AHAD | 14.08.2022
Walaupun dah lebih dua tahun berpindah ke utara tanah air, tak begitu banyak tempat-tempat menarik di sini yang telah saya kunjungi. Pantai Merdeka antara tempat yang baru kali pertama saya dan encik suami kunjungi.
Pantai Merdeka terletak di Kota Kuala Muda, Kedah merupakan antara lokasi tarikan pelancongan di Kedah. Pada awalnya saya tidaklah begitu berminat nak ke sini. Tetapi bila encik suami kata bahawa kita boleh naik bot untuk ke Tanjung Dawai, eh…macam menarik! Terus saya setuju dengan cadangan encik suami untuk kami berjalan-jalan pada hujung minggu ke Pantai Merdeka.
Ruangan parkir di sebelah kanan. Di sebelah kiri pula Merdeka Beach Resort. |
Ikut saja panduan perjalanan di Google Maps, sampailah kami ke Pantai Merdeka. Rupanya tak jauh mana pun dari rumah, perjalanan cuma mengambil masa sekitar lebih kurang satu jam. Kalau berdasarkan kiraan jarak, tak sampai 60 km. Tapi sebab kita perlu melalui jalan kampung, jadinya tak bolehlah memandu laju.
Bagusnya di Pantai Merdeka ni ada disediakan kawasan parkir yang elok, luas dan bayaran tanpa wang tunai (kami bayar guna kad Touch n Go). Saya tak pasti berkenaan kadar bayaran, kami parkir lebih dua jam, dikenakan caj RM1.06 sahaja.
Kami sampai di sini sekitar pukul 10.45 pagi. Masih awal. Tetapi sudah ada pengunjung lain di sini. Kami membeli gorengan keropok nipis di sebuah gerai jualan. Tujuannya nak duduk makan sambil memerhati suasana di sini.
Penjualnya seorang wanita, ramah menegur kami “Awai mai…”. Lepas tu terjadilah perbualan ringkas di antara kami. Menurutnya, tempat ni lebih meriah pada waktu petang. Patutlah kami nampak kedai-kedai makan yang ada di sini semuanya belum beroperasi.
Saya dapati di sini banyak disediakan tempat untuk pengunjung berfoto. Antaranya, tangga warna-warni ni. Nampaknya pantai ini diselenggara dengan baik dan cukup menarik untuk aktiviti santai pada hujung minggu.
Beginilah rupa Pantai Merdeka. Cantik warna air lautnya, agak kebiruan. Dalam gambar ni pemandangan pantai di sebelah kiri. Terdapat binaan tembok batu di sepanjang pantai. Tapi tak begitu tinggi, kita boleh turun ke bawah. Saya tak pasti pantai ni sesuai untuk bermandi-manda atau tidak. Yang pasti, tempat ni menjadi tumpuan para pemancing.
Kami duduk di salah sebuah bangku di sini untuk makan keropok nipis yang dibeli tadi. Seorang lelaki Melayu yang duduk di bangku berhampiran kami pun baru nak menyuap makanan ke mulut. “Makan…”, lelaki tersebut menyapa kami. Peramah sungguh orang-orang di sini ya. Sambil kami makan, encik suami berbual ringkas dengan lelaki tersebut yang juga sedang memancing di sini.
Ini pula rupa pantai di sebelah kanan. Lebih ramai yang duduk memancing di bahagian sini sebab lebih redup terlindung pokok besar. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Gunung Jerai dan Tanjung Dawai. Memang bertepatan dengan lirik lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Jinbara :
πΆπΆπΆKu ukir namamuDi awan Gunung JeraiDi saksikan laut daun nyiur melambaiJauh pandangan permaiDi situ Tanjung DawaiπΆπΆπΆ
Ikan buntal ‘membulatkan’ badannya begini jika merasa terancam. |
Kenal tak ni ikan apa? Ini kali pertama saya lihat secara langsung ikan buntal laut. Pada awal bulan Julai lepas, saya dapat lihat ikan buntal air tawar sewaktu menelusuri Sungai Kilim, Langkawi. Kedua-duanya menarik dan kelihatan comel. Tapi ikan buntal air tawar yang saya lihat tempohari lebih cantik kerana terdapat corak berbintik besar pada badannya yang berwarna kuning.
Oh ya, ikan buntal dalam gambar di atas tu adalah hasil pancingan seorang pemancing lelaki berbangsa Cina. Tapi sayangnya, ikan buntal bukanlah hasil yang diharapkan sebab tak boleh dimakan. Menurutnya, sejak pagi tadi dah hampir 50 ekor ikan buntal yang diperolehi.
