Wednesday, 7 June 2023

Jamu Selera, Kuala Juru

Catatan kisah bulan Mei lalu…

Selepas mendaki Bukit Juru, kami menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tak jauh dari trailhead ‘1800 Steps Bukit Juru’. Kedai ni kami perasan semasa kali pertama kami pergi mendaki Bukit Juru beberapa bulan lepas, tetapi masa tu belum mula operasi sebab masih waktu pagi.

Rezeki kali ni kami mula mendaki lewat, jadinya bila turun dah hampir waktu tengah hari dan kedai ni baru memulakan perniagaan. Bolehlah kami cuba makan di sini. Walaupun pada awalnya saya ragu-ragu nak makan di kedai dalam keadaan pakaian basah dengan peluh. Bimbang bau masam mengganggu pelanggan lain pulak. Tapi perut memang kelaparan, jadinya makan sajalah di sini sambil berdoa kami tak berbau masam πŸ˜„

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Ruang makan yang sederhana luas. Cukup kemas dan bersih. Juga segar mata dengan deretan tanaman di sekitar kedai. Terasa macam makan di nurseri pokok pulak.

Macam mana nak perhati lokasi kedai ni? Kalau dari jalan raya, kita akan nampak papan tanda biru (lihat foto)  tertera ‘Jamu Selera’. Jalan di sini agak sempit ya, jadinya kena parkir di ruangan terhad yang ada di tepi kedai. Kiranya, depan kedai adalah Bukit Juru dan belakangnya aliran Sungai Juru.

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Sana sini ada pasu tanaman. Sedap mata memandang. Bagusnya kedai makan ni, sinkinya bersih dan setiap meja ada disediakan tisu. Lengkap semuanya.

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Jomlah kita pilih apa nak dimakan.

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Tak lama menunggu, hidangan tengah hari kami pun tiba πŸ˜‹

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Bihun udang biasa / RM9. Ni untuk encik suami. Saya kurang gemar makan udang, jadinya cuma merasa beberapa sudu kuah. Memang sedap!

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Bihun goreng biasa / RM4 untuk saya. Dihidang bersama semangkuk kecil kuah udang/ketam. Saya pun tak pasti nak panggil kuah apa. Tapi ia kuah yang sama seperti kuah bihun udang encik suami. Rasanya hampir sama dengan kuah mi bandung yang kami biasa makan di Batu Pahat, Johor. Memang sangat menepati selera kami. 

Jamu Selera Jalan Kuala Juru
Sepiring sotong goreng tepung / RM8 (tertakluk kepada harga pasaran semasa). Saya suka makan sotong dimasak begini, kurang gemar sotong dalam masakan. Puas hati makan sotong goreng tepung di sini - banyak, saiz sotong memuaskan, isi sotong lembut dikunyah dan rangup salutan tepungnya. Cuma agak terlebih rasa kunyit.

Alhamdulillah…dapat makan sedap selepas penat mendaki. Siap minum air tiga gelas, kongsi berdua. Macam dapat ganjaran pulak. Gitulah kan…baru bakar ~1,000 kcal, ni dah menambah entah berapa kalori πŸ˜†

Nampaknya kena datang lagi, sebab kami suka dengan rasa kuah mi udang/ketam di sini. Dan teringin nak mencuba pilihan menu yang lain juga. InsyaAllah ada rezeki boleh mengulang datang. Lokasinya pun tak jauh sangat dari rumah.

Bagi yang nak cuba makan di sini, boleh buat carian di aplikasi Google Maps - Mee Ketam Terbaik Kuala Juru Murah

————————————————————————

JAMU SELERA
Jalan Kuala Juru,
Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Waktu operasi :
12 tengah hari - 10 malam
Tutup | Rabu







30 comments:

  1. tersusun rapi kedainya...sotong tu memang nampak sedap biasa order di kedai siam dapat cucur sotong tak pun sotong ring frozen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecewa sungguh kalau dapat versi cucur sotong tu kan..

      Delete
  2. Rare jugak bihun udang tu.. selalunya mee udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜„ suami akak tulah, suka sangat bihun. Makan laksa pun mintak bihun.

      Delete
  3. Saya pun suka makan sotong goreng salut tepung.
    Rasanya lama jugalah tak goreng sendiri, asyik makan di kedai saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah lama…sampai tak ingat bila kali terakhir buat sendiri kak πŸ˜†

      Delete
  4. Nanti, kalau sesat ke utara lagi, bolehlah kami singgah. Dekat dengan Tol Juru la, kan. Kalau rasa nak datang lagi, memang betul sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dekat sangat, tapi tak terlalu jauh dari tol Juru. Bolehlah JJCM sini.

      Delete
  5. Murahnya bihun dia, RM4 saja. Nampak sedap, sotong celup tepung. πŸ˜‹ Saya dan suami biasa je makan lepas jogging. Pilih kedai open air. Meja pula jauh dari orang. Kalau ada meja luar, kat luar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa murah harga gitu, banyak pulak dan sedap.
      Biasanya memang saya tak kisah pun makan di kedai lepas riadah, tapi kali ni betul2 bermandi peluh. Tu jadi ragu2 pulak. Syukur sepanjang kami makan tak ada pelanggan lain makan berhampiran πŸ˜„

      Delete
  6. nampak pun bersih sangat gerai ni Ujie, menu pun menyelerakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…Alhamdulillah jumpa kedai bersih dan makanan kena selera kami.

      Delete
  7. Kalau turun hiking waktu tengahari memang lapo perut. Seronok dapat makan sedap sedap. harga pun berpatutan. Ala ala mi bandung tu sedapnya. Dahlah peminat mi bandung. Terasa rasa mi bandung muar pulak. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak balik Johor selalu makan mi bandung sana, jauh. Ni dapat ala2 rasa mi bandung sana pun dah cukup seronok 😁

      Delete
  8. Wah, sotong cenggini memang sedap dan rangup! Saya tak suka bila pesan sotong goreng tepung tapi yg sampainya cucur sotong. Terus potong selera saya πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa…boleh berubah muka bila yang sampai cucur sotong πŸ˜„

      Delete
  9. Nampak sangat menyelerakan πŸ˜‹

    ReplyDelete
  10. Walau sederhana tapi rapih dan sejuk melihatnya tanaman hijau" ...sedap kak..apalagi kalau sedang laparπŸ˜€

    ReplyDelete
  11. Cantik suasana kedai..masakan pun sedap²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugak sebenarnya, boleh jumpa kedai gini di kawasan kampung.

      Delete
  12. cantik jugak kedainya dan nampak luas paling utama bersih, makanan pun nampak lazat sungguh. sotong celup tepung banyak tu rm8? gila murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…memang akak rasa murah! Dah la sedap pulak tu.

      Delete
  13. Pas baca alamatnya, saya langsung happy kak ujie 😍😍😍😍. Di Penang pula. Soalnya Juli esok nak ke Penang, bisa lah tempat ini saya coba cari πŸ˜„.

    Liat makanannya memang kliatan sedap. Di Penang nanti tujuan utama saya memang hanya mau kuliner lah, seminggu full πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii Fanny, puas gitu jalan-jalan cari makan seminggu!

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****