Lewat petang semalam - hari Ahad, 6 November 2022, saya dan encik suami selamat tiba di KL. Bukanlah acara jalan-jalan makan angin, tapi atas urusan kerja encik suami. Alhamdulillah perjalanan kami dari rumah di PP lancar, kecuali bila masuk KL tu sesak jugalah di beberapa kawasan. Cuaca di sepanjang perjalanan pula kadang kala panas terik dan kadang kala hujan gerimis.
Kali ini kami menginap di kawasan Kampung Baru. Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar untuk melihat-lihat suasana malam di sekitar tempat ini dan mengisi perut yang sudah terasa lapar. Kami berjalan kaki, lebih santai untuk menikmati suasana dan pilihan tempat makan di sini pun semuanya dekat je.
Panorama Menara Berkembar PETRONAS (Menara KLCC) yang sentiasa mencuri perhatian. Lebih terlihat indah gemerlap cahaya lampunya dengan latar langit malam. Kehadiran sang rembulan pula menambah seri malam di kampung yang terletak di tengah ibu kota. Ya, masih kelihatan rumah-rumah kampung di celahan bangunan batu di sini.
Memandangkan insyaAllah kami akan berada di sini untuk beberapa hari, jadinya untuk kali ni kami nak mencuba makan di kedai yang terdapat di sepanjang jalan besar. Nampak meriah juga kedai-kedai makan di sini, kami kemudiannya memilih untuk makan di Restoran Kak Yah.
Kami memesan set sate RM18, dapat sate ayam 10 cucuk, sate daging 5 cucuk dan nasi impit.
Nampak gerai jualan kerang bakar, macam sedap pulak. Ambil 1 set begini dengan harga RM13.
Itu sajalah yang kami makan, saya agak kurang berselera. Itu pun habis RM40 untuk dua orang makan termasuk dua gelas air. Kurang selera makan, tapi saya masih ‘berselera’ untuk jalan-jalan melihat sekitar. Jadinya selesai makan, kami menuju ke Jalan Raja Muda Musa yang terkenal sebagai syurga makanan. Jalan yang menempatkan deretan kedai makan dan juga pilihan gerai jualan, antaranya Nasi Lemak Wanjo. Beberapa tahun lepas saya pernah bersarapan pagi di Nasi Lemak Wanjo, boleh baca entrinya DI SINI.
Tetapi, sesuatu yang tak dijangka berlaku. Jalan-jalan santai kami pada malam tadi di Jalan Raja Muda Musa yang pada mulanya menyaksikan kemeriahan orang ramai ber’JJCM’ pada waktu malam, bertukar menjadi saksi satu kejadian yang mengejutkan dan mendebarkan!
InsyaAllah catatannya pada entri akan datang.
wahh drama suspense di KL ni makcik.. huhuhu
ReplyDeleteWak travel solo tu lagi suspense kot 😅
DeletePuan Ujie tidak makan nasi waktu malam.
ReplyDeleteSeronok dapat jalan KL 3-4 hari.
Apalah peristiwa mendebarkan itu? Pergaduhan ya.
Makan jugak nasi malam-malam. Cuma kali ni entah rasa malas nak makan, makan sikit buat alas perut jelah.
DeleteBukan pergaduhan. Tapi tetap mendebarkan saya yang ada di lokasi kejadian.
sekitar kampung baru memang banyak kedai makan, pilih je nak makanan apa semua ada. Apa lah kejadian mengejutkan tu ye kak... harapnya takde yg mendebarkan sangat
ReplyDeleteTerlalu banyak kedai, sampai tak tau nak cuba yang mana 😅
Deletebestnyaa
ReplyDeleteJalan-jalan tengok tempat orang, memang best 😀
DeleteAlamak, suspensnya baca.
ReplyDeleteApa pun, sedap tengok sate dan kerang bakar.
Dah lama saya tak sampai ke Kampung Baru. Mesti dah lain rupa dia. Dulu tempat saya dating makan dengan suami, masa zaman bercinta. Hehe..
Waah...dah lama sangat tu, Nur kena datang lagi tengok perubahan Kg Baru sambil mengenang kisah lalu 🥰
DeleteHappening makan makan di Kampung baru ni. Nasi lemak wanjo tu popular sangat. Tapi belum pernah makan lagi. Sedapnya kerang bakar. Harga sekarang bukan main lagi kan. Sesekali takpe makan :)
ReplyDeleteItulah...rasa macam sikit je kita makan, tapi harga dah banyak gitu 😄
DeleteNasi Lemak Wanjo tu highly recommended kalau nak JJCM Kg Baru. Banyak pilihan lauk, sedap, servis pantas, kedai luas, bersih.
Kpg Baru ni susah parking, dpt JJCM dgn jalan kaki mmg best....perghh, suspense nya...kejadian apakah itu? tak sabaq nak tahu..
ReplyDeleteItu yang sesak, kereta dok cari parking di lorong2 kecik. Kita nak jalan kaki pun kena hati-hati dengan motor/kereta.
DeleteApa yang mendebarkan tu...suspen tau!
ReplyDeleteTiba-tiba rindu nak jalan-jalan area Kampung Baru dan sekitarnya. Lamanya tak kunjung ke situ melihat-lihat suasana malam.
Kalau kak Amie datang sekarang ni mesti dapat tengok banyak perubahan.
DeleteUits kejadian apakah itu??
ReplyDeleteKejadian malang...
Deletekg BARU, mcm2 ada kan. TP kadang2 malas nk ke sini sb jem hehew
ReplyDeleteMemang sangat sesak waktu malam di sini.
Deletecantik view mlm nmpk klcc tu..tp kampung baru tu xsuka pegi sbb parking pyh
ReplyDeleteSetuju, kalau saya pun malas ke tempat yang susah cari parking. Ni jalan kaki, bolehlah.
DeleteItu baru berdua puan, kami berenam ni bergandalah kosnya. Apa boleh buatkan, semua barang mahal skrg ni :(
ReplyDeleteApakah yg berlaku tu? Moga semuanya baik-baik saja buat puan & suami 🤲
Huhu..betul, dah memang kos bahan mentah naik.
DeleteTerima kasih doa PH, Alhamdulillah kami baik2 je.
Alamak..kerang bakar tu buat SA terliur la...sedapnyaaa
ReplyDeleteLawa-lawa gambarnya. Staycation KL ni memang lagi senang jalan kaki atau naik public transport je
ReplyDeletecantik-cantik gambar akak snap guna iphone ke atau camera DSLR atau ape ye? hehehe
ReplyDeleteAkak guna hp Samsung. Lepas tu edit sikit guna Snapseed bagi lebih jelas gambar.
DeleteWah...berpeluang menyaksikan KLCC disimbah cahaya rembulan tu..
ReplyDeleteMenarik
Pemandangan waktu malam yang dihiasi kerlipan lampu.. Cantik..
ReplyDeleteSedap nampak kerang bakarnya..