Thursday, 28 September 2023

Beribu Bintang di Langit…

Sudah menjadi kebiasaan saya suka memerhatikan langit malam, mencari-cari apa ada di langit. Rasa seronok dan bahagia kalau dapat memandang bulan dalam fasanya tersendiri, atau planet yang kelihatan seperti setitik cahaya terang, apa lagi kalau dapat menyaksikan kerdipan bintang memenuhi langit malam 🀩

Foto langit malam berikut saya rakam di rumah mentua saya di Batu Pahat, Johor pada 20 September 2023 sekitar pukul 11.37 - 11.44 malam.

Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas.

Beribu Bintang di Langit
Hasil rakaman foto di ruang langit yang gelap pekat.

Beribu Bintang di Langit
Pandang ke sudut mana pun, semuanya dipenuhi dengan bintang 😍

Beribu Bintang di Langit
Masya Allah! Bahagia sungguh saya dapat menyaksikan kerdipan bintang yang memenuhi ruang langit.

Langit malam tanpa litupan awan dan kurangnya pencemaran cahaya di kawasan kampung membolehkan bintang dapat dilihat dengan jelas. Suatu pemandangan yang cukup menakjubkan dan memberi ketenangan bagi pencinta cakerawala. Serasa ingin saja saya berada di luar rumah selama mungkin sambil menatap langit malam yang indah.

Allah Yang Maha Hebat melengkapi langit dengan bintang yang bukan sekadar menjadi penyeri malam. Terima kasih Allah atas nikmat ini ❤️






.

34 comments:

  1. Subhanallah!! Tenang mendamaikan kak

    ReplyDelete
  2. ♪ "...kini menghilang." ♪
    (haaaa... sambung!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh....memang saya gunakan judul lagu Man Bai untuk tajuk entri ni.

      Delete
  3. Replies
    1. Sayangnya bulan tak kelihatan pulak masa ni πŸ˜„

      Delete
  4. Subhanallah, nampak jelas bintang2 di kampung Kak Ujie tu. Kat KL susah nak cari bintang. Dongak ke langit tengok jerebu je huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintang nampak jelas sebab tak ada atau minima pencemaran cahaya. Kalau di rumah akak pun tak dapat jelas gini rupa bintangnya.

      Delete
  5. subhanallah....indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Hebat Allah menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.

      Delete
  6. baru teringat tadi pagi masa otw pergi kerja nampak bulan cantik sangat, bulat dan nampak berwarna oren... tp syg tak boleh nk amik gambo sbb masa tu kt tgh jln heheheh. Kalau balik kg dana suka tengok bintang mcm akak, sbb kt kg tak banyak lampu2 mcm di bandar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah antara momen indah kita kat kampung kan...

      Delete
  7. Itulah apabila pandang ke langit macam berada pada dunia lain. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat NA. Terlupa kejap bumi dipijak πŸ˜€

      Delete
  8. Cantiknya .. rindu nak tengok bintang yang banyak macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bukan mudah nak tengok bintang bertaburan kalau tinggal di bandar.

      Delete
  9. Bila lihat luasnya langit malam, baru sedar betapa kerdilnya diri ini. Boleh tahu gunakan kamera apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, terasa kerdil diri di sisi Allah.

      Saya guna Samsung S22 ultra.

      Delete
  10. Begitu indah ciptaan-Nya. Subhanallah...

    ReplyDelete
  11. Boleh ajar tak macam mana nak ambik gambar macam ni? Sis guna kamera apa? Saya ambik gambar langsung tak nampak apa. Sedihhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sedih Aika. Bukan selalu pun saya dapat ambik gambar bintang jelas begini. Selalu jugak cuma nampak langit gelap, tapi tak letak di blog lah kan πŸ˜…

      Selain faktor kemampuan teknologi kamera, faktor langit yang sangat kurang pencemaran cahaya akan membuatkan bintang nampak cerah dan jelas pada gambar kita.

      Saya guna kamera hp Samsung S22 ultra.

      Delete
  12. Damai je dapat tengok bintang² di langit... ralit je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kan PH...sampai penat dongak kepala πŸ˜…

      Delete
  13. Lama tak ambil gambar bintang-bintang di langit. Saya juga suka ambil gambar bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencinta cakerawala biasanya suka ambil gambar apa ada di langit. Walaupun kadang tengok dengan mata lebih cantik, dalam gambar tak jelas pun πŸ˜…

      Delete
  14. Bintang di langit betapa cantik dan kerlip kilau cahayamu di gelapnya malam.

    ReplyDelete
  15. Memang rasa bahagia sangat, rasa hendak petik bintang di langit. Ujie, tahun 1992 pertama kali saya mendaki sampai puncak Gunung Kinabalu. Pukul 2 pagi kami teruskan pendakian menuju puncak dari tempat penginapan di Gunting Lagadan. Sewaktu dongak ke langit....Subhanallah... seolah-olah berada di dunia lain. Bintang bertaburan menghias langit tidak terkira jumlahnya, sangat jelas bercahaya dipandangan mata, bagaikan sangat dekat dan ingin dicapai. Kemudian melihat awan di keliling gunung.... ya Allah! Tidak terucap oleh kata-kata!

    ReplyDelete
  16. Subhanallah cantik nya langit

    ReplyDelete
  17. Saya sedang berangan berbaring bawah pokok sambil letak tangan bawah kepala dan silang kaki.merenung bintang di langit

    ReplyDelete
  18. Saya dah tak ingat kapan trakhir kali melihat bintang πŸ˜„. Dah terlalu lama. Jakarta ga memungkinkan utk melihat ini. πŸ˜”.

    Rasanya dulu melihat bintang ramai seperti itu saat masih di Aceh ❤️

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****