Tuesday, 9 April 2024

Tuaian Pertama Mangga Harumanis

Hari Jumaat lalu, sebelum pergi kerja sempatlah Encik Suami menuai buah mangga harumanis di pokok belakang rumah. Tuaian pertama buat kami yang tiba-tiba dapat pokok mangga harumanis ‘segera’ dan juga tuaian pertama bagi musim harumanis tahun 2024.

Encik Suami tukang tuai buah, saya tukang merakam foto je 😁. Itu pun kena gigit kerengga jugak tau, sebab pokok mangga ni banyak kerengga. Nak bungkus buah pun susah, nak tuai pun susah sebab perlu berperang dengan kumpulan kerengga.

Bila ada pokok mangga ni, barulah saya tahu mengenai ‘tangkai pengasuh’. Antara ciri-ciri buah mangga harumanis yang matang (sesuai dituai), kita lihat pada tangkai pengasuhnya yang dah kering (rujuk foto).

Alhamdulillah hasil tuaian pagi ini dapatlah 6 biji buah mangga harumanis. Sepatutnya, semua ada 8 biji buah yang awal (bungkus kali pertama). Sebiji tu kedudukannya tinggi sangat, esoknya baru Encik Suami ambil dengan menggunakan tangga. Manakala sebiji lagi dah gugur sewaktu hujan lebat tempoh hari.

Buah mangga harumanis ni perlu diperam supaya masak sekata, barulah sedap dimakan. Tetapi ada sebiji yang dah mulai masak di pokok sebab kami lambat tuai. Maklumlah pengalaman pertama ada pokok mangga harumanis di rumah, banyak hal perlu belajar. Buah yang dah masak (masak tak sekata) tu bila dimakan, rasanya tidaklah begitu sedap seperti mangga harumanis yang biasa kami makan.

Sedang elok pula kami nak balik kampung di Johor, bolehlah bawa sebahagian untuk ahli keluarga lain merasa. Tapi ni cuma sedikit dan tak pasti kualitinya bagaimana, maka kami beli lagi 3 kotak buah mangga harumanis dari pengusaha tanaman harumanis berhampiran. Harganya RM22/kg. Harganya agak rendah mungkin atas faktor tuaian buah awal dan jualan bulan puasa (buah kurang laku).

Ada banyak faktor mempengaruhi harga buah mangga harumanis, jadinya semasa membeli kita tak boleh sekadar membandingkan harga tanpa mengambil kira faktor lain. Contohnya - kalau buah dengan kualiti baik (gred A), dibungkus dengan ‘foam’ setiap biji, boleh di pos serta ada jaminan buah rosak akan diganti itu tentunya lebih mahal iaitu sekitar RM40/kg.

Peminat mangga harumanis? Bolehlah cari pembekal/pengusaha tanaman harumanis yang dipercayai untuk membeli buah yang berbau harum dan rasa lemak manis ini. 

Orang dah sibuk cerita raya, saya cerita tuaian harumanis πŸ˜€. Kalau bertangguh, terus tak buat catatan di blog pulak. Ketika menulis entri ini saya sudah pun berada di rumah NS selama 2 malam dan akan menyambung perjalanan balik kampung untuk menyambut 1 Syawal di rumah mak saya. Tahun ni kami balik Pontian dahulu, kemudian barulah balik Batu Pahat pula. Kalian pula, balik raya di mana pada 1 Syawal nanti?






.

31 comments:

  1. seronok nya dh tuai hasil mangga harumanis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki pokok 'segera' πŸ˜„

      Delete
  2. mcmna wujudnya tangkai pengasuh tu kak?

    akak, buah harummanis tu boleh dipost x kak? boleh x akak bg no tel org yg jual tu... teringin sungguh lady nak merasanya.. nnti akk bg no tel kat komen d blog iza yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti akak nak jawab pasal tangkai pengasuh tu Lady πŸ˜…

      Tak berani nak cadangkan penjual harumanis, lagi pulak bila di pos. Kualiti akan berubah. Lady boleh cari di internet, penjual yang beri jaminan ganti buah jika rosak masa pos.

