Saya mula perasan tumbuhan dengan nama Tillandsia (juga dikenali sebagai Air Plant) ini akan mengeluarkan bunga apabila dedaun bahagian atasnya mulai bertukar warna dari hijau kepada warna kemerahan.
Hari demi hari daunnya bertukar warna, sehinggalah muncul pula semacam sulur berwarna ungu. Saya panggil sulur jelah ya, tak tahu nak panggil apa. Semuanya ada empat sulur, tapi tidak muncul serentak. Pada awalnya nampak dua je, lepas tu jadi tiga dan seterusnya muncul yang keempat. Daripada sulur tersebut muncul pula bunga berwarna kuning dan seterusnya bunga berwarna putih di atasnya.
Pagi tadi, lengkaplah semua sulur berwarna ungu tersebut mengeluarkan bunga putih di hujungnya. Segera saya memotret si comel yang cantik berwarna-warni ini.
Satu-satunya jenis Tillandsia yang saya miliki - jenis Tillandsia Ionantha.
Beginilah saiz Tillandsia Ionantha dewasa. InsyaAllah selepas ini ia akan menghasilkan anak pokok pula.
Nak tahu info lanjut berkenaan tumbuhan unik yang tak perlukan tanah, tak perlu ditanam ni? Boleh baca entri saya DI SINI yang ditulis tiga tahun lepas. Boleh tengok rupa tumbuhan ini dengan daun hijau sepenuhnya. Tetapi Tillandsia yang berbunga ni bukanlah hasil dari induk dalam entri tersebut ya, yang ni saya beli lain selepas berpindah ke PP.
Unik pokoknya. ok,nanti saya korek entry lama tu ye
ReplyDeleteWah tidak perlukan tanah!
ReplyDeleteMacam bunga makhluk asing.
Cantiknya! Uniknya rupa dia ya.
ReplyDeletewah..seronok bila dah berbunga kan.tak perlu tanah pulak tu..mudah untuk dijaga..
ReplyDeletedana tak tau psl air plant ni kak, pernah di pasar tani nampak pokok ni dana tanya camne nak tanam orang tu ketawakan dana sbb tak kenal pokok ni. Yelah kan dah kita ni bukan jenis tanam pokok masa tu dana blm berkecimpung dlm dunia penanaman lagi. Dana ingatkan masa tu anak pokok nanas sebab daunnya tu hahahah
ReplyDeleteSubhanallah, cantik kejadian Allah yg unik ni.
ReplyDeleteOoo... Itu ke nama dia? Pernah tengok
ReplyDeletewahh cantik, first time Cuya tengok tanaman ni...unik
ReplyDeleteWah..menariknya..tak pernah tau pun pasal pokok ni..Cantik pulak tu..TQ info menarik
ReplyDeletecantiknya...pelbagai warna....Subhanallah...
ReplyDeleteCantik sangat. Suka kombinasi warna dia. Biasanya air plant ni guna medium kayu atau kayu yang cantik. Lepas tu gabungkan dengan spanish moss buat hiasan gantung :)
ReplyDeleteSubhanallah..so cantiklah! Wujud rupanya tumbuhan sebegini...Niceeee..sejuk mata melihatnya
ReplyDeleteSubhanaAllah.. Cantik sungguh kejadiannya.. Gandingan warna dia tu wow sangat..
ReplyDelete