Wednesday, 22 September 2021

Aduan Kerosakan Lampu Jalan TNB Menerusi SMS, Mudah dan Pantas!

Salah satu lampu jalan di lorong rumah Mak saya di kampung Johor mengalami kerosakan. Saya cuba menghubungi talian 15454 untuk membuat aduan kerosakan. Selepas menekan pilihan bahasa, terus muncul suara memberitahu lokasi-lokasi yang sedang mengalami gangguan elektrik. Eh, panjang pulak dia bercakap dari satu negeri ke satu negeri. Malas nak menunggu, saya tamatkan panggilan.

Saya kemudiannya buka laman web TNB, mencari kalau ada cara lain untuk kita buat aduan. Oh, rupanya boleh juga buat aduan menerusi SMS. Begini caranya 👇🏽

Tangkap layar daripada laman web TNB.

Saya tak daftar, terus je buat aduan sebab yakin nombor telefon saya sudah ada dalam sistem TNB. Ini bukan kali pertama saya buat aduan kerosakan lampu jalan.

Saya menghantar SMS di atas pukul 2.36 petang, 20 September lalu. Sejurus selepas itu, satu panggilan masuk diterima (tertera lokasi pemanggil - Semenyih). Rupa-rupanya panggilan dari pihak TNB berkenaan aduan SMS saya tadi. Pantas!

Setelah menjawab beberapa soalan pengesahan aduan dan memberi maklumat berkenaan tiang lampu yang rosak (besi atau konkrit, berbayar bulanan atau tidak, paling penting - nombor tiang), saya diberi jaminan bahawa kerosakan akan dibaiki dalam tempoh 24 jam.

Saya fikir tentu esok hari baru pihak TNB akan baiki. Saya buat aduan pun dah petang. Tapi sekitar pukul 8.30 malam (hari yang sama), saya terima panggilan dari seseorang bertanyakan lokasi lorong rumah Mak saya. Katanya nak baiki lampu jalan yang rosak. Terkejut juga, tak sangka mereka buat kerja jugak waktu malam.

Alhamdulillah, selesai hal lampu jalan rosak hanya dalam tempoh masa kurang 7 jam daripada masa aduan dibuat. Memang terbaik sungguh servis TNB 👍🏽

Selepas itu baru saya tahu bahawa sudah bertahun lama ada servis SMS ni. Saya je yang ketinggalan info. Jadinya saya catatkan di blog kot ada orang yang belum tahu macam saya jugak 😄. Tapi sebelum buat aduan tu kenalah pastikan tu tiang lampu di bawah selenggaraan pihak mana. Bukan semua tiang lampu kepunyaan TNB tau. Boleh tahu dengan membaca info pada tiang lampu berkenaan.



27 comments:

  1. Saya pun baru tahu.
    Bagus juga letak dalam blog boleh buat rujukan.

    ReplyDelete
  2. menarik nih kak... teringat lampu jalan depan rumah abah kat kampung, kadang bila rosak cepat je dibaiki, kadang yg di bandar ni pulak bukan main lama rosaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm area rumah NS akak, lambat. Sebab tiang under majlis, polisi dia bukan macam TNB (baiki dalam tempoh 24j).

      Delete
  3. bagus juga diaorang ni pantas jawap

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...baru tau..

    ReplyDelete
  5. Laju jugak tu TNB buat kerja kan. Saya pun baru tahu ada service SMS ni. Ingatkan lebih cepat kalau call terus. Yang penting tahu nombor tiangnya kan, even jauh pun boleh buat aduan bagi pihak. Tq share kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dia cakap berjela masa akak call, barulah tau boleh SMS je 😀

      Delete
  6. Bolehlah dapat bonus lebih sebulan tahun ni TNB hihi…cakap dan pantas!

    ReplyDelete
  7. tadi rasa macam dah komen, tapi tetibe hilang. huhu.
    sistem SMS ni nampak macam ketinggalan zaman, tapi actually efektif dan murah. thanks share kak. Good job TNB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..mujur Sal rajin komen lagi wpun dah terhilang 😅. Apesal ntah hilang2..

      Delete
  8. Info yg bermanfaat utk semua..tq sharing kak ujie!

    ReplyDelete
  9. TNB servis memang bagus.. semalam pagi call TNB repot.. x sampai berapa jam dtg da.. tapi sub con TNB.. tp tulah.. dr lampu jalan tu x hidup.. sub con buat sampai menyala.. masalahnya.
    Menyala 24 jam ni.. konpius.. sub con buat wireing apa ni..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. No akaun kita dengan TNB. Ada di sebelah atas bil TNB kita.

      Delete
  11. ada add on apa apa payment tak nk betulkan lampu tu

    ReplyDelete
  12. Tq.. saya pun lampu berkelip2 ni.. Nasib baik google jumpa blog nie... Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. sgt bermanfaat..terima kasih.baru sms, pihak tnb dah call..cepat betul respon.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****