Tuesday, 10 October 2023

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama

Semalam saya masak Ayam Masak Lemak Cili Api, saya masukkan juga daun kunyit yang telah disimpan dalam peti sejuk beku (freezer). Dah nak habis stoknya, berbaki beberapa potongan daun saja. Kemudian teringat foto-foto yang diambil pada bulan Januari lalu masih belum dijadikan entri blog πŸ˜„

Walaupun mungkin ramai yang dah tahu cara simpan daun kunyit agar kekal segar dan tahan lama, tetap jua saya catatkan di blog sebagai rujukan dan kenangan saya sendiri.

Begini cara yang saya lakukan :

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Basuh bersih daun kunyit, kemudian keringkan daun dengan cara tus (biasanya saya eja ‘tos’, rupanya ejaan yang betul ialah ‘tus’) dan tekapkan dengan tisu dapur.

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Selepas itu saya buang tulang daun dan potong daun kepada saiz kecil. Tujuannya supaya mudah simpan dan mudah saya nak masak, cuma ambil beberapa potongan daun saja. Biasanya saya guna sikit sebab ahli rumah cuma berdua, masak apa pun sikit jelah.

Selit kisah lain - foto di atas ada menyimpan memori. Papan pemotong dan pisau yang digunakan tu sekarang dah berganti yang lain. Papan pemotong sengaja ganti lain sebab ada bau tak menyenangkan yang tak boleh hilang, manakala pisau tu pulak ghaib gagal dikesan πŸ˜…

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Teknik pembekuan (freezing) - susun daun kunyit tadi atas pinggan atau bekas bersesuaian, lepas tu simpan dalam peti sejuk beku selama beberapa jam atau semalaman. Tujuan buat begini adalah supaya daun kunyit dapat disejuk bekukan secara sekata sebelum masuk bekas penyimpanan.

Ada orang terus simpan tanpa buat langkah ni. Terpulanglah kan, ikut cara mana yang kita suka. Setakat ni beginilah saya buat kalau nak bekukan daun herba.

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Rupa daun kunyit selepas beberapa jam di sejuk bekukan.

Cara Simpan Daun Kunyit Agar Kekal Segar dan Tahan Lama
Saya simpan dalam pek plastik berzip begini. Setiap kali nak guna, ambil beberapa potongan daun kunyit dan potong/gunting kasar terus masuk dalam masakan. Tak dapat nak hiris halus bila gunakan daun kunyit yang dah disimpan dalam peti sejuk beku. Itu sajalah kekurangannya.

Dah hampir 9 bulan saya simpan daun kunyit ni, semalam pakai masih elok warna hijau dan ada aroma daun kunyit. Memang jimat sejak saya buat cara begini pada daun herba untuk masakan. Sekarang ni dalam peti sejuk beku saya ada menyimpan daun kunyit, daun kari, daun limau purut dan bunga kantan. Semangat nak memasak bila semua bahan herba ada.

Walaupun tak sesegar daun yang baru diambil dari pokok, tapi inilah cara terbaik bagi orang yang tak menanam pokok kunyit tapi mahukan daun kunyit yang segar warnanya untuk digunakan pada bila-bila masa saja.






.

16 comments:

  1. bagusnya. kemas teratur je.
    MA pun frozen kan jugak...belajar frozen2 ni masa kat perantauan dulu. segala mcm frozen kan- daun kunyit, daun kari, daun pandan, bunga kantan.. alhamdulillah tahan lama la. ye la...kat sana bukan senang nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentingnya ilmu gini semasa di perantauan ya πŸ˜€

      Delete
  2. Saya pun sama, kadang2 beli daun kunyit nak pakai sehelai je tapi kena beli banyak jadi yang lebih tu saya hiris kecik-kecik lepas tu simpan dalam bekas tupperware kecik masuk dalam freezer. Nanti nak pakai saya ambik je sikit sbb dah hiris kecik-kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba jugaklah buat gitu - sebahagian stok hiris halus siap-siap untuk masuk dalam masakan.

      Delete
  3. Lama bertahan tu kak. Bagus cara camni boleh simpan lama. At least tak putus bekalan dan mudah nak guna bila diperlukan. Terima kasih untuk tipsnya.

    ReplyDelete
  4. Justru saya baru tau setelah baca ini, terimakasih postingannya ,jadi tau cara menyimpan daun kunyit supaya tetap segar ,praktis juga sdh di potong,daun"lain pun mungkin bisaπŸ˜€

    ReplyDelete
  5. Okeh! Ini tips yang berguna! (Untuk aunty πŸ˜„)

    ReplyDelete
  6. Wah...boleh tiru ni ..warna kekal hijau

    ReplyDelete
  7. Pokok kunyit sentiasa ada di belakang rumah
    Jadi tak pernahlah frozenkan daunnya.
    Petua yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Saya juga pakai cara ini kak. Tp untuk daun salam dan daun jeruk. Blm pernah coba daun lain. Daun kunyit jarang pakai dalam masakan. Tapi kemarin dpt resep masakan tumis daun kunyit, jadi nak beli pula rasanya.

    ReplyDelete
  9. Ini kalau tiada pokok boleh buat begini.
    Apapun terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
  10. Baik. Boleh ikut cara ni. Pokok kunyit saya sudah mati. Mekasih share cara ni, Ujie. :D

    ReplyDelete
  11. lama juga tu bertahan! tips ni sesuai sgt utk mrk yg ddk rumah tinggi. yg dok rumah ada tanah... better tanam sendiri je laa...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****