nak jumpa bunga2 pokok tu kan kak..ke saya je yang tak pernah jumpa hehe
ReplyDeletesy 1st time tengok bunga pokok limau dengan pokok kari ni,indahnya ciptaan Illahi
Pokok daun kari tu memang jarang jumpa berbunga, akak pernah tanam sendiri dulu pun cuma sekali je berbunga.
Deletedebunga wangi...cantikk..suka tengok kumbang & rama-rama diatas bunga...
ReplyDeleteTambah berseri bunga dengan kehadiran serangga 😀
Deletekan. sukaa wangi baunya
ReplyDeletelimau kasturi sentiasa berbunga cuma pokok kari ni je byk musohnya.
Oo..sentiasa berbunga ya. Mungkin sebelum ni bunga limau kasturi ni tak banyak, jadi saya tak perasan 😄
Deletepokok daun kari berbunga putih gitu cantik..nk plak ada rama2
ReplyDeleteKan...seronok tengok 🥰
DeleteAlhamdulilah. Suka tengok kehijauan macam ni. Tenang je.
ReplyDeleteBetul. Alhamdulillah nikmat dari Allah.
Deletedekat rumah saya ada pokok daun kari, sekali pun tak pernah tahu pokok daun kari boleh berbunga sebab pokok rumah saya tu tak pernah berbunga. haha
ReplyDeleteLepas ni pujuk dia suruh berbunga ya 😁
Deletepokok daun kari kat rumh ana selalu diseranggg serangga! geramm betul lah ha~
ReplyDeletePokok rumah akak ni pun ada ulat..eeeuw. Cuma mujur setakat ni pokok belum togel dikerjakan ulat.
DeleteSaya baru melihat jenis bunga ini
ReplyDeletecantik juga ya,warnanya juga apik
Iya, putih berseri.
DeleteCantik hasil potretnya. Saya suka bau bunga limau kesturi tu. Baunya harum betul. Bunga kari tu sangat jarang berbunga. Pernah juga ambil gambar dulu sebab teruja pertama kali tengok. Pokok yang hidup di tanah terus ni memang subur betul kan. Hidup sihat je. Kalau di taman, tanam dalam pasu dijaga rapi pun kadang tak menjadi.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza 😊
DeleteYelah kan...tanam di tanah ni lebih subur. Walaupun akak tak rajin membela dia. Siram pun kadang-kadang je 😄
Pertama kali juga tengok bunga kari.
ReplyDeleteNasib baik hidup ya.
Itulah...terkejut tengok pokok bertukar rupa 😁
DeleteFirst time tgk pokok kari berbunga. Seronok tengok pokok limau kasturi yg ditanam subur dan berbunga, tak lama lagi mesti meriah dengan buahnya pulak.
ReplyDeleteIya...seronok walaupun bukan akak yang tanam 😅
DeleteYa Allah beruntung sangaaat kak. Pohon limau kasturi dan daun kari lebat yaaa. 2-2 nya memang penambah sedap masakan dan sambal 😍
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dapat pelbagai pokok 'segera' 😄
DeleteSubur pokok kari Ujie, keluar bunga.
ReplyDeleteNanti saya nak cium bunga pokok limau kasturi kat rumah ni. Saya tak pernah bau pun. Mungkin bau dia tak berapa kuat, dan bunga pun tak berapa banyak.
Yelah tu Nur, mungkin bau tak kuat sebab bunga tak banyak.
DeleteTapi harum2 pun boleh menyeramkan juga....
ReplyDeleteKalau tak tau, mungkin seram. Dah tau...bahagia kalau tercium baunya 😊
Deletelady tak pernah tengok bunga dari pokok kari.. xsempat berbunga dah dimakan daunnye.. terbantut..
ReplyDeleteInsyaAllah moga nanti ada rezeki Lady pulak tengok bunga pokok daun kari.
Deletekalau dah nama kumbang and serangga tu mmg pantang jumpa bunga! kompem nak hinggap punyalah!
ReplyDelete😂
DeleteAlhamdulillah segar mental fizikal dapat tengok indah alam 😊
ReplyDeleteMeriah berbunga semuanya sebab musim panas agaknya.
ReplyDeleteKadang faktor tanah dan faktor cuaca juga tanaman nampak subur
ReplyDeleteCantikk
ReplyDeleteAda rama rama lah