Wednesday, 8 May 2024

Arau Kopi, Arau

Cerita hujung bulan April lalu, saya dan Encik Suami berkesempatan mencuba hidangan sarapan di Arau Kopi. Lokasinya di Arau dengan jarak kira-kira 20 km dari rumah kami.

Arau Kopi terletak di sebuah lorong kecil di kawasan kampung yang hanya boleh dilalui satu kereta sahaja pada satu masa. Kedudukan papan tanda Arau Kopi di hadapan lorong pula agak tersorok, kita perlu perhatikan dengan teliti supaya tak terlepas untuk membelok masuk lorong.

Arau Kopi, Arau
Arau Kopi terletak di kawasan rumah. Tempat letak kereta agak terhad. Kita boleh letak kereta di halaman rumah (dalam pagar), di bahagian luar pagar atau boleh terus ke belakang lorong.

Arau Kopi, Arau
Kawasan letak kereta di bahagian belakang lorong.

Arau Kopi, Arau
Sajian pemandangan indah sawah padi yang terletak berhadapan dengan kawasan letak kereta.

Arau Kopi, Arau
Menu di Arau Kopi. Konsep di sini - ambil sendiri kad menu dan kertas pesanan di hadapan kedai, kemudian isi dan serahkan ke kaunter pesanan. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja.

Arau Kopi, Arau
Sajian istimewa di sini, tentunya Kopi Arau - kopi dicampur mentega. Ada pilihan sejuk atau panas. Sedap jugalah, cuma saya kurang gemar sebab nampak berminyak. Lain kali nak cuba Kopi Arau sejuk (ais) pula.

Arau Kopi, Arau
Hidangan sarapan pilihan kami.

Arau Kopi, Arau
Nasi lemak ayam belacan, pek nga gulai ikan dan nasi ayaq berlauk. Kita belajar sikit dialek utara - pek nga (lempeng kelapa) dan nasi ayaq (bubur nasi).

Arau Kopi, Arau
Kali kedua datang sini, kami mencuba roti telur gedik dan kuetiau goreng pula.

Setakat menu yang saya dah cuba ni, Alhamdulillah semuanya memuaskan selera terutamanya nasi lemak dan nasi ayaq berlauk. Tambah berselera bila menikmati hidangan di tempat makan dengan konsep ruang terbuka, sambil telinga mendengar irama lagu lama. Suasana makan yang cukup santai.

Servis di sini juga pantas, tak perlu menunggu lama untuk makanan kita dihidangkan walaupun pelanggan ramai. Tetapi minuman sedikit lewat, iaitu selepas makanan tiba. Kedudukan antara meja makan pula agak rapat, menyukarkan pergerakan. Mungkin mereka mahu memaksimumkan ruang supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati hidangan di sini.

Kalau ada ke Perlis, kalian bolehlah mencuba makan di Arau Kopi ni. Sebaiknya datang di awal pagi supaya mudah mendapatkan ruang letak kereta dan memilih meja makan di sudut yang menarik.


**********************************************

ARAU KOPI
136, Jalan Chin Ali,
Kubang Gajah,
02600 Arau,
Perlis.

Google Maps | Arau Kopi Perlis

Waktu operasi :
Setiap hari | 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tutup | Jumaat






.

15 comments:

  1. wa.. cantiknya pemandangan.. sawah padi... boleh minum2 sambil menikmati pemandangan menghijau..

    ReplyDelete
  2. kedai kopi makin berkembang skrg kan kak..mana2 pelusuk mesti ada kedai kopi hipster ni..ada menu yang saya tak pernah tau ayam belacan..sedapnya nampak nasi ayaq tu

    ReplyDelete
  3. Cantiknya permandangan sebelum ke Arau Kopi ni Ujie....macam best la pulak. Yg tak best kalau weekend...mungkin ramai yang pergi dengan jalan pun kecik je....

    ReplyDelete
  4. kopi arau - kopi & butter tu mesti rasa kaww.. sedapnyaa 😋

    ReplyDelete
  5. Servis bagus, makanan sedap, tempat terbuka ruang luas memang best ni.

    ReplyDelete
  6. Syoknya mengopi kat sini. View mahal. Makanan pun sedap-sedap. Nampak gaya kena plan bercuti ke Perlis lepas ni. Perlis dah banyak tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
  7. waahhhh menu nampak sedap.. view pon cantiknya subhanallahhh

    ReplyDelete
  8. campur mentega? Wah! Ini rare

    ReplyDelete
  9. Banyak cafe dan kedai² menarik yg tumbuh umpama cendawan selepas hujan di Perlis skrg ni kan... PH je belum ada rezeki nak terjah semua tu :)

    ReplyDelete
  10. lempeng kelapa tu heaven kann., hehe

    ReplyDelete
  11. perghh kopi kampung ni.... ala ada chance lagi x agaknya nak jejak perlis lagi??? hehe

    ReplyDelete
  12. menarik sungguh lokasinya..tenang & damai tngok sawah yg menghijau...kopi + mentega..unik..tak pernah cuba...menu2 semua sedap...berbaloi datang dari jauh..20km..Perlis tak jem..hihi..

    ReplyDelete
  13. Menarik menunya. Tempat cantik dan servis makanan cepat.

    ReplyDelete
  14. Di beberapa kopi tiam di sini, ada juga menu butter coffee. Saya 2x mencoba, tapi setelahnya memang tak cocok. Jadi sepertinya tak sesuai selera saya kalo kopi campur butter 🤣

    Kopi biasa sajalah.

    Tapi menu2 di atau coffee ini memang keliatan sedap ya kak. Tempat pun cantiiik. Dengan view hijau begini

    ReplyDelete
  15. ooo orang perlis pun panggil nasi air juga ya sama mcm orang kelantan...

    kopi mentega tu diorg letak margerin ke, butter ya? nak try tp sy bimbang tu margerin... bkn butter...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****