Sepanjang kami memerhati para pemancing, memang kami nampak masing-masing ‘berjaya’ menaikkan ikan buntal. Nak kata, begitu banyaknya ikan buntal di kawasan tersebut. Tapi mestilah ada ikan yang bagus hasilnya, sebab tu ada ramai pemancing bertumpu di Pantai Merdeka.
Dah selesai makan dan melihat-lihat sekitar, marilah kita naik bot untuk ke seberang sana - Tanjung Dawai. Tempat naik bot ni ada di sebelah hujung kanan kawasan pantai. Tak ada jeti khas, kita turun je ke pasir pantai tu untuk naik bot. Jadinya kalau nak naik bot, silalah pakai pakaian dan kasut bersesuaian untuk keselamatan dan memudahkan langkah kita.
Kami penumpang terakhir masuk bot. Kami duduk di barisan akhir dekat dengan pemandu bot. Dalam bot ni terdapat 10 buah bangku. Selesalah kalau duduk seorang satu, kalau berdua kenalah duduk berhimpit sikit. Tapi ok je, sebab perjalanan sangatlah dekat cuma beberapa minit. Tambangnya RM3 seorang satu hala. Bayar bila kita dah sampai di Tanjung Dawai.
Tiga papan tanda info penting. Tambang bot untuk upacara keagamaan pun ada, upacara apa agaknya tu ya?
Apa ada di Tanjung Dawai? InsyaAllah ceritanya pada catatan akan datang.
Kalau pandai siang ikan buntal boleh makan. Hehe ikan yang tidak diingini banyak pula dapat dipancing.
ReplyDeleteTanjung Dawai yang terkenal dengan ikan bilis itu ke? Tidak sabar baca.
Mesti leceh siang ikan buntal supaya boleh dimakan tu kan..
DeleteHehe..betul la tu NA pasal Tanjung Dawai.
Kecik2 dulu PH selalu ke Pantai Merdeka. Masa tu belum ada tembok batu, jadi seronoklah mandi dan main pasir. Kali terakhir PH ke sini, nampaknya pengunjung hanya bersantai di tembok batu. Mungkin pantainya makin terhakis Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΨΉΩΩ
ReplyDeleteOoh...tentu lebih meriah dulu sebab boleh mandi.
Deletebaca tajuk je aje dah ternyanyi dah lagu cinta kita di pantai merdekaaaa...ooohhhh
ReplyDeleteHahaa...saja je akak letak tajuk lagu sebagai tajuk entri ni.
DeleteMenariknya ada tempat sesi foto. Naik bot tak perlu pakai jaket keselamatan ke? OK, nnt nak baca pasal apa yg ada di Tg Dawai pulak.
ReplyDeleteSepatutnya kena pakai, tapi agaknya sebab perjalanan dekat dan bukan ke laut lepas, jadi pihak bot tak sediakan jaket keselamatan.
DeleteCantik blh ootd
ReplyDeletetarikan ramai kalau buat tmpt cantik2 kan
Betul. Dah la cantik, percuma je. Cuma bayar parkir dengan kadar minima.
Deletepernah sekali gi Pantai Merdeka...best..ada tembok rendah, yg boleh duduk2, tengok laut...upacara keagamaan tu rasanya utk buang abu mayat kot...huhu..
ReplyDeleteMemang best jugak duduk2 tengok laut kat situ. Air pun cantik.
DeleteBuang abu mayat..mungkin jugak tu.
Terngiang-ngiang alunan suara Jinbara :
ReplyDeleteTerkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
Ni saya baca sambil nyanyi pulak π
DeleteSeronoknya..Lama tak balik ke Kedah rumah arwah tokwan. Memang Pantai Merdeka ni jadi tumpuan lagi2 masa hari cuti.
ReplyDeleteBolehlah balik menggamit memori ni Airis π
DeleteCantik kawasan pantainya.. seronok santai-santai macam ni..
ReplyDeleteKan...lapang fikiran.
DeleteCantik pemandangan pantai, yang nampak Gunung Jerai dengan awan yang cantik pulak tu.
ReplyDeleteSaya pernah memancing dan dapat ikan buntal. Bising ikan tu. Dia boleh keluarkan bunyi. :D
Wah Nur pandai memancing.
DeleteEh iyalah...betul, ikan buntal ni ada keluarkan bunyi masa pemancing pegang. Saya lupa nak catat dalam entri π
Kalau pergi pantai merdeka ..auto dalam fikir terus,ingat lagu cinta pantai merdeka
ReplyDeleteItulah kesan lirik lagu, mengangkat nama satu2 tempat. Bagus.
Deletepatut penulis lagu tu dpat kredit kerana menaikkan nama Pantai Merdeka ni. comelnya ikan buntal. banyak jugak ye, memang habitat kat situ ke?
ReplyDelete