Sunday, 8 October 2023

Flightradar24 - Live Flight Tracker

Pernah dengar berkenaan Flightradar24?
Apa itu Flightradar 24? 
Flightradar24 ialah perkhidmatan berasaskan internet dari Sweden yang menunjukkan maklumat penjejakan penerbangan pesawat pada masa nyata pada peta.
Ia termasuk maklumat pengesanan penerbangan, asal dan destinasi, nombor penerbangan, jenis pesawat, kedudukan, ketinggian, tajuk dan kelajuan. 
Ia juga boleh menunjukkan tayangan semula selang masa bagi trek sebelumnya dan data penerbangan sejarah oleh syarikat penerbangan, pesawat, jenis pesawat, kawasan atau lapangan terbang. 
Ia mengagregatkan data daripada pelbagai sumber, tetapi, di luar Amerika Syarikat, kebanyakannya daripada pengumpulan maklumat sumber ramai oleh sukarelawan dengan penerima ADS-B dan daripada penerima ADS-B berasaskan satelit. (Sumber : wikipedia)

Memang menarik! Nak gunakan perkhidmatan mereka pun cukup mudah, boleh terus ke laman web https://www.flightradar24.com/ atau install aplikasi Flightradar24 Flight Tracker. Lepas tu akan keluar paparan trafik pesawat yang sedang berada di udara. Kita boleh buat carian dengan memasukkan info seperti nombor penerbangan, laluan dan syarikat penerbangan. Atau klik je mana-mana pesawat yang ada untuk mengetahui maklumat penerbangan pesawat tersebut.

Kita boleh gunakan perkhidmatan yang asas secara percuma, tapi kalau nak maklumat penerbangan lebih terperinci perlulah melanggan pelan langganan seperti berikut :

Flightradar24 - Live Flight Tracker
Pelan langganan Flightradar24 (screenshot dari laman web Flightradar24). Klik untuk paparan lebih jelas.


MENJEJAKI PENERBANGAN PESAWAT ENCIK SUAMI

Pada hari Jumaat 6 Oktober lalu, Encik Suami menaiki pesawat Air Asia penerbangan dari Pulau Pinang ke Jakarta. Disebabkan saya tak ikut, saya pun sajalah buka Flightradar24 di laman web untuk menjejak pesawat yang dinaiki Encik Suami.

Lepas tu terfikir pulak nanti nak tengok dari balkoni rumah kot nampak pesawat tersebut. Memang biasa saya nampak pesawat sedang melalui ruang udara di tempat tinggal saya ni, kadang rajin saya check Flightradar24 saja nak tahu pesawat menuju ke mana.

Saya gunakan perkhidmatan yang percuma dan tak log in. Inilah hasilnya…

Flightradar24 - Live Flight Tracker
Foto kiri | Pukul 8.07 pagi pesawat sudah berlepas. Paparan menunjukkan tiada pesawat lain sedang melalui ruang udara di kawasan sekitar. Mudahlah saya nak cari di langit nanti sebab memang tak ada penerbangan lain masa ni.

Foto kanan | Paparan laluan pesawat tersebut. Semasa saya screenshot ni pesawat dah berada di ruang udara negeri Perak. Barulah nampak jelas laluan pesawat yang juga melalui ruang udara rumah kami di Simpang Ampat (saya tandakan dengan warna kuning).

Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Pukul 8.09 pagi kelihatan pesawat memasuki ruang udara kawasan rumah kami. Teruja sungguh! Dengan pantas saya cuba merakam foto pesawat dari kejauhan. Tapi tak mudah sebab ia bergerak dengan pantas dan sesekali menghilang dibalik awan. 

Foto kiri | Pukul 8.10 pagi berjaya merakam foto pesawat (dalam bulatan). Satu lagi objek berhampiran tu merupakan seekor burung.

Foto kanan | Hasil zoom-in. Memang nampak jelas ekor pesawat milik Air Asia.

Dalam tempoh seminit je pesawat ni lalu depan mata saya dan kemudian menghilang dari pandangan. Sempatlah saya melambai ke udara sambil menjerit “Babai abang…!”. Eh tak, saya tak buat gitu pun ya πŸ˜†

Saya rasa teruja bercampur lucu pulak sebab boleh nampak pesawat yang dinaiki Encik Suami sedang terbang di ruang udara dengan entah berapa ketinggiannya. Ini semua rezeki disebabkan tiada penerbangan lain, rumah saya pulak di aras tinggi menghadap bahagian pulau Pulau Pinang tanpa sebarang halangan pandangan dan juga faktor cuaca cerah kurang berawan.



