Tentunya setiap kad undangan adalah istimewa. Kerana ia khusus ditujukan buat si penerima. Pun begitu, kad undangan yang saya terima pada 16 November lalu saya anggap lebih istimewa kerana keunikannya.
Kad undangan ke majlis reunion bersama sahabat sekolah menengah yang bakal berlangsung pada 26 - 27 November ini di Bangi, Selangor. Sahabat perempuan saja, tak melibatkan sahabat lelaki.
Paling saya suka, sampul hijau ini dimeterai dengan ‘cop mohor’ istimewa. Unik! Sehingga saya rasa sayang nak membuka sampul cantik ni. Tapi sampai bila pula tak mau buka? Jadi kita buka jugalah ya.
Sebenarnya majlis reunion kami ini tertunda sejak tahun 2021 dek pandemik. Jadinya sekitar bulan Jun 2022 lalu, perancangan reunion kembali diatur. Tidak begitu mudah persiapannya kerana kami bukan setakat berjumpa dan makan-makan, tetapi akan bermalam dan melakukan aktiviti bersama.
Insya Allah hari Jumaat ni encik suami akan menghantar saya ke Bangi. Saya dan sahabat AJK lain perlu datang awal untuk membuat persiapan. Hari Sabtu barulah majlis bermula.
Ini merupakan antara sebab saya dan encik suami tak balik ke NS untuk mengundi. Tak larat pula nak berulang dua hujung minggu berturutan dari utara. Minggu lepas pun kami baru saja balik dari KL/NS.
Sejak bertukar alamat dari Johor ke NS, sempatlah kami mengundi di NS dalam PRU ke-14. PRU terdahulu kami mengundi di kampung bersama mak-mak kami.
Menyentuh soal PRU ke-15, nampaknya Agong sudah memperkenan proses pencalonan PM dilanjutkan sehingga 2 petang esok (Selasa, 22 Nov). Terselit rasa risau dengan situasi politik negara kita yang tak stabil, kerana kestabilan politik merupakan jaminan kemakmuran negara. Selain itu, ada beberapa isu peribadi berkaitan keluarga yang turut menjadi antara perkara yang merisaukan hati saya. Tak sesuai ditulis untuk paparan umum. Tapi cukuplah saya nyatakan bahawa di saat separuh hati saya melonjak gembira untuk majlis reunion, separuh lagi hati saya sedang dalam kerisauan. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
betul tu
ReplyDeletemerisaukan jga selagi x selesai
DOA semua Rakyat Malaysia agr ALLAH permudahkn dan bg pemimpin yg beragama utk kita
betul kak cantik sungguh cute betul cop mohornya
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semuanya ye kak...diberikan yang baik2 untuk akak dan keluarga
Memang sangat risau dengan aituasi politik dan kestabilan negara kita..Hanya doa kepada Allah menjadi senjata
ReplyDeleteWalau apa juga kerisauan Ujie...Semoga Ujie juga dimudahkan urusan...
kreatifnya organizer buat kad jemputan siap ada cop mohor begini. Baguslah reunion tak bercampur lelaki / perempuan, takde la pasangan masing-masing risau tak tentu pasal hehe
ReplyDeleteAlaaa... sayangnya terpaksa bukak sampul tu....
ReplyDeleteMenunggu dan menunggu rakyat marhaen ni.. semoga baiklah keputusan pakatan parti besok
ReplyDeleteUniknya kad undangan tu.
ReplyDeleteRasanya semua risau dengan pergolakan politik sekarang ini. Saya pun rasa seram-seram. Harapnya semua akan berakhir dengan keputusan yang baik-baik sahaja.
betul lah kak, risau sebab tak pernah lama sangat nak tunggu tertubuhnya kerajaan selepas parlimen dibubarkan. Harap hari ini dapaaat jalan penyelesaiannya
ReplyDeletesemoga yang terbaik buat Malaysia.amin..amin..amin..
ReplyDeleteJatuh hati juga tengok kadnya. Cantik menarik tertarik. Selamat berunion nanti kak Ujie. Debar sungguh nak menantikan ni. Dah petang pun masih belum ada jawapannya lagi siapa PM10.
ReplyDeleteAnyway sampul tu syantik.
ReplyDeletesemoga majlis reunion kak Ujie dan kawan-kawan berjalan lancar
ReplyDeleteyes, cantik.
ReplyDeleteni mesti disimpan buat kenangan, kan :)
and reunion dgn bff, best nya.
kenangan yg akan dikenang selamanya.
nanti bila ammi pun bertukar alamat ke NS (insyaallah next year March)...bolehlah kita geder2 ngan geng NS pulak ye
ReplyDeleteCantik sangat.. Warna sampul yang lembut kemudiannya dihiasi bunga sebagai cop mohor.. Memang unik..
ReplyDelete