Judul : PEREMPUAN DARI MASA LALU
Penulis : Wafa Awla
Penerbit : Jiwa
Jumlah halaman : 93
Harga : RM20
Membaca judul buku ini saja sudah terbit rasa nyaman, apatah lagi bila saya membaca isinya. Perempuan dari Masa Lalu merupakan kumpulan 34 puisi dan monolog karya sulung Wafa Awla. Ini juga merupakan buku puisi pertama karya penulis Malaysia yang saya miliki. Sebelumnya, saya sudah memiliki sebuah buku puisi berjudul Dikatakan atau Tidak Dikatakan, Itu Tetap Cinta. Hasil karya penulis dari Indonesia, Tere Liye.
Membaca susunan kata di dalam buku Perempuan dari Masa Lalu, sungguh membuat hati saya tenang. Benarlah, kata-kata indah mampu memukau perasaan. Kata-kata yang memujuk rasa. Ditambah dengan ilustrasi, pembacaan puisi menjadi lebih menarik.
Antara puisi yang saya gemari - Puisi Itu Seperti Apa?, Menulis Kepada Takdir dan Seorang Perempuan dari Masa Lalu. Juga monolog Kepada Seseorang yang Patah Hati dan Kepada Seseorang yang Pernah Jatuh Hati.
“Aku pernah mencuri ketawa engkau dan menangkapnya. Aku membebaskannya ketika aku sunyi dan aku akan memakainya di mulutku selepas itu. Aku pernah diam-diam menadah air mata engkau dan melarikannya. Malam itu aku menukarnya menjadi sebuah doa…” - petikan monolog Kepada Seseorang yang Pernah Jatuh Hati.
Satu lagi keistimewaan naskhah ini, terdapat kod bar yang membawa pembaca ke aplikasi Spotify. Penulis akan membacakan puisinya untuk kita. Bukan semua, tetapi beberapa puisi terpilih. Walaupun saya sudah membaca sendiri puisi tersebut, tetapi saya masih suka mendengar ia dibacakan oleh penulis. Ada yang mahu dengar? Boleh cari ‘Cik Hujan Podcast’ di aplikasi Spotify.
Saiz buku puisi ini juga kecil (17 cm x 11.5 cm), mudah dipegang juga dibawa ke mana-mana. Bagi saya, buku puisi bukanlah kita baca sekali dan simpan. Tetapi pada masa-masa tertentu kita akan mengulang baca puisi tertentu yang memberi kita kekuatan dan rasa tenang.
Perempuan dari Masa Lalu, mengajar kita untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita mampu untuk menanam harapan dan menyiram rindu. Saya bukanlah peminat puisi, tetapi naskhah ini berjaya membuatkan saya menikmati keindahan puisi.
Di akhirnya nanti
kita akan menyedari
bahawa setiap permohonan kita sebenarnya
sudah diperkenankan
walaupun bukan dengan cara yang kita inginkan.
- Perempuan dari Masa Lalu, Wafa Awla
Macam menarik je.. Berminat nak buat buku puisi satu hari nanti..
ReplyDeleteSemoga tercapai impian Fairus, InsyaAllah.
DeleteSelamat membaca kak ujie,pastinya menarik pengisian dia..
ReplyDeleteAlhamdulillah menarik! Akak kasi 5/5 🌟
DeleteMenarik diselitkan puisi dan ilustration menarik. Cover pun wow! teringat buku #88 Love Life
ReplyDeleteTerus akak search buku tu..😀
Deletebuku quotes dan illustration kak :)
DeleteSemua orang pernah mengalami perasaan ini.
ReplyDeletePenulis telah menzahirkan luahan perasaan orang yang pernah jatuh cinta, orang yang patah hati atau orang yang pernah berharap dengan cara indah.
Menarik petikan puisi yang Puan Ujie letak. Mudah difahami.
Betul. Penulis membuat kita melihat sesuatu hal dengan cara lebih baik.
DeletePuitisnya diksi yang dipilih oleh penulis untuk melontarkan idea.
ReplyDeleteIndah sekali. Terbuai rasa membaca.
Deletebuku ni macam sesuai je dengan saya. wajib cari ni. tapi kang nangis kak Ujie kena lapkan air mata tau. haha
ReplyDeleteTakmo lap, tapi akak tadah dan menukarkannya kepada doa..
DeleteHaish..tak reti nak ayat puitis 😄
hahaha. gurau jelah. takmo nangis-nangis dah. nak nangis atas sejadah je..gitu, propa ayat kak Kiah
Deletebegitu puitis dan indah sekali bait-bait kata..ada spotify jg..
ReplyDeletelama dah tak dengar orang berpuisi..
Layan dengar puisi di Spotify tu pulak masa hujan turun...memang tambah indah.
DeleteLeka saya membaca buku ni
ReplyDeleteHihi...kan Syaz.
Deletememang puitis sekali kak, seronok baca rasa tenang je
ReplyDeleteKagum dengan orang pandai tulis puitis sedap gini.
Delete