Monday, 2 January 2023

Catatan Pertama Pada Tahun 2023

Selamat Tahun Baharu 2023 buat sahabat-sahabat blog yang dikasihi 😊

Terasa lama sungguh saya tak berblog. Entri terakhir saya pada 27 Disember lalu, belum pun 7 hari tapi dah rasa terlalu lama tak menulis dan tak ‘berjalan-jalan’ membaca coretan sahabat semua. Begitulah bila blog dah melekat di hati, pasti terasa rindu bila ditinggal lama.

Pada 27 Disember lalu, saya dan encik suami balik ke rumah kami di NS selama satu malam. Esoknya barulah kami bertolak ke Johor, menuju kampung halaman kami berdua di daerah Pontian dan Batu Pahat (BP). Alhamdulillah dapatlah kami menginap selama dua malam di setiap kampung. Itulah sebabnya mengapa saya menyepi seketika.

Insya Allah ada banyak cerita akan saya catatkan sebagai memori, rujukan dan perkongsian.

1 Januari 2023 - memulakan hari pertama pada tahun 2023 dengan menempuh perjalanan selama lebih kurang 10 jam dari BP ke rumah PP. Termasuk juga exit di Putra Mahkota, Bangi dan Changkat Jering, Perak atas beberapa hal dan masuk semula lebuh raya untuk menyambung perjalanan.

Secara keseluruhannya, aliran trafik lancar kecuali di beberapa tempat trafik bergerak perlahan seperti di Senawang. Tanpa kehadiran kenderaan berat yang banyak (kerana hari Ahad & cuti umum), tiada kerja-kerja pembaikan sepanjang perjalanan dari selatan ke utara dan tiada kemalangan yang menghalang laluan, semua itu menyumbang kepada kelancaran trafik. Cuaca juga menyenangkan, tidak panas terik dan tiada hujan lebat. Perjalanan jauh kali ini terasa lebih mudah dan tidak membuat saya terlampau letih. Pukul 9 malam semalam kami selamat tiba di rumah PP. Terima kasih Allah.

Hari ini, 2 Januari 2023 - saya dan encik suami menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Mediviron yang terletak berhampiran rumah. Asyik bertangguh nak buat pemeriksaan kesihatan dari sehari ke sehari membawa ke tahun demi tahun, hari ini bertekad mesti buat!

Maka, berulang lagi detik susah payah petugas kesihatan nak mendapatkan sampel darah saya πŸ˜…. Saya dan encik suami masuk bersama ke bilik konsultasi untuk bertemu doktor. Setelah diberi penerangan itu ini, doktor mulakan dengan mengambil sampel darah encik suami. Sekali cucuk saja di bahagian lengan kanan, sampel darah berjaya diambil dengan mudah. Encik suami kemudiannya keluar dari bilik.

Tiba giliran saya, puan doktor mengambil masa yang agak lama mencari urat di lengan tangan saya. Picagari dicucuk di lengan kanan, tapi darah gagal disedut. Tukar pula di lengan kiri, masih gagal. Seterusnya doktor scan pula kedua-dua lengan demi nak melihat kedudukan urat. Hasilnya, urat memang sangat halus dan tak boleh ambil darah. Doktor minta saya buat pilihan - sama ada balik dulu dan buat senaman lengan setiap hari dan kemudian datang kembali selepas tujuh hari, atau cucuk saja di bahagian atas tangan yang lebih menyakitkan.

Saya pilih cucuk saja di bahagian atas tangan, senang siap semua hari ini. Lagi pula, dah beberapa kali sampel darah saya diambil dari bahagian tersebut. Saya sedia menahan sakit. Tidak seperti cucuk di lengan, doktor menggunakan jarum yang bersambung dengan tiub halus untuk mendapatkan sampel darah saya di bahagian atas tangan kanan. Kalau tak silap faham, ia dipanggil ‘drip method’. Tiub halus tersebut kemudian disambung kepada tabung darah. Agak lama jugalah proses ambil sampel darah nak memenuhi tiga buah tabung. Perlu ambil banyak sebab saya buat bermacam ujian. Alhamdulillah selesai! Sepanjang masa saya berzikir ‘Rabbi Yassir..’ mohon Allah bantu.

Doktor beri panduan untuk masa akan datang, saya perlu minum banyak air sehari sebelum prosedur ambil sampel darah dilakukan. Juga perlu melakukan senaman lengan sekitar tujuh hari sebelum prosedur dilakukan.

