Thursday, 2 February 2023

Jejak Rimba Bandar (Urban Forest Trail), Kuala Lumpur

[ Catatan kisah hari Sabtu, 14 Januari 2023 ]

Pada pagi hari terakhir di KL sebelum bertolak balik ke rumah PP, saya dan encik suami sempat meronda pagi di sekitar kawasan hotel penginapan dengan berjalan kaki. Saya suka berjalan kaki sebab kita akan dapat memerhati sekitar dengan lebih baik. Juga mudah untuk saya memotret apa-apa yang menarik di mata saya.

Ke mana langkah kaki kami?

Kami menyusuri laluan Jejak Rimba Bandar (Uban Forest Trail) yang terletak berhampiran Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di Hutan Simpan Bukit Nanas. Kiranya kami cuma menyusuri tepi hutan simpan tanpa menjejakkan kaki ke dalam kawasan taman eko rimba.

Ada pintu masuk ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di kawasan sini, tapi ada notis memaklumkan pintu di sini tutup pada hari Sabtu & Ahad, perlu gunakan laluan masuk di Menara KL atau Jalan Raja Chulan. Tapi takpelah, kami cuma nak berjalan santai melihat suasana pagi Sabtu di tengah pusat bandar raya KL yang biasanya sibuk pada hari bekerja.

Jejak Rimba Bandar - Urban Forest Trail.

Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Papan info berkenaan laluan ini.

Baru saya tahu kewujudan Terowong Bukit Nanas. Dalam pagar tu kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas. Juga terdapat satu lagi tapak terowong Jalan Ampang di kawasan ini. Papan info disertakan untuk kita mengetahui secara ringkas sejarah terowong yang ditemui.

Cantik bunga merah ni kan? Nama saintifiknya Calliandra haematocephala, atau dikenali juga dengan nama Red Powder Puff.

Air Terjun Bukit Nanas. Bahagian atas tu aliran air sebenar tau, bahagian bawah ni je mural di tembok. Tapi kalau sekali tengok macam semuanya lukisan. Air terjun buatan manusia ini terletak di cerun hutan simpan. Kalau nak dapatkan foto penuh yang lebih menarik, kita perlu berada di tengah tempat lintasan pejalan kaki. Saya tak rajin beria, begini sajalah hasil fotonya. Jadilah…buat ada-ada.

Mural cantik di tembok hutan simpan.

Pokok pisang hutan. Agak besar jugak pokok dan buahnya.

Flora by Crossroads Hotel.

Kami berjalan sehingga tiba di jejantas menuju ke Jakel. Pemandangan dari atas jejantas, jalanan lengang. Tapi tadi sewaktu menyusuri laluan, ada juga yang sempat menyapa kami. Seorang lelaki sedang menaiki motor bersuara, “Baang…!”. Kami toleh sekeliling, tak ada orang lain. Mungkin dia menyapa encik suami. Heheh…rasa macam di kampung pulak ya, ada yang sudi menyapa santai gitu.

Sekitar pukul 10.30 pagi, kami kembali ke bilik penginapan. Rehat dan berkemas untuk mendaftar keluar. Selepas itu tak terus bergerak balik, kami berjalan kaki pula ke KLCC. Saja nak melihat-lihat disamping nak menikmati makan tengah hari, dah terlalu lama saya tak masuk KLCC.






35 comments:

  1. menarik juga disini pernah tengok ramai yang kongsi tapi saya belum pernah sampai ke sini lagi

    ReplyDelete
  2. sesambil tu dapat morning walking exercise ye kak...air terjun bukit nenas xperlu risau kepala air hehehe kalau tak silap saya situ kawasan bersejarah penempatan kampung melayu ratus2 tahun dahulu pernah berlaku perang saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan...bebas kepala air.
      Betul Afzan, terowong tu sebagai strategi peperangan orang Melayu zaman dulu.

      Delete
  3. Cantiknya air terjun bukit nanas tu.. ni area kl tower ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Mim, air terjun ni di Jalan Ampang.

      Delete
    2. Oh baik2.. kalau berjalan kaki mmg byk tmpt kita dpt explore kan?

      Delete
  4. waaah..seronoknya dapat hiking macam ni. barulah betul betul hutan bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hiking pun Yan, jalan rata je tapi merasalah suasana hutan di bandar.

      Delete
  5. Pernah sekali je masuk urban forest trail ni sebelum covid. lepas tu dah tak masuk2 lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pergi saja-saja, rasanya susah nak sampai 😄

      Delete
  6. Replies
    1. Itulah... saya langsung tak pernah tau ada terowong bersejarah di tengah KL.

      Delete
  7. Nampaknya PU lebih menikmati ibu kota KL berbanding sy yg tinggal di Lembah Klang ni :)
    KLCC tu pun dah tak ingat bila kali terakhir sy jejak huhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...biasanya gitulah PH, tempat sendiri lagi susah kita nak sampai 😄

      Delete
  8. Saya memang lansung tidak tahu ada terowong.
    Makan di Medan KLCC ke? Tidak pernah lengang dalam itu. Kali terakhir pergi tahun November 2019 sebelum sibuk pasal Covid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tak sangka di tengah KL ada terowong.

      Kami makan di Little Penang, suka CKT situ goreng kering.

      Delete
  9. saya pernah ambil gambar penuh mural air terjun tu, tapi kena ambil dari seberang jalan. nampak kecik jela orangnya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, akak tak rajin nak melintas, padahal lapang je jalan pagi Sabtu 😅

      Delete
  10. Bestnya ada tempat sebegini.. Mendamaikan.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah sampai lagi tempai ni
    Macam menarik juga

    ReplyDelete
  12. Bagusnya Ujie, sempat jalan kat situ. Saya ada juga pernah nampak runners share dia orang masuk hutan bukit nenas tu. Boleh tembus KL Tower. Pastu ada jambatan gantung kot, tak silap. Lagi satu trail di ibukota, ada laluan kat tugu negara. Situ pun macam menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah tu. Dalam TER Bukit Nanas. Cuma saya tak masuk je. InsyaAllah kalau ada kesempatan lain nak cuba jugak masuk. Nak tengok hutan KL macam mana 😁

      Delete
  13. waaahhhhhh menariklah air terjun tu ingatkan semua lukisan

    ReplyDelete
  14. Ada terowong ya. Waahh boleh try ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masa kami datang ni, terowong tak boleh masuk. Sekadar tengok pintu terowong jelah.

      Delete
  15. macam menarik je..wpun saya duk KL, tak pernah ke sini..cantik lukisan-lukisan mural tu..

    ReplyDelete
  16. Syoknya Ujie...jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman

    ReplyDelete
  17. Biasa lalu je kat depan air terjun tu. Nak masuk tapi tak tau nak masuk ikut mana.

    ReplyDelete
  18. belum sampai sini, cuma tengok dari jauh je...oo..ada terowong, senang nak gi dari jalan ampang & jalan sultan ismail..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****