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki akhir Ramadhan, boleh berkongsi dgn keluarga di kampung juga. Perfect timing πŸ‘
    Alhamdulillah kami dah berada di kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, tuaian pertama ni nak beri penghuni terdahulu (orang yang tanam pokok). Tapi dia menolak, jadi kita bawa balik kampung jelah.

      Delete
  4. Sedapnya Harumanis ni. Makan dengan pulut sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Terlampau manis, sesuai makan dengan pulut dan santan bagi balance rasa.

      Delete
  5. Bestnya..Alhamdulillah, rezeki di bln puasa..ok harganya, rm22/kg..ramai dpt merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga jualan buah awal musim dan buahnya tak dibalut setiap biji dengan pembalut foam.

      Delete
  6. Semua uncle suka.... kecuali kerengga!

    ReplyDelete
  7. Wah.. Bagusnya ada Mangga Harumanis.. Buah mangga termahal di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebab kenapa mahal - kalau nak hasilkan buah yang banyak dan berkualiti baik, penjagaan sehingga boleh dituai tu agak rumit berbanding mangga jenis lain. Gitulah yang saya faham.

      Delete
  8. Eh pertama nak ucapkan selamat idul Fitri untuk kakak yaaa πŸ€—. Maafkan bila saya ada salah dalam berkomentar selama ini ☺️.

    Saya tak kemana2 lebaran. Dah Bbrp tahun memang di rumah saja. Krn tak bisa pergi, asisten saya mudik πŸ˜„.sementara saya ada kucing kan yg mana mereka 100% indoor dan penakuuut sangat dengan orang. Jadi tak bisa ditinggal dalam pet hotel. Makanya saya mengalah lah, biarkan asisten yg mudik 2 Minggu, nanti kalau dia dah balik, baru saya bisa pergi.

    Krn asisten yg akan jaga kucing.

    Mangga harumanis ini fav saya juga. Tapi sbnrnya saya suka semua jenis mangga. Harummanis, Manggal alpukat yg bisa diputar atau dibuka pakai tangan, mangga golek, mangga gincu... Yg penting asalkan manis, pasti saya suka πŸ˜…πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Aidilfitri Fanny.
      Majikan yang baik dan sangat memahami, beri assistant balik kampung menyambut raya 2 minggu πŸ‘

      Teringin nak merasa mangga alpukat.

      Delete
  9. Bestnya, dapat merasa buah mangga harumanis di rumah sendiri. Baru tahu tentang istilah tangkai pengasuh.
    Saya beraya di Perak je, Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau istilah tu πŸ€­πŸ˜„

      Delete
  10. Baru tahu ada tangkai pengasuh.
    Coretan Puan Ujie beri pengetahuan baru buat saya.
    Tahun ini balik kampung emak di Tampin. Dekat sahaja dalam 45 minit hingga sejam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya pun baru tau, saya kongsikan di blog supaya lebih faham dan ingat πŸ˜„

      Delete
  11. waahhhh bestnyaaaa dah dpt tuai hasil Mangga Harumanis segera! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segera tu yang seronok ya 🀭😁

      Delete
  12. wahhhh sedapnyaaa harum manis
    sy nak beli sebiji boleh?
    nak raso raso...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Anies datang sini tengah ada buahnya, boleh je ambik buat merasa. Nak jual, buahnya belum sampai tahap kualiti terbaik. Maklumlah baru belajar nak bela harumanis πŸ˜„

      Delete
  13. p/s salam aidilfitri
    maaf zahir & batin
    ;-)

    ReplyDelete
  14. Mantab buah mangganya sis...gede"...minal Aidin wal Faidzin mohon maaf lahir dan batin πŸ™

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..mesti sedap ni tuaian buah pertama. Rezeki bila duduk di Perlis ni kan. Baru tahu tentang tangkai pengasuh tu ha.

    ReplyDelete
  16. Rezeki terpijak tu Ujie....dapat pokok dah sedia berbuah tu anatara kebahagian tu...Mak saya pokok harumanisnya berbunga saja pun dah lompat bintang🀣

    ReplyDelete
  17. Salam lebaran .
    Alhamdulillah berbuah elok harumanis tahun nj , pokok di Rumah CCL pun lebat juga kali ni . Alhamdulillah . Tahun ni tak dengar lagi lunggokkan harumanis yg tak terjual .

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****