Thursday, 17 November 2022

Di Balik Awan

Memerhati langit malam merupakan antara perkara yang saya gemar lakukan. Ada keindahan tersendiri, juga menghadirkan rasa tenang dan menerbitkan keinsafan betapa hebatnya kuasa Allah pentadbir alam ini.

Foto-foto langit malam berikut saya rakam pada 10 November 2022 sewaktu menginap di aras 28, Tamu Hotel & Suites di Kampung Baru, KL. Sejak dari petang membawa ke malam kota Kuala Lumpur disimbahi hujan. Selepas hujan, langit dilitupi gumpalan awan yang boleh dikatakan tebal. Tidak seperti beberapa malam terdahulu, langit malam gelap tanpa kehadiran awan putih.

Menara KL dan Menara Merdeka 118 waktu malam.
Pemandangan pada pukul 10.06 malam, masa ni gumpalan awan tak begitu tebal. Masih kelihatan puncak Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dan menara Merdeka 118.

Menara KL dan Menara Merdeka 118 waktu malam.
Pemandangan pada pukul 10.25 malam, awan tebal menyelimuti langit malam. Puncak kedua-dua menara terselindung di balik awan.

Menara KL dan Menara Merdeka 118 waktu malam.
Percubaan zoom-in puncak menara beberapa detik sebelum foto kedua di atas. Tak begitu jelas kerana keterbatasan kemampuan kamera dan foto dirakam di balik cermin sliding door bilik penginapan.

Saya sertakan info ringkas berkenaan menara Merdeka 118 :
  • Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu dan tertinggi di Asia Tenggara.
  • Mula dibina pada tahun 2014 dan masih belum siap sepenuhnya.
  • Berketinggian 678.9 meter.
  • Mempunyai 118 tingkat.
  • Pembinaan dibiayai oleh anak syarikat milik penuh PNB, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.
  • Bangunan ini turut dikenali sebagai Menara PNB 118.





24 comments:

  1. wahh. cantiknya gambar, subhanallah. ciptaan tuhan. kamera apa ni.

    ReplyDelete
  2. Masyaa Allah...
    cantiknya gambar...
    Bagus perkongsian info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi info sebab saya pun baru nak ambik tau pasal menara Merdeka 118 ni 😅

      Delete
  3. wahhhh..cantik view. nice captured!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya hasil tangkapan akak. Suka juga tengok langit. Asal langit cantik mesti nak ambil gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....pastu penuh gallery, delete la. Akak gitulah 😄

      Delete
  5. cikkak tryla dok Eastern Suites at The Platinum .., Seperti di Ceylonz, di Platinum juga ada kolam renang atas langit. ;p gmbr pun chuantek nih

    ReplyDelete
    Replies

    1. Terima kasih cadangan wak. Tamu Hotel ni pun ada kolam renang view KLCC, tapi di aras 14 jelah.

      Delete
  6. Saya pun suka tengok awan, rasa tenang dan terpana dgn kekuasaan Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah untuk kita rasa tenang sekejap, pandang je ke atas.

      Delete
  7. Cantik. Guna kamera apa ya macam gambar jurugambar yang profesional ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telefon Samsung NA, pilih night mode. Lepas tu saya edit sikit guna apps Snapseed untuk foto lebih jelas (sharp).

      Delete
  8. cantik gambarnya. indah KL di waktu malam.

    ReplyDelete
  9. Gambar-gambar di blog kak Ujie semakin lawa! ;) ;)

    ReplyDelete
  10. Ini camera kayangan ni.... bukan kaleng2....

    ReplyDelete
  11. kl skrg ni mendung / hujan je malam2. untung kak ujie dpt ambik gambar pemandangan malam yg cantik tu :)

    ReplyDelete
  12. cantik view malam di balik awan

    ReplyDelete
  13. Masya Allah!
    Indahnya suasana malam. Melihat awan bagaikan berada di pinggir kayangan.

    ReplyDelete
  14. SubhanaAllah.. cnatik sungguh pemandangannya..
    Hasil bidikan yang wow gitu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****