Entri pada tarikh yang jarang ditemui - 29 Februari. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak saudara dan biras saya yang menyambutnya pada hari ini. Semoga beroleh bahagia di dunia dan akhirat.
——-
Dalam entri Tumpang Tidur, saya ada menyebut berkenaan ular dan cacing besar. Saya cuba catatkan kisahnya tanpa foto yang jelas supaya entri ini tak mengganggu perasaan kalian yang membaca π
ULAR DI TINGKAP BILIK TIDUR
Sebelum ini memang ada yang berpesan kepada saya supaya berhati-hati dengan kehadiran ular di rumah. Saya juga diingatkan supaya jangan biarkan pintu sliding door terbuka tanpa pengawasan kerana bimbang ular menyelinap masuk. Jadinya saya cuma buka beberapa buah tingkap di ruangan tertentu bagi tujuan pengudaraan. Saya fikir, ular tak memanjat dinding untuk masuk rumah melalui tingkap. Tapi…
Foto tingkap bilik sejurus selepas ular berjaya dikeluarkan. |
Pagi 4 Januari lalu, saya buka satu daun tingkap sahaja di bilik tidur supaya cahaya matahari pagi dan udara segar dapat masuk ke bilik. Menjelang tengah hari saya tutup daun tingkap tersebut dan turunkan bidai bagi menghalang terik matahari. Sebagai makluman - tingkap ni ada tiga ‘lapisan’ iaitu tingkap cermin di luar, kemudian ada grill tingkap dan tambahan jaring nyamuk aluminium.
Petangnya, saya tergerak hati nak melihat ke luar rumah. Saya tarik tali bidai tingkap dan terkejut melihat seekor ular berwarna coklat sedang melingkar pada bingkai tingkap π±. Spontan saya menjerit dek terkejut. Walaupun saiz ular taklah besar, mungkin anak ular tapi dah cukup buat saya terkejut dan rasa seram! Maknanya tengah hari tadi masa saya tutup daun tingkap, si panjang ni dah berada di sudut bingkai tingkap yang saya tak perasan π§
Saya tenangkan diri (tarik nafas dalam-dalam) dan terus hubungi Encik Suami di tempat kerja. Alhamdulillah tak terjadi perkara buruk, ular berjaya dibawa pergi ke tempat lain oleh seorang kawan Encik Suami. Begitulah kisah saya yang pertama kali menghadapi situasi ular hampir masuk ke kediaman kami.
CACING BESAR
Kalian pernah jumpa cacing dengan saiz besar dan panjang? Saya pernah jumpa beberapa kali sewaktu di kampung. Kali ini bukan sesekali jumpa tau, tetapi setiap hari (dalam suatu tempoh masa) dan dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah lebih 20 ekor dalam satu masa!
Maka, menjeritlah saya (dengan jeritan kecil) setiap pagi bila keluar rumah nampak cacing besar bersepah di lantai luar. Kebanyakkannya dah mati/tak bergerak dan ada sebahagian kecil masih bergerak. Lama-kelamaan bila dah setiap hari nampak, saya dah tak menjerit cuma muka berkerut dek rasa geli.
Setiap hari juga, saya menyaksikan kumpulan kerengga berusaha membawa cacing-cacing ini melalui kabel telefon menuju ke sarang kerengga di sebatang pokok. Saya geli pada cacing, tapi terselit rasa lucu dan kasihan juga melihat cacing-cacing ini menjadi ‘lauk kenduri’ kumpulan kerengga.
Foto-foto ‘penghantaran lauk kenduri’ ini dirakam sekitar penghujung Disember sehingga pertengahan Januari. Biar panas terik, hujan turun atau di awal pagi, gigih kumpulan kerengga ini bekerja. Paling geli dan seram (kalau-kalau terjatuh!) bila ada sehingga tiga ekor cacing bergantungan di kabel ini.
Pagi 1 Februari, akhirnya saya dapat keluar rumah melakukan ‘morning walk’ dengan tenang kerana tiada lagi kelihatan cacing besar di lantai luar rumah dan di jalanan. Fuh, lega! Syukurlah kehadiran cacing yang seperti satu serangan ini ada tempoh masa.
Menurut pemerhatian saya, ianya muncul sekitar pertengahan Disember sehingga penghujung Januari. Mula-mula sedikit, kemudian banyak dan selepas itu berkurangan sehinggalah tiada langsung.
