Foto-foto berikut dirakam sewaktu saya berada di rumah mentua di Batu Pahat, Johor pada bulan April lalu. Rasa seronok dapat mengintai dan memotret gelagat dua ekor anak burung dalam sarang yang terletak di sebatang pokok kecil di belakang rumah.
Jom kita tengok gelagat si comel ni…
Mata terpejam, sedap tidur ya.
Deria pendengaran burung begitu peka dapat segera menangkap bunyi kehadiran saya, kedua-dua anak burung membuka mata dan mengangkat kepala.
Yang seekor terus membuka mulut, menyangka ibu burung datang membawa makanan. Yang seekor lagi buat tak tahu je, terus sambung tidur memejamkan mata 😀
Ah…letih buka mulut, tak ada makanan diterima.
Maafkan saya, bukan nak mengganggu atau mempermainkan perasaan mu wahai anak burung. Saya sekadar nak memerhatikan sebahagian daripada kekuasaan Allah dan mengabadikannya dalam bentuk foto.
Saya kagum melihat kegigihan burung membuat sarang, satu persatu dedaun dan ranting kering di bawa ke dahan pokok lalu menjalinnya menjadi sarang yang unik. Ya, unik kerana lain spesis burung lain pula rupa sarangnya.
Memerhatikan anak burung, ibu burung dan sarang burung saja pun dah cukup banyak perkara untuk kita pelajari dan insafi. Begitulah kehebatan Allah dalam menciptakan segala yang di langit dan di bumi dengan kepelbagaian. Sekiranya kita perhatikan satu persatu dan memikirkannya, timbul rasa kerdil diri menyedari kita cuma makhluk yang tak punya apa-apa kuasa. Allah adalah Tuhan dan kita hanyalah hamba. Semoga kita mampu menjadi hamba yang sentiasa tunduk patuh pada perintah Allah yang telah menciptakan kita. Tak mudah, tapi kita terus berusaha.
.
Setiap makhluk termasuk burung Allah dah sediakan rezeki untuk mereka.
ReplyDeleteBegitu hebatnya Allah.
Deletedia ingat ibu dia dah balik hehe comel je...kalau sarang rendah2 risau nampak dek kucing habis la
ReplyDeleteBetul jugak tu, mujur ni tak rendah sangat dan tak tinggi sangat. Tapi kalau ada kucing cuba panjat pokok ni, memang tak selamatlah anak burung.
Deletebetul tu gigih si ibu siapkan sarang, ciknur penah perhati je dulu satu satu diangkut kayu2 kecil buang sarang
ReplyDeleteKan…saya pun pernah perhatikan, itu yang rasa Ya Allah…kagumnya!
Deletekann... burung buat sarang dengan cepat. Nanti bila anaknya dah pandai terbang,
ReplyDeletetinggallah sarang tu kosong
Gigih buat cuma untuk sekali guna, demi keselamatan anak 👍🏽
DeleteUjie kenapa tak masukkan cacing sekor dalam mulut dia, hehehe. Comel.. hari tu ada cousin sy pun rakam anak burung dalam sarang.. sebijik mcm ni jenis burungnya.
ReplyDeleteAdudu…nampak cacing pun saya dah lari dulu Sk 😂
DeleteEntah apa nama spesis burung ni, ibu burung pun kecik je.
Besau nya nganga mulut!
ReplyDeleteItulah…macam lapar sangat gayanya 😄
Deletealolo comeynya..cian dia nganga tak ada makanan masuk pun ke mulut..hehe..
ReplyDeleteMaaf ler anak burung, acik jenguk je tak bawak makanan 😄
DeleteComel je anak2 burung tu
ReplyDeleteSeronok kita tengok..
DeleteSaya pun pernah mengambil gambar sebegini.. Anak burung di pokok jambu di belakng rumah saya..
ReplyDeleteIya…saya ingat entri gambar burung tu. Agaknya jenis burung yang sama sebab tak tinggi sarangnya.
DeleteKata anak burung....mak..tak ada nih yang masuk mulutku😁...burung saja bisa buat sangkar, berlapis dan berhelai"...intinya kalau mau berusaha dan gigih mudah"an tercapai segala sesuatunya
ReplyDeleteWah...terbaik rumusan 👍🏽
DeleteRare ni...ingatkan di comel tu anak bulus :D
ReplyDeleteBetul, setiap kejadian alam, makhluk semuanya menunjukkan kebesaran Allah.
Asalkan kita mahu memikirkannya kan…
DeleteCute sangaaaaat 😍😍😍. Benar kak, terkadang saya pun tak habis pikir, bagaimana seekor burung bahkan yg size kecil, bisa membuat sarang burung seperti itu. Memang kekuasaan Allah yg menciptakan makhluk dengan segala kemampuannya yaa ❤️
ReplyDeleteMsa anak burung buka mulut kenpa tak cuba bagi makanan? hihii..
ReplyDeletebtul tu setiapa apa yg didunia ini adalah pengajaran jika mengmbil ia sbgai satu pengajara seperti ibu burung yng mmbuat sarang tu
Nasib baik anak burung tidak takut.
ReplyDeleteItulah kagum kerajinan burung buat sarang.
suka tengok...comel...aloloo..ciannya...Allah ilhamkan burung buat sarang pelbagai design, drpd sini manusia mendapat ilham buat roti canai sarang burung..hehe..
ReplyDeletesedap tidur sambil tunggu maknya balik bawa makanan
ReplyDelete