Thursday, 8 October 2020

Itik Salai Masthar Nilai

Restoran Itik Salai Masthar Nilai ni saya dan suami jumpa secara tak sengaja pada bulan lepas. Rancangan asalnya nak ke Aunty Aini’s Garden Cafe, tekak dah teringin nak makan masakan tradisi Negeri Sembilan.  

Tapi dalam perjalanan ternampak ada kedai baru dengan papan tanda bertulis Itik Salai Masthar. Memang satu nama yang tak asing, sebab dulu pernah beberapa kali saya makan di kedai Itik Salai Masthar @ Food Valet, Kajang. 

Restoran Itik Salai Masthar Nilai baru je beroperasi di sini. Sebuah tempat makan yang luas, bersih dan selesa. Ruang parkir pun banyak, tak perlu parkir di bahu jalan. Banyak pilihan lauk dan ulaman. Ada juga kuih-muih, kek dan kerepek. Kat sini kena layan diri. Beratur bawa dulang untuk ambil makanan dan seterusnya order air serta buat bayaran di kaunter. Lauk-pauk semua dah diletak dalam mangkuk/pinggan. Tinggal pilih dan ambil je. Memang tersusun dan mudah. Lagi satu yang best, kedai ni tak terasa bahang walaupun berbumbungkan zink sebab dipasang lapisan aluminium di bawah bumbung sebagai penebat haba.

Lauk pilihan kami...keli salai masak lemak cili api, telur itik masak lemak cili api, itik salai dan ulaman. Fuh...dah sekian lama tak makan lauk salai lemak cili api sejak PKP. Memang rasa bahagia betul dapat makan begini. Salai masak lemak cili apinya memang sedap dan cukup pekat! Juga tak terlalu pedas. Itik salai tu pun lembut dagingnya. Alhamdulillah!

Disebabkan tadi makan itik salai lembut sedap, kami bercadang nak beli seekor untuk dibawa balik ke Pulau Pinang. Kami ke pondok salai yang terletak di hadapan kedai. Beginilah rupa dapur salainya. Tapi takde pun yang sedang disalai pada masa ni, sebab mereka dah buat awal dan disimpan sejuk. Memang elok sangatlah, sebab kami nak melalui perjalanan yang jauh. Kami beli seekor itik salai dan minta potong kecil. Harganya RM40.

Itik Salai Masak Lemak Cili Api di Pulau Pinang
Sampai di rumah Pulau Pinang, saya terus asingkan itik salai ke dalam beberapa bekas. Setiap bekas untuk 3 orang makan (tengahari saya seorang, malam berdua dengan suami). Dapatlah 4 bekas, simpan dalam bahagian sejuk beku.

Itik salai masak lemak cili api buatan sendiri. Mudah sangat nak masak menu salai ni. Cuma masukkan itik salai, cili api & kunyit yang ditumbuk/kisar, serai, santan dan sedikit air ke dalam periuk. Api perlahan dan kacau supaya santan tak pecah. Kemudian letak asam keping dan perasakan garam. Masak sampai agak pekat kuahnya. Aroma itik disalai tu sendiri akan menyedapkan rasa masakan. Kalau guna santan segar, lagilah sedap dan pekat. Ni guna santan kotak, agak cair.

Walaupun kami berdua keturunan Jawa Johor, tapi tekak kami gemarkan masakan tradisi Negeri Sembilan. Selain menu salai masak lemak cili api, kami suka sambal tempoyak daun kayu (yang ni agak susah nak jumpa orang jual sedap). Apa tidaknya, kalau dikira-kira kami lebih lama menetap di Negeri Sembilan berbanding negeri asal.

26 comments:

  1. itik mmg sedap! klu time rasa selalu makan itik kurma

    ReplyDelete
  2. sedapnya masak lemak pure nogori...jarang makan itik..jarang jumpa sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak jumpa rasanya, kecuali kat negeri sembilan.

      Delete
  3. Ya Allah terliur. Hehe memang suka masak lemak cili api.
    Sambal tempoyak daun kayu pun saya suka juga. Ah senang cerita semua lauk N9 yang pedas saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni bukan tahan pedas, tapi suka jugak..hehe

      Delete
  4. baru kelmarin dana makan masak lemak itik salai juga kak... nasibla lembut juga kejadiannya
    besar ye itik tu kak, banyak betul nampak dalam periuk yang akak masak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar, potong kecik dapat banyak.
      Yang dalam periuk tu memang terlebih anggaran pun, sesuai 4 orang..haha

      Delete
  5. saya tak pernah makan itik, takut apa entah hahaha..aduh saya ni

    ReplyDelete
  6. Saya suka sangat menu salai2 nogori ni. Cumanya itik tu je yang tak boleh nak telan..adddoooiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap macam makan ayam, jangan fikir itik..hehe

      Delete
  7. teringat masa ulang alik ke kampus uitm kuala pilah dulu sepanjang jalan ke Pilah banyak gerai jual itik, daging dan ikan salai kan. Ini memang padu menu2 negori kat kedai ni Ujie, podeh tak tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilah memang terkenal dengan salai2 tu kan...meriah kat bahu jalan orang menjual.

      Tak podeh pun yang ni, tak beringus hidung..hehe

      Delete
  8. sedapnya kak ujie, menu salai ye. Itik tu shida tak pernah lg cuba mkn..
    mcm ssh pulak nk cari org jual itik area sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang negeri sembilan baru