Judul : TRAVELOG INDERASAKTI PULAU MAS KAHWIN
- JEJAK SEJARAH JOHOR-RIAU
Penulis : Syed Azharul Asriq
Penerbit : Jejak Tarbiah Publication
Tahun terbit : 2018 (cetakan pertama 2018)
Jumlah halaman : 187
Sebelum ini saya telah membaca naskhah sejarah oleh Syed Azharul Asriq yang berjudul Kerana Cinta Aku Derhaka, ia mencatatkan pengembaraan penulis mencari hikmah sejarah di Kota Tinggi, Johor. Dalam naskhah kali ini pula, penulis membawa pembaca mengikuti pengembaraan beliau mencari hikmah sejarah di Pulau Penyengat.
Pulau Penyengat atau Pulau Penyengat Inderasakti adalah sebuah pulau kecil yang dahulunya menjadi simbol kebesaran kerajaan Johor-Riau. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah memisahkan kerajaan Johor-Riau, Johor di bawah kekuasaan Inggeris dan Riau pula di bawah kekuasaan Belanda. Hari ini, Pulau Penyengat merupakan sebahagian daripada Kepulauan Riau, Indonesia.
PULAU PENYENGAT SEBAGAI MAS KAHWIN
Pulau Mas Kahwin yang dimaksudkan oleh penulis ialah Pulau Penyengat kerana pada tahun 1803 ia dijadikan hadiah mas kahwin oleh Sultan Johor ke-15, Sultan Mahmud Syah III kepada Raja Hamidah, iaitu puteri Raja Haji Fi Sabilillah sebagai isteri keempatnya.
Peta kedudukan Pulau Penyengat (sumber : Google Maps) |
MENELUSURI TINGGALAN SEJARAH DI PULAU PENYENGAT
Penulis membawa pembaca menelusuri tinggalan sejarah di Pulau Penyengat dan catatan sejarah berkenaannya. Saya kongsikan sebahagiannya di sini sebagai pengetahuan kita bersama :
Makam Raja Haji Fi Sabilillah
- Raja Haji Fi Sabilillah merupakan Yamtuan Muda ke-4.
- Seorang pahlawan.
- Beliau meninggal dunia ditembak meriam Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada 17 Jun 1784 sewaktu menyerang kubu Belanda di Melaka.
Makam Engku Puteri Raja Hamidah
- Engku Raja Hamidah merupakan puteri sulung kepada Raja Haji Fi Sabilillah yang dilahirkan sekitar tahun 1774.
- Merupakan isteri keempat Sultan Mahmud Syah III yang menerima Pulau Penyengat sebagai mas kahwin.
- Menjadi pemegang alat kebesaran diraja serta nobat pusaka kerajaan.
- Beliau meninggal dunia pada tahun 1844 ketika berusia 70 tahun.
Makam Pujangga Raja Ali Haji
- Raja Ali Haji merupakan cucu kepada Raja Haji Fi Sabilillah yang dilahirkan pada tahun 1808.
- Seorang ilmuan.
- Menghasilkan kitab Tuhfat al-Nafis yang bermaksud ‘Hadiah Yang Bernilai’. Kitab ini menceritakan kisah sejarah jalinan darah Raja Melayu dan Raja Bugis.
- Karya sastera beliau yang paling masyhur ialah Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1847. Gurindam Dua Belas mengajar kita menjadi bangsa Melayu yang berbudi.
- Meninggal dunia pada tahun 1872.
- Pada tahun 2004, beliau dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional oleh pemerintah Indonesia sempena Sambutan Hari Pahlawan.
Selain lawatan ke makam-makan, penulis turut menelusuri tinggalan sejarah Istana Tengku Bilik, Balai Adat, Istana Kantor dan Gudang Mesiu.
KELAB RUSYDIAH
Saya tertarik dengan perkongsian penulis berkenaan Kelab Rusydiah, sebuah kelab cendekiawan yang ditubuhkan di Pulau Penyengat pada awal tahun 1890-an.
Bagi menyertai kelab ini, seseorang haruslah menghasilkan karya penulisan ilmiah. Penyertaan hanya diterima sekiranya karya tersebut dinilai berkualiti. Fuh! Bukan mudah ya.
Kelab ini kemudiannya menjadi satu pergerakan politik yang menentang penjajahan Belanda menerusi pemikiran dan gagasan idea.
Pulau Mas Kahwin, sebuah naskhah yang bagus bagi kita memahami sejarah bangsa Melayu khususnya sejarah Kerajaan Johor-Riau. Banyak hal yang dapat saya ketahui tentang sejarah kesultanan Johor, tanah kelahiran saya ini. Dengan mengetahui kisah masa lalu dapatlah kita memahami situasi hari ini dan mengambil pelajaran daripada apa yang telah terjadi.
Bukankah sejarah itu kisah orang mati sebagai panduan kepada orang yang hidup? Mereka pergi, namun cita-cita mereka tidak mati. Kitalah penerus cita-cita tokoh terdahulu. - Pulau Mas Kahwin, Syed Azharul Asriq.
menarik untuk dibaca
ReplyDeleteSeronok jugaklah sebab dapat tau sejarah bangsa.
DeleteThank you for sharing. I like it but jenis buku sejarah macam ni selalu buat I pening sebab nama-nama yang panjang dan almost the same. haha
ReplyDeleteYou’re welcome Zhi. Ya, setuju bab nama-nama tu. Memang mengelirukan. Jadi susah nak ingat 😄
DeleteSaya pernah sekali ke Pulau Penyengat.. Makam Raja Haji antara tempat yang saya kunjungi.
ReplyDeleteOrang kuat muzium harus dah sampai situ kan..👍🏽
DeleteMahal mas kahwin untuk Engku Raja Hamidah.
ReplyDeleteDahulu belajar pasal buku tulisan Tuhfat Al-Nafis oleh Raja Haji Ali.
Itulah…diberi sebuah pulau terus 😀
DeleteSaya pulak sekadar tahu nama kitab tu masa belajar sejarah.
Wah.. Menarik betul buku dia..
ReplyDeleteMenarik bagi peminat sejarah 😀
Deleteoh.. baru tau kisah sejarah ni... mcm x pernah cikgu² sejarah sy dlu cerita
ReplyDeleteYa, seingat akak pun memang tak ada kisah pasal Pulau Penyengat dalam silibus subjek Sejarah.
DeleteBanyak rupanya kisah sejarah yang tidak terungkap. Kalau di peringkat sekolah memang tidak muat dimasukkan dalam sukatan pelajaran. Apabila belajar di universiti banyak sangat bab sejarah yang sangat menarik boleh dikaji. Itu pun kena buat pilihan tajuk sewaktu mendaftar kursus. Tidak semua tajuk sejarah negara kita ditawarkan dalam satu-satu kursus.
ReplyDeleteKak ujie, selama ini saya pikir pulau penyengat itu masuk area Malaysia , ternyata bukan ya 😅. Apalagi Riau itu memang propinsi dengan banyaaaak Kepulauan. Saya sendiri tak hapal pulau2 under Riau ini.
ReplyDeleteSaya suka sejarah, apalagi kalo mempelajarinya lewat museum atau buku. Yg penting cara memaparkannya jelas dan mudah dipahami.
Tadi juga baca komen Abang Fairuz, dan saya jadi tertarik datang ke sana melihat makam raja2 nya