Tuesday, 16 April 2024

Dari Negeri Paling Utara Ke Negeri Paling Selatan

Salam Syawal buat semua sahabat blog, moga semuanya ceria dan berbahagia. Nak ucap Selamat Hari Raya, tapi rasa macam dah terlewat pulak 😄. Apa pun, entri ini merupakan catatan raya saya - pertama kali balik raya dari rumah Perlis ke kampung di Johor. Perjalanan dari negeri paling utara ke negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia.

Memikirkan perjalanan yang sangat jauh iaitu lebih 800 km untuk tiba di kampung Pontian, saya dan Encik Suami ambil keputusan untuk singgah di rumah NS. Kebetulan pula ada urusan perlu diselesaikan, jadinya kami menginap selama 2 malam di rumah NS sebelum meneruskan perjalanan ke Johor.

Catatan bergambar :

Kami bertolak dari rumah Perlis pada hari Ahad kira-kira pukul 11.50 pagi. Agak lewat sebab sibuk mengemas itu ini sebelum nak meninggalkan rumah dengan jarak jauh dan tempoh masa lama. Dari rumah Perlis kami ke Alor Setar, Kedah. Tak sangka pulak bandar Alor Setar sangat sesak, lebih 1 jam kami berada dalam kesesakan jalan sebelum tiba ke tempat tujuan.

Tempat tujuan kami - Kompleks Pekan Rabu. Kami ke sini untuk mengambil kuih kapit isi coklat dan ‘peanut butter’ yang sudah ditempah awal melalui WhatsApp. Sambil tu kami beli juga makanan lain seperti kuih ros dan serunding daging. Semuanya untuk diberi kepada keluarga di Johor, jiran terdekat di rumah NS dan untuk rumah kami di Perlis. Peniaga tanya, “Nak berniaga ke?”. Banyak sangat memborong sampai orang sangka kami nak berniaga 😄

Balik kampung kali ini, kami bergerak di lebuh raya bersama keluarga adik ipar (adik Encik Suami yang juga menetap di Perlis) secara tak sengaja 😁. Mulanya kami ‘bertemu’ di Sungai Petani, kemudian saling bertukar posisi - kadang kenderaan kami di depan dan kadang kenderaan mereka pula memotong kami. Kemudian kami sama-sama berhenti untuk berbuka puasa di R&R Ulu Bernam, juga tanpa dirancang.

Tol percuma mulai pukul 12.01 tengah malam, Isnin 8 April 2024. Alang-alang kami sampai rumah NS menghampiri waktu tengah malam, kami berhenti di hentian bagi menunggu detik tengah malam sebelum keluar di tol Nilai. Dapatlah penjimatan kira-kira RM51. Balik Johor pada hari Selasa, sekali lagi kami dapat penjimatan kira-kira RM25. Alhamdulillah! Bersyukur sebab perjalanan dari utara ke selatan sangat lancar dan dapat pulak tol percuma 🤗

Meriah acara berbuka puasa kami pada hari terakhir Ramadan, Alhamdulillah dapat berkumpul 5 buah keluarga daripada 9 buah keluarga. Jarang kami dapat berkumpul ramai-ramai begini.

Peta laluan perjalanan kami.
Titik A - rumah Perlis, B - rumah NS, C - kampung Pontian dan D - kampung Batu Pahat (BP).

Perjalanan Pergi | rumah Perlis ➡ rumah NS (2 malam) ➡ kampung Pontian (2 malam).
Perjalanan Balik | kampung BP (3 malam) ➡ rumah Perlis (tempoh perjalanan kira-kira 12 jam 30 minit termasuk keluar tol Bertam/Kepala Batas untuk makan).

*ikut rancangan awal, perjalanan balik akan bermalam di rumah NS. Disebabkan aliran trafik nampaknya lancar, maka kami ambil keputusan teruskan perjalanan ke Perlis. Cuma singgah sebentar di rumah NS untuk ambil barang.


PERJALANAN MUSIM PERAYAAN YANG LANCAR
Sangkaan saya meleset. Perjalanan di musim perayaan yang dijangka akan sesak dengan kenderaan, tetapi sebaliknya begitu lancar. Malah boleh saya katakan aliran trafik dari/ke utara tanah air lebih lancar berbanding pada hujung minggu yang biasanya sesak.

Begitu juga perjalanan menuju ke Johor pada hari Selasa, iaitu sehari menjelang Syawal juga sangat lancar tanpa sebarang kesesakan. Agaknya masing-masing dah balik kampung lebih awal.

Cuma berlaku sedikit kesesakan trafik di beberapa tempat sewaktu kami kembali ke rumah Perlis - iaitu di Tangkak, di laluan masuk ke KL dan laluan ke jambatan Pulau Pinang. Kesesakan yang tak begitu teruk.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah yang memberi kemudahan dan keselamatan buat kami menempuh perjalanan yang begitu jauh dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,930 km.





.

38 comments:

  1. selamat hari raya kak...maaf zahir&batin selama kita berkenalan di alam maya ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. perjalanan lancar..