Apa faktor ‘mereka keluar beramai-ramai’ tidaklah saya ketahui. Carian internet gagal menemukan jawapan. Teori yang boleh saya fikirkan, ada dua kemungkinan iaitu musim cacing keluar untuk bertelur/mengawan kemudian mati dan/atau petanda bermulanya musim panas kemarau di Perlis (cacing keluar dek kepanasan).
Saya catatkan kisah ini di blog sebagai satu dokumentasi bagi tujuan pemerhatian saya terhadap alam sekitar di sini. Saya rasa seronok dapat memerhatikan dan mengenali pelbagai hidupan di sini (meskipun seram dengan si panjang π
).
.
Eiii... Jumpa cacing sekor pun dah geli-geleman apalagi sampai 20 ekor. Ular tu mujurlahhhhh... Rasa sy pun ikut menjerit sekali.
ReplyDeleteSaya rasa nak menangis masa mula-mula nampak cacing besar banyak. Geli sangat.
DeleteEh sama juga dengan anak buah saya birthday hari ni. Sambut 4 tahun sekali.
ReplyDeleteAllahuakbar, kita ni kalau ternampak pun dah takut. Inikan secara dekat. Syukur tak jadi apa-apa. Kecik ke besar ke tetap kita takut dan seram kan.
Ada juga ye musim cacing. Baru tahu. Mesti ada kisahnya.
Mujur ada musim, kalau sentiasa ada…waduhh π
DeleteMahu tak keruan setiap masa kak. Itu kalau sayalah.
DeleteMusim panas ni kan ular keluar cari tmpt sejuk
ReplyDeleteumah kwn baru2 ular sawa msk dapur
Agaknya gitulah…ular cari tempat teduh.
Deletewahh pemerhatian alam serangga yg hebat ni cikkak ., hehe
ReplyDeleteTakdelah hebat Wak, saja seronok nak perati benda yang ada di sekeliling.
Deleteseram sejuk sy
ReplyDeletebila membayangkan kalau ular tu muncul
mungkin sy lari lintang pukang agaknya
eee meremangggg
Akak pulak jadi terkaku sebab terkejut π
Deleteyg ular tu mmg suspens...sian cacing, bila dah mati, jd lauk haiwan lain...
ReplyDeleteGitulah kitaran makanan. Yang bagusnya, tak payah saya bersihkan cacing mati sebab dah ada yang ambik π
Deletesi ularrr memang byk kes masuk rumah terutama musim panas skrg ni hehe
ReplyDeleteSeram je kan…kena jaga-jaga.
DeleteAdoi...kalau ular & cacing memang geli..saya kalau lintah boleh tahan lagi..
ReplyDeleteKerengga tu sekali pandang saya ingatkan pemandangan ditepi pantaiπ€
Semua tu saya geli termasuk lintah. Tapi bila dah terpaksa hadap, maka kita tabahkan hati jelah π
DeleteAdeh…tepi pantai ya π
perihal ular ni yg menakutkan.. boleh membawa maut..
ReplyDeletekalau cacing besar pula.. kat sini x pernah keluar cacingnya kecuali kita korek kat celah2 pokok kelapa untuk dijadikan umpan kail.. :D.. kalau org suka memancing mesti seronok nampak cacing kepanasan atas tanah.. just ambik x perlu korek2 lagi..
aduh seriaunya kak tang ular tu, kalau cacing tu geli jugak kalau nampak dia keluar banyak2 kan... pelik jugak sbb tmptnya di dalam tanah kan
ReplyDeleteNasib baik ular kecil dan berjaya dikeluarkan. Ingat ada panggil bomba.
ReplyDeleteTidak sangka ada cacing saiz besar sebab tidak pernah nampak di sini.
Dah blh jadi discovery channel dah ni huhuu :D
ReplyDeletehebat kak Ujie..dah macam projek kelab sains. walau geli, masih berminat nak perhati
ReplyDeleteHaissh kak, mah apapun size nya, kecil besar, cacing atau ular tetep saya takuuut. π€£π€£. Intinya memang binatang yg jalan pakai perut mereka tak nak saya lihat π.
ReplyDeleteDulu saat di Aceh, komplek perumahan saya di belakang ada hutan. Dan di sana msh banyak hewan macam lintah atau Pacet. Itu lagi saya ngeri, Krn bisa hisap darah kan. Jadi kalo dah ternampak itu, betul macam menggelepar badan.π