Monday, 23 January 2023

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam

Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan antara tempat riadah yang saya gemari dan terletak tak begitu jauh dari rumah saya. Cuma perjalanan ke sini sedikit sukar kerana jalannya berliku-liku dan sempit.

Walaupun tanpa teduhan pepohon rendang, tetapi tempat ini menyajikan pemandangan tasik empangan yang mempesona. Laluannya juga panjang, sesuailah untuk kita melakukan aktiviti kecergasan - berjoging, berjalan laju atau sekadar berjalan santai.

Pagi tadi, saya dan encik suami beriadah di sini. Ini merupakan kunjungan kali ke-3 sejak pertama kali kami ke sini pada pertengahan tahun 2022 lalu. Tetapi kali ni rekod paling lewat kami tiba, iaitu menghampiri pukul 10 pagi. Matahari sedang bersinar garang.

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
Hampir lengang. Cuma ada beberapa kumpulan kecil pengunjung. Mungkin sebab cuti panjang, beriadah di sini bukanlah satu pilihan. Kalau nak tengok kemeriahan tempat ini pada hari hujung minggu biasa, boleh tengok DI SINI.

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
Langkah bermula perlahan sambil pandangan terpukau melihat keindahan tasik empangan.

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
Antara perubahan yang saya perasan kali ini, dah ada CCTV memantau di sini.

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
MasyaAllah indahnya alam! Sesekali saya berhenti bila terpandang riak di permukaan air. Hasil pemerhatian, saya dapati ada beberapa ekor ikan dengan saiz agak panjang berwarna seakan kemerahan. Meliuk-liuk badannya berenang. Entah ikan apa. Seingatnya, ini kali pertama saya perasan kewujudan ikan di Empangan Mengkuang. 

Riadah di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
Foto rakaman dari kawasan parkir, di atas sana terletaknya tasik empangan. Nak mendaki ke atas tu jelah saya rasa sedikit sukar, perlu mengatur nafas. Sampai atas, jalannya rata je.

Rekod aktiviti kecergasan hari ini, data dari Samsung Galaxy Watch. Hajat di hati nak buat pusingan dari hujung kanan ke hujung kiri empangan. Tapi saya rasa tak larat dek panahan mentari. Jadinya cukuplah 1 jam di sini dengan jarak sekitar 4 km. Itu pun dah berpeluh-peluh walaupun pada kebanyakkan masa saya cuma berjalan santai.

Alhamdulillah. Badan terasa segar lepas beriadah.






.

22 comments:

  1. pernah pergi sini , memang best sangat , tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tenang rasa dan cantik untuk bergambar.

      Delete
    2. Nak sampai ke atas tu pun dh semput . Apatah lagi kalau nk berjalan sampai ke hujung ..

      Delete
  2. Cantik sungguh gambar2 yg puan ambil. Terpesona tengok keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
    Banyak steps jugak tu puan, >4 km 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. Alhamdulillah dapat 6k steps 😀

      Delete
  3. Cantik viewnya. Macam kat oversea 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syu cakap, baru akak perasan. Memang betul la 😄

      Delete
  4. masyaa Allah cantiknya ciptaan ilahi

    ReplyDelete
  5. SinahanAllah kak cantek sungguh ciptaan Allah swt sejuk luas mata memandang tenang jiwa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walaupun masa ni panas terik, tapi sejuk mata memandang..

      Delete
  6. Bestnya! Kena beriadah jugak ni, bakar kalori nasi kenduri

    ReplyDelete
  7. Ikut keupayaan. Kalau datang awal mungkin dapat buat lama.
    Hehe agaknya boleh memancing tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan larangan memancing ni. Ada polis bantuan berkawal dan CCTV 😄

      Delete
  8. Cantik permukaan airnya... macam cermin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi panas terik, lagi cantik jelas pantulannya.

      Delete
  9. Cantiknya kawasan.. Semangat kalau Sha nie..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****