    ReplyDelete
  3. fuhhh Ana yg baca ni pon terasa jauh betul perjalanan tu dari utara ke selatan.. habis peta dari atas ke bawah hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau tahu akak kt pontian ajak akak jumpa heheheh, dana yg balik johor dlm 200km lebih pun selalu rasa lama nya akak ni lagi lah 800km... aje gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je kat Pontian, raya kedua petang dah gerak ke BP. Itu pun tak berjalan sangat sebab Mak akak tak sihat, kena ada yang tunggu kat rumah.

      Delete
  5. Alhamdulillah perjalanan semua lancar, dapat berkumpul dengan keluarga akhir Ramadhan.

    Taqabbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kebetulan ramai yang balik kali ni, dapatlah berbuka sama.

      Delete
  6. Kami memang elak masuk Alor Star kalau musim raya, dia punya jemmm tak leh bincang hehe...
    Alhamdulillah seronok dapat berbuka bersama. Nikmat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh...memang gitu eh Alor Setar 😄. Lain kali kami kena beringat.

      Delete
  7. Alhamdulillah. Tidak sangka perjalanan lancar waktu tol percuma. Hehe itu menunjukkan ramai rakyat Malaysia tidak tunggu tol percuma untuk balik.

    P.S: Cantik pula gambar yang dikartunkan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, nampaknya gitulah. Orang bukan tunggu tol percuma baru nak balik.

      Hehe...nak letak sebagai kenangan, tapi takmo jelas sangat. Kita kartunkan.

      Delete
  8. Jauh perjalanan dari utara ke selatan. Mujur aliran traffik lancar walau terpaksa hadap sesak sikit. Ramai yang dah balik awal kali ni dan ramai juga yang sambung cuti isnin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tahun lepas, ramai balik awal. Perjalanan jadi lancar.

      Kami pun sebenarnya sambung Isnin, tapi bila tengok trafik lancar, terus jelah gerak ke utara. Isnin suami masuk kerja, jimat sehari AL 😄

      Delete
  9. jauh sungguh perjalanannya, kami dari trg ke johor pun dah rasa x sanggup nak rempoh tuk sekelian kalinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni terpaksalah....sendiri sanggup berhijrah jauh, padahal kampung dua² kat Johor 😄

      Delete
  10. Bestnya berbuka puasa ramai2 dgn keluarga, terasa meriah kan. Selamat Hari Raya Kak Ujie, maaf zahir & batin ✨

    ReplyDelete
  11. Uncle suka betul tengok peta lepas jalan jauh2... puas rasa!

    ReplyDelete
  12. Wahhh.. boleh pulak tu bersaing secara kebetulan. Syukur dapat berkumpul ramai² walaupun tidak lengkap. Bila masing² dah berkeluarga mmg sukar nak dikumpulkan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau mereka pun gerak Ahad, tapi tak sangka pulak boleh sama atas jalan.
      Saya tak perasan, adik ipar yang call bagitau kereta kami potong kereta mereka 😄

      Betul, adik-beradik saya ada yang dah bermenantu. Susah nak kumpul.

      Delete
  13. Uwaaaah jauuuuuh itu kak 1900an km. Even Jakarta - Bali saja hanya 1000an km 😄.

    Seruuuu sih road trip macam ini. Apalagi lancar kan. Tak terlalu capek dibanding kena jammed. Rindu saya road trip jauh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak pergi dan balik utara-selatan tu yang jadi 1900+km.

      Kalau ada jam, itu yang rasa terseksa 😄. Alhamdulillah lancar kali ini.

      Delete
  14. jauh perjalanan, luas permandangan...ehh

    selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebuh raya luas, memang luas pemandangan 😁

      Blog Iwan kosong je, mana semua entri?

      Delete
  15. Tudiaaaa...Kutub Utara Kutub Selatan....Selamat Hari Raya Unie...Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  16. Jauh tu, Ujie oi. :D
    Alhamdulillah, trafik lancar ya. Orang lain hari Sabtu, dah balik kampung, hari tu.
    Best, dapat berbuka puasa ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita fikir Sabtu Ahad akan sesak. Eh rupanya Ahad lancar je.

      Delete
  17. Alhamdulilah jika perjalanan lancar. Macam letih sangat kalau nak hadap jam ni. Driver pun mau mengantuk juga bawa kereta. Apa pun kena berehat dulu kalau penat.....

    ReplyDelete
  18. Waah panjang jugak perjalanan yang di tempuh...walaupun lelah hati senang 😀.

    ReplyDelete
  19. Jauh tu.. kedua dua tmpt juga adalah kg saya.. Arau Perlis (Mak) dan Pontian Johor (Ayah).. tapi kami belum pernah travel strait dari selatan ke utara mcm ni hihii.. mesti kena stop sana sini. Tido umah sedara mara.. :D

    ReplyDelete
  20. Raya saya pun balik BP.. entah2 dekat dengan kampong saya..

    ReplyDelete
  21. Salam Syawal....Alhamdulillah, perjalanan lancar...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****