Monday, 29 April 2024

Cerita Hari Sabtu

Cerita hari Sabtu, 27 April 2024.

C-MART ARAU
Pasaraya C-Mart, Arau
PASARAYA DENGAN BANYAK PILIHAN BARANGAN | Semenjak menetap di Perlis, saya menghadapi masalah nak membeli keperluan rumah - tiada atau tak banyak pilihan dan harga biasanya lebih tinggi.

Kalau sebelum ni (di rumah NS dan rumah PP), saya berbelanja di pasaraya Aeon - lengkap pelbagai barangan, banyak pilihan pelbagai jenama/jenis, sayuran segar dan ada tawaran harga rendah produk tertentu atau baucer diskaun pada masa tertentu. Memang seronok membeli-belah.

Setakat ini di Perlis, saya membeli barang keperluan di pasaraya Giant, Borong Din dan Jmart yang terletak di Kangar. Pengalaman membeli-belah yang jauh berbeza - kurang pilihan jenama/jenis barangan, harga lebih tinggi dan selalunya sayuran kurang segar. Ini bukanlah satu rungutan ya, tetapi sekadar penceritaan pengalaman. Di bumi mana pun saya berhijrah, saya akan belajar sesuaikan diri dengan suasana kehidupan baru.

Seorang sahabat mencadangkan saya ke pasaraya C-Mart yang terletak di Arau. Maka pada hari Sabtu lalu, berpagian saya dan Encik Suami ke C-Mart yang terletak kira-kira 20 km dari rumah. Sebuah pasaraya besar dengan pelbagai pilihan barangan. Setakat ini, nampaknya inilah pasaraya paling lengkap dan banyak pilihan barangan yang pernah saya kunjungi di Perlis. Alhamdulillah.


HARI TANPA BEG PLASTIK FASA KE-3 MULAI 1 APRIL 2024 | Satu langkah yang baik oleh kerajaan Perlis dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar. Pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik ini hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dan caj 50 sen dikenakan bagi penggunaan setiap helai plastik.

Tiada masalah bagi kami yang sudah biasa membawa beberapa jenis shopping bag dalam kereta. Lagi pulak semasa menetap di rumah PP, pelaksanaan Hari Tanpa Plastik di PP lebih tegas (setiap hari tanpa beg plastik dan ada hari tertentu beg plastik memang tak dijual).


RISIKO BELI BARANG ‘ONLINE’ | Selepas membeli barang keperluan, kami ke syarikat penghantaran J&T bagi pos semula barang ke penjual. Beginilah antara hal yang leceh bila beli secara online - penjual salah pos barang, terpaksalah kita pergi pos semula. Kena mintak resit sebab nak tunjuk bukti kepada penjual bagi urusan refund. Kos pos RM7.40.


TELUR DADAR DAUN SELASIH
TELUR DADAR DAUN SELASIH | Kami makan tengah hari di Mee Mee Authentic Thai Empire, antara tempat makan kegemaran kami yang terletak di Kangar Jaya. Biasanya kami pesan telur dadar cha om, tapi kali ini kami mencuba telur dadar daun selasih. Sedap!


DERETAN GERAI JUALAN HARUMANIS | Perlis sudah pun memasuki musim buah mangga harumanis bermula sekitar Ramadan lalu. Ketika ini, di sana sini kelihatan deretan gerai jualan harumanis di tepi jalan. Rezeki kami menetap di sini, memang puas dapat makan harumanis tanpa keluar duit (pemberian orang dan pokok di belakang rumah).






.

19 comments:

  1. gerai jual harum mais tepi jalan tu lebih murah ke kak harganya?atau sama je?saya baru sekali makan harum manis,dapat juga la merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti berkenaan harga. Kalau ikutkan, harganya bergantung kepada gred buah. Ada beza kalau makan harumanis gred A dengan gred C.

      Delete
  2. Iya sayapun terbiasa bawa kantung belanja sendiri sis, memang masih ada toko dan pasar tradisional yang tetap menggunakan kantung plastik disini,ada juga yang tidak menggunakan.,tapi kita pilih yang baik buat alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, di sini pun cuma pasaraya yang buat pelaksanaan hari tanpa plastik. Yang lain masih guna beg plastik. Jadi kita sendiri yang perlu ada usaha menjaga alam.