Selesai satu hal, seterusnya debaran nak menunggu keputusan ujian kesihatan. Insya Allah dalam masa beberapa hari lagi.





28 comments:

  1. Ini urat dawai ni.... tak lut.... hehehe
    happy 2023

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru puan ujie :)
    Mudah-mudahan semuanya ok ye, result sample darah tu 🀲

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat pulang ke kampung.
    Alamak susah ambil darah. Saya bayangkan sen aman dengan itu angkat pengangkat berat (dumb bell) Betul ke?
    Berapa can kena untuk semua ujian?
    Semoga keputusan cantik semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc kata guna apa-apa pemberat, cth : air dalam botol yang berat pun boleh. Saya pun fikir dumb bell, lebih mudah pegang untuk senaman.

      Saya ambil pakej 16 test + add on test saringan kesihatan jantung, semua RM185.

      Aamin doanya, terima kasih NA 😊

      Delete
  4. Selamat tahun baharu 2023 Ujie...permulaan tahun yg bagus, buat total health check-up,..semoga dpt result yg baik...

    ReplyDelete
  5. adoii lamanya ujie, 10 jam, pejlnan. Mesti penat. Ni yg x tahan tempoh kalau ciknur. Sakit pinggul duduk lama
    Slmt thn 2023.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penat dan kadang sampai rasa bosan sungguh sebab lama sangat πŸ˜„. Alhamdulillah perjalanan panjang kali ni paling rasa OK.

      Delete
  6. adehhhh sy pula yg terasa sakit tgn bila baca cerita susahnya doktor nak dptkan sample darah akak.. moga dipermudahkan semua urusan akak & moga sihat aje hendaknya aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tempat kena cucuk. Sana sini bertampal πŸ˜…

      Aamin, terima kasih Ana 😊

      Delete
  7. selamat tahun baru kak..moga 2023 semuanya yang baik2 utk akak dan keluarga

    ReplyDelete
  8. bestnya balik johor kak... bab ambil darah ni, dana yang dah pernah kene ambil darah tiap hari sepanjang 3minggu di hospital pun kdg seriau kalau kene ambil darah lagi kak hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, siannya Dana...tiap hari sepanjang 3 minggu.

      Delete
    2. tulah kak tiap pukul 3 tau 4 pagi dia akan ambil darah, dapat doktor yg ok pandai amik darah mmg tak sakit dapat doktor yg hampeh, dahla sakit dok la cucuk berkali2....

      Delete
    3. Adeh...3-4 pagi pulak rutinnya tu. Alhamdulillah sekarang Dana dah sihat tak payah lalui fasa cucuk hari2.

      Delete
  9. Terima kasih untuk tipsnya kak Ujie. Semoga keputusan ujian darah nanti baik-baik sahaja. Moga sihat dan murah rezeki tahun 2023 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Sal.
      Aamin, terima kasih Sal 😊

      Delete
  10. Oh,baru tau kalai susah nak ambil darah tu sebab urat kecik..Mak saya sama kes..
    Jauhnya perjalanan Kutub Utara ke Kutub Selatan🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...urat halus sangat. Doc kata kalau cucuk jugak ada kemungkinan kecut, tak keluar darah.

      Delete
  11. Selamat tahun baru 2023 kak.. alhamdulillah dh buat pemeriksaan kesihatan.. mmg penting kan.. sy pun dah buat utk pertama kalinya yg berbayar sempena birthday ke-41 thn hari tu.. dh dpt result br lega rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Patutnya setahun sekali bila umur dah masuk 40. Tapi itulah, bertangguh je. Jadi beberapa tahun sekali.

      Delete
  12. Saya pun sellau berdepan dengan masalah untuk ambil darah.. Terima kasih sis berkongsi tips tu.. Lepas ini kena buat senaman tangan dulu sebelum ambil darah..
    Sha pun nak kena buat juga test macam nie.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Owh ya.. Selamat tahun baru sis..

    ReplyDelete
  14. Jauh perjalanan melalui beberapa negeri. Ada rumah sendiri di pertengahan boleh juga menyinggah. Bab ambil darah tu seram. Pernah diambil darah dari tangan bukan lengan. Banyak pulak tu diambil. Sakit tu terasa dan hampir pitam tengok darah. huhu...

    ReplyDelete
  15. Selamat tahun baru 2023 kak. Semoga yang baik baik di tahun 2023 ni. Saya pun dah lama tak jalan ke blog kawan-kawan. Ini baru nak panas enjin.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****