Hasil screen recorder berdurasi 16 saat (asalnya lebih panjang, saya percepatkan) memaparkan secara live kesibukan trafik udara. Pesawat warna merah tu yang membawa Encik Suami menuju ke Jakarta.

Imbas kembali - semasa pandemik COVID-19 di mana tiada penerbangan keluar masuk, sesekali saya nampak pesawat melalui ruang udara rumah kami. Bila saya check di Flightradar24 ia adalah pesawat syarikat kurier.






.

20 comments:

  1. Wahhhh... rajinnya Ujie buat kajian dan tunggu pulak pesawat bawa suami lalu. Belum jauh terbangnya dah rindu eh 🀭🀭🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kajian apa sangat pun Sk. Bukak je Flightradar24 ikut masa pesawat berlepas, lepas tu jenguk langit 😁

      Tak taulah rindu ke jeles sebab tak boleh ikut πŸ˜„

      Delete
  2. ada apps mcm ni rasa lega skit sbb kita bole tau pesawat tu dh berada kt mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mudah tak tertanya-tanya. Kita check jelah sendiri.

      Delete
  3. siap lambai n cakap bye bye abang heehehhe itu kelakar kak... hehhe teringat masa kecik2 dok lambai kt kapal terbang yg lalu mcm la mereka nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Dana…gitulah perangai masa kecik. Yelah, kita tak pernah naik/tengok kapal terbang kan, dapat nampak dan lambai tu pun seronok sangat 😁

      Delete
  4. Tak pernah terfikir nak jejak kapal terbang guna flightradar24 ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok boleh jejak gini, boleh tau pesawat dah kat ruang udara mana. Sambil tu boleh tengok kesibukkan trafik udara.

      Delete
  5. Terer la, app dia. Saya rasa comel pula, baca entri ni. Eh, cakap babai kat abang pun apa salahnya. Tersedak-sedak dia dalam kapal terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah Nur sebab rasa comel, bukan rasa nak muntah ke apa πŸ˜‚
      Saya cakap jugak gitu, tapi pelan jelah πŸ˜„

      Delete
  6. Oh? Ada tracking ke? Baru tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba bukak ya, jadi pemerhati trafik udara πŸ˜€

      Delete
  7. Manalah Puan Ujie tahu pasal aplikasi ini?
    Hehe rindu tengok kapal terbangpun jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu dari perkongsian orang lain jugak kot, entah tak ingat πŸ˜…

      Hahaa…saja ambik pengalaman yang susah nak dapat ni - tengok kapal terbang suami naik hanya dari balkoni rumah πŸ˜„

      Delete
  8. Sangat membantu sekali yaa,kita jadi lebih tenang dan bisa tau

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka guna flightradar ni sedang nak trace especially kalau ada family pergi umrah. Taklah risau kan. Hihi..kalau hari-hari trace dengan Find My, senang trace perjalanan encik suami pergi balik kerja. Hihi..kalau lambai pun takpe.

    ReplyDelete
  10. Sayapun baru tau pasal ni dalam beberapa bulan lepas...
    Sebabnya tengah berkumpul nampak beberapa kapal terbang melintas..Saya dok bersungut nak ke mana la flight ni semua..Sekali kawan bgtau
    pasal flightradar24..uiii...teruja saya mengecheck setiap kapal terbang yang lalu...ter jakun sebentar saya...🀣

    ReplyDelete
  11. Hahahahah, sampai difoto sekali ya kak ujie πŸ˜„πŸ‘. Saya dah lama pakai flight radar ini, awalnya dari teman saya, yg kebetulan suaminya punya tour travel dan sering bepergian setiap bulan. Jadi teman saya selalu pantau dari radar ini.

    Kebetulan suami saya pun sering tugas ke luar kota, jadi terkadang saya pantau juga pesawatnya pakai flight radar untuk tahu dia dah sampai atau belum 😁. Tp sudah kalo nak foto, rumah saya bukan yg dilalui penerbangan biasanya ☺️

    ReplyDelete
  12. aduhai leh stress ni kalo bini asek track je laki nk gi mana2 hatta atas awan., huhu

    ReplyDelete
  13. rajinnya diaaa🀭 kalau x silap sy laa... igt x kes bdk forex konon2 nya naik pesawat peribadi tp rupanya flight tu x bergerak2 pun. pilot yg jejak tu guna flightradar ni kot...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****