Wednesday 10 May 2023

Memori Ziarah Syawal 1444H

Catatan kisah sekitar 2 - 5 Syawal 1444H lalu.

Menurut syariat Islam hari raya Aidilfitri cuma disambut sehari saja iaitu pada 1 Syawal, tiada istilah raya kedua ketiga dan seterusnya. Tetapi dah menjadi adat kebiasaan masyarakat Islam di negara kita untuk berziarah raya dan membuat jamuan raya di sepanjang bulan Syawal. Tiada halangan bagi kita meneruskan adat yang baik. Asalkan kita tahu menjaga adab bertamu, tiada pembaziran semasa membuat jamuan dan tidak melupakan puasa enam hari dalam bulan Syawal.

Alhamdulillah Syawal kali ini saya berkesempatan melakukan aktiviti ziarah raya lebih banyak berbanding tahun lepas. Bermula 2 Syawal saya mula berziarah ke rumah saudara-mara dan ahli keluarga di sekitar Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Merlimau. Ada yang dah bertahun kami tak bersua muka dan ada yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Jadinya pada pertemuan kali ini saya tak melepaskan peluang memotret di setiap rumah yang dikunjungi. Semoga ia menjadi rakaman kenangan indah untuk ditatap pada masa hadapan.

Koleksi foto raya saya kongsikan di grup WhatsApp dan grup Facebook keluarga. Mudah masing-masing nak rujuk/ambil foto untuk simpanan peribadi. Saya kongsikan di sini sekadar beberapa foto sebagai catatan kenangan di blog :

Saya dan ahli keluarga di rumah yang penuh nostalgia - rumah Allahyarhamah Nenek. Suatu ketika dulu, rumah Allahyarhamah Nenek merupakan sebuah rumah kampung tradisional tanpa kemudahan elektrik dan air. Di sinilah saya menyimpan memori mandi di ‘parit’ dan mengorek tanah untuk ‘membuang hajat’ (boleh baca catatannya DI SINI).

Kak S saudara kami yang menetap di rumah ini dan berjasa menjaga Allahyarhamah Nenek, seorang yang rajin memasak. Setiap kali kami ke sini, ada saja makanan dijamu. Sebelum meninggalkan rumah, dibekalkan pulak setiap keluarga dengan bungkusan belebat (nama lain : lepat pisang). Masih panas, baru siap dikukus. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak πŸ˜€

Menziarahi Wak S, kakak kepada Allayharham Bapak saya. Rancak Wak S bercerita mengenai bahasa Jawa Halus. Juga ‘berceramah’ berkenaan anak-anak Jawa yang gagal menguasai bahasa Jawa. Tersenyum-senyum kami kerana menjadi generasi Jawa yang gagal bertutur fasih bahasa Jawa.

Sebelum balik, masing-masing beratur untuk bersalaman dengan Wak S. Saya tunjuk pandai dengan menuturkan sepatah dua kata bahasa Jawa, “Njalok ngapuro seng akeh-akeh yo Wak”. Wak S menjawab panjang lebar dalam bahasa Jawa. Terkebil-kebil mata saya dek kerana gagal memahami apa yang Wak S tuturkan πŸ˜…. Nak tahu apa yang saya tuturkan tu? Boleh baca entri INI.

Ini pula foto sewaktu kami berziarah ke rumah Cik T, adik kepada Mak saya. Bukan sekadar ziarah raya tapi juga menziarahi Cik T yang kini hanya terlantar di pembaringan (katil khas bercadar biru dalam foto) sejak Februari lalu. Beberapa hari lalu pula, menantu perempuan Cik T pergi menghadap Ilahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada Cik T sekeluarga melalui detik-detik sukar ini. 

Selit satu foto bukan ziarah raya, tapi foto sebahagian ahli keluarga saya di rumah Mak kami. Secara kebetulan pada petang 2 Syawal lalu, ramai pula yang berkumpul di rumah Mak. Tempat tumpuan biasanya di ruang makan. Sedang elok berkumpul begini, teruslah saya ajak berfoto dan buat video ucapan Selamat Hari Raya πŸ˜„

Petang tersebut, dapatlah kami berkumpul seketika bersama enam beradik, anak-anak saudara dan Mak kami. Masih ada tiga beradik yang tiada bersama. Sewaktu entri ini ditulis, ahli keluarga kami sudah pun menjadi 50 orang.