      Delete
  3. beginila yg ldy rasa bila dari PP ke KTRG.. di sini harga makanan mahal n brg yg dijual di pasaraya x byk pilihan... lama2 dah kalih dh... dn kalau ke luar mmg pergi ke pasaraya besar untuk cr yg kite dah lama x tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pernah alami je yang tau, kan Lady.
      Sesekali saya shopping di Penang atau bila balik rumah NS, memang seronok dan besar mata tengok meriah barang jualan 😄

      Delete
  4. di Perak pun baru fasa memulakan hari tanpa beg plastik (tempat-tempat tertentu) & mmg dah terbiasa stanby shopping beg.. wahhhh puas hatinya stay kat Perlis dpt mkn puas-puas Mangga Harumanissssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kena tahan hidup cuaca panas, barulah boleh dapat makan puas-puas harumanis 😆

      Delete
  5. Nampak banyak pilihan di pasaraya c-mart tu ye, bagus la senang nak shopping beli barang2 dapur di tempat yg sama.

    Hmm... klu seller tersalah hantar barang bukan ke kos postage tu dieorg yg tanggung? selalu klu beli di shopee seller tersalah hantar barang, isi borang dalam apps dan lepas tu tunjuk kod QR dekat syarikat penghantaran.

    Tu la sekarang ni sana-sini jual harumanis. Peminat buah mangga mmg seronok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum kalau nak shopping barang dapur, kena pergi kurang-kurang dua tempat sebab tak ada yang lengkap. Ni kira lengkaplah.

      Ya, kos pos seller tanggung. Tapi akak kena keluar duit dulu, tunjuk bukti resit barulah seller refund. Ni beli melalui WA. Kalau beli di Shopee memang paling mudah nak return refund.

      Delete
  6. Di sebelah Utara sana C-Mart antara big market player. Ada juga cawangannya di Jitra & Changloon.
    Harumanis memang harum dan manis gitewww ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, masa duduk Penang aritu barulah kenal C-Mart. Ada dekat dengan rumah PP tapi barang jualannya tak banyak pilihan. C-Mart di Arau ni lebih meriah.

      Delete
  7. manakala di selangor, kedai2 mula tidak mengeluarkan beg plastik. tidak bawa grocery beg? sila angkut barang anda yang banyak tu sendiri 😆 tapi caj beg plasik agak mahal juga. selangor masih mengenakan caj 20 sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih tak berubah ya, dari dulu 20 sen. Paling mahal Penang, RM1 terus 😂

      Delete
  8. Ingatkan barang keperluan rumah di Perlis lagi banyak kepelbagaian dan murah sebab hampir di sempadan. Terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kuali periuk yang biasa tu mungkin banyak dan murah, sebab dari Siam. Tapi kalau keperluan/makanan macam tisu, sabun, yogurt tu pilihan jenama agak terhad atau tiada. Jika ada harganya lebih mahal. Mungkin faktor jarak Perlis jauh nun di utara dan permintaan rendah (penduduk tak ramai). Kos jadi tinggi.

      Sebelum ni dengar orang Perlis shopping di Kedah dan Penang, ingatkan saja-saja nak shopping luar. Sekarang saya dah tahu apa sebabnya 😄

      Delete
  9. C-mart pn ok jugak kan kak? masa kursus di uum dlu di sinilah kami shopping & makan²... tp nk ke padang besar pun dh dekat tu kalau nak di kuala perlis

    ReplyDelete
  10. Terkadang kalo tinggal di kota macam jakarta ini, saya pun kurang suka dengan sayurannya Krn tak terlalu segar. Beda dengan di Bandung yg mungkin Krn penghasil sayuran juga JD lebih fresh 😄. Tapi apapun harus kita terima kan, tak ada pilihan.

    Penasaran pula telur dadar daun selasih. Tak pernah lihat daun selasih seperti apa.

    ReplyDelete
  11. Sukar juga tak banyak pilihan. Jauh juga tu nak beli barang² dapur.
    Hmm...risiko beli online, paling leceh nak kena pos semula tu. Padahal bukan salah kita. Rezeki akak dapat makan harumanis tanpa jemu bila dah jadi orang Perthlis ni kan. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****