Satu lagi lokasi yang kami singgah semasa dalam perjalanan melalui Lebuhraya Timur Barat, iaitu R&R Amiza Titiwangsa yang terletak 30 km dari Hentian Royal Belum Amanjaya. Kalau tadi kita dapat menyaksikan keindahan tasik buatan dengan air berwarna kehijauan, di sini pula kita akan dapat menyaksikan panorama indah hijau alam dan menikmati udaranya yang nyaman.
Berbeza dengan Hentian Royal Belum Amanjaya yang merupakan terminal jeti awam untuk tujuan aktiviti pelancongan di Royal Belum, hentian R&R Amiza Titiwangsa ini pula sememangnya untuk para musafir berhenti rehat. Tapi janganlah bayangkan R&R di sini seperti R&R yang ada di laluan bertol seperti Lebuhraya Utara Selatan yang lebih baik keadaannya.
Sewaktu kunjungan kami di sini, dari jauh kelihatan deretan kenderaan berbaris untuk masuk ke kawasan parkir hentian ini. Kami ikut sama masuk barisan. Tak pastilah memang biasa ramai begini pada hujung minggu, atau disebabkan cuti sekolah yang baru bermula.
Alhamdulillah dapat juga kami parkir kereta. Beginilah keadaan tempat letak kereta di sini. Bangunan di hadapan tu menempatkan kedai makan. Tertera nama kedai - Restoran Amiza Titiwangsa.
Terdapat kemudahan surau dan tandas berbayar di sini.
Menariknya, di sini turut disediakan ruangan luas berlantaikan mozek untuk kemudahan para musafir. Memang penuh orang di sini yang sedang menjamu selera bersama keluarga masing-masing. Macam ada kenduri pula.
Sudut pandang dari sisi kedai makan. Berhadapan dengan hentian ini terdapat sebuah menara telekomunikasi yang terletak di atas bukit.
Di sudut sisi kedai makan, terdapat replika kincir angin. Memang ramai yang sedang berfoto di sini.
Ini tempat yang paling sesuai untuk berfoto - ada tulisan menyatakan lokasi (R&R Amiza Titiwangsa) dan berlatarkan landskap alam yang indah.
Dari sini kita dapat menyaksikan panorama indah perbukitan yang menghijau dan berbalam. Dedaun pokok pakis gajah meliuk-liuk dihembus angin. Suasana yang cukup mendamaikan. Udaranya sejuk nyaman bagaikan di Cameron Highlands. Entah berapa ketinggian tempat ini.
Awalnya kami berhasrat hendak menjamu selera di kedai makan, tapi nampaknya orang terlalu ramai. Puas melihat dan menikmati keindahan alam, kami pun beredar untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Memang berbeza tempat ini berbanding kunjungan pertama kami dahulu. Seingatnya, dulu cuma ada kedai makan kecil saja.
Di sini juga tertera notis amaran kehadiran gajah dan memang pernah gajah liar hadir sewaktu orang ramai sedang makan. Mungkin sebab itu pagar besi dipasang di sekeliling tempat makan untuk keselamatan.
Kalau kalian ada melalui Lebuhraya Timur Barat, jangan lupa singgah di hentian R&R Amiza Titiwangsa untuk menikmati keindahan panorama di sini. Katanya, kalau waktu pagi atau selepas hujan pemandangan lebih cantik dengan hamparan awan memutih.
SubhanAllah, cantiknya pemandangan dekat sini
ReplyDeleteSegar mata memandang.
DeleteTime cuti memang ramai orang berhenti sini. Dapat basuh muka kejap atau jamak solat, memang rasa segar sebab air paip dia sejuk, air bukit kan. Saya pun dah lama tak dapat makan situ, ramai orang sepanjang masa.
ReplyDeleteRugi saya tak merasa sejuknya air kat situ. Tak masuk surau/tandas dia.
DeleteOh, memang selalu ramai orang rupanya..
cantiknya pemandangan... banyak pahala pengurusan ni,..sediakan tempat rehat dan solat orang bermusafir
ReplyDeleteBetul...memang orang perlukan tempat ni.
DeleteTak pernah lagi sampai ke sini. Mesti makanan kat sini sedap sbb tu ramai yg singgah.
ReplyDeleteMungkin jugak kan. Tak pastilah bab makanan. Tapi hentian ni satu-satunya yang ada di laluan ni untuk musafir singgah, pemandangan pun cantik. Tu yang jadi tumpuan.
Deletememang sini alam.semulajdinya cantik kanπ₯°π₯° sejukk mata memandang
ReplyDeleteKan..segar mata lepas penat lalu jalan berliku.
Deletetak pernah saya tahu kewujudan tempat ini. terima kasih berkongsi.
ReplyDeleteSama-sama Sal π
DeleteMenarik nampaknya R&R ni... Mungkin milik persendirian agaknya ye sbb namanya dgn nama kedai sama. Teka je hehe....
ReplyDeleteSaya pun fikir gitu PH. Sebab nama sama kan..hehe
DeleteFuh! Awan tu! Dramatik sungguh!
ReplyDeleteHehee
DeleteIndah view kat R&R ni. Nice sharing
ReplyDeleteTerima kasih MrsA π
DeleteJauh perjalanan, luas pemandangan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeletePemandangan yang sangat cantik!
ReplyDeleteAwan yang sarat. Latar belakang alam, hijau, biru putih! Subhanallah.
Tidak singgah pula tapi memang nampak ramai orang sibuk ambil gambar masa melepasi jalan.
ReplyDeleteada rezeki in shaa allah sampai ke sini
ReplyDeletecantik..view bukit-bukau...banjaran titiwangsa..
ReplyDelete