5 Syawal, saya dan encik suami berziarah ke rumah kakak di Merlimau. Kakak saya tak berpeluang balik kampung kerana abang ipar diuji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah dapat juga kami bertemu. Syawal kali ini saya tak berkesempatan bertemu dengan adik bongsu kami yang menetap di Sarawak. Bukan kerana adik saya tak balik Semenanjung, tapi tak sesuai masanya. Saya di Johor, dia di rumah mentua di Perak. Dia balik Johor, saya pulak dah bertolak ke rumah NS. Begitulah, semakin besar ahli keluarga maka semakin sukar untuk berkumpul bersama.


Terima kasih Allah atas segala kesempatan ini ❤️






22 comments:

  1. dalam gembira berziarah raya terselit rasa syahdu bila tak berkesempatan nak jumpa dengan adikbradik sendiri kan kak...moga kita semua diberi kesempatan&dipanjangkan umur utk berkumpul lagi

    ReplyDelete
  2. Kalau Kak Ujie tak pandai berbahasa Jawa, saya pulak malu sebab tak pandai berbahasa Melanau. Dulu saya terkilan sebab mak ayah tak bertutur bahasa Melanau dengan anak-anak (kiteorg) di rumah. Tapi sekarang giliran saya pulak buat kesilapan sama dengan anak2 sebab dieorang tak fasih berbahasa Melayu ataupun Melayu Sarawak! πŸ˜ͺ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahyarhan Bapak akak dulu bertutur Jawa jugaklah dengan anak2. Tapi bila masing-masing dah membesar keluar dari lingkungan keluarga, jadi tak biasa bertutur Jawa. Lama-lama lupa.

      Delete
  3. Berkumpul seperti ini ada bahagia ada juga dukanya ketika bertemu dengan sanak saudara yg sakit atau yg telah berpulang..tahun yg lewat saya masih bisa berkumpul dengan ibu saya dalam keadaan sakit..tahun ini tak bersama lagi karena sudah berpulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, sedihnya πŸ₯²
      Moga Allah merahmati roh ibu.

      Delete
  4. Selamat hari raya Aidilfitri UO. Amalan ziarah raya memang seronok baharulah terasa rayanya heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal MrsA.
      Amalan yang baik, mengeratkan silaturahim dan memeriahkan raya.

      Delete
  5. kenapa uncle tak pernah juma pintu gerbang selamat datang ke melaka tu...?

    ReplyDelete
  6. Ya berziarah sebab ada diuji sakit. Tahun ini ramai yang uzur. Sedar ramai saudara-mara yang tiada. Makin kecil rumah yang dapat dikunjungi sebab orang tua sudah tiada lagi banyak ziarah.
    Itulah rasa tahun ini banyak ziarah banding tahun lepas tapi tidak boleh banding ketika arwah datuk ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat NA. Dah ramai orang tua yang tiada, makin kurang rumah dikunjungi.

      Delete
  7. Saya cuma reti siji loro telu papat🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Adaaa la jugak bunyinya tu πŸ˜„

      Delete
  8. Alhamdulillah, dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Insya-Allah, ada kesempatan, boleh jumpa adik bongsu.
    Dulu zaman belajar, saya pernah sangkut dengan orang jawa. Aku kangen karo kue. Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...sangkut jap pun dah boleh cakap Jawa sikit ya. Kangen tu! πŸ˜€

      Delete
  9. Alhamdulillah diberi kesempatan berkumpul dan berziarah saudara-mara, nikmat besar alhamdulillah.

    Mudah-mudahan yg sakit diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan mereka 🀲

    Cantik dan terjaga elok rumah Almarhum Nenek puan... PH pun pernah merasa hidup tanpa bekalan air, elektrik dan tiada kemudahan tandas ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin atas doanya.
      Kenangan sungguh kan, hidup waktu tu πŸ˜…

      Delete
  10. njalok ngapuro seng akeh akeh yo mbakyu., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Podo-podo waei.

      Tak reti nak jawab lebih lagi πŸ˜„

      Delete
  11. seronok berkumpul ramai-ramai di rumah pusaka, mengimbau kenangan dulu2...semoga diberi kesembuhan pada mereka yg sakit..

    ReplyDelete
  12. Ohh kak ujie ada darah Jawa nya? Dah pernah balik kampung ke Jawa kah? 😊. Suami saya orang solo, Jawa tengah. Dia paham dan bisa cakap bahasa Jawa Krn dari kecil mertua saya berbicara bahasa Jawa dengan anak2nya. Saya sendiri orang Batak, tak paham bahasa Jawa 🀣. Tapi masalahnya bahasa Batak pun saya tak paham hahahahah. Memang anak2 sekarang dah sedikit yang diajarkan cakap bahasa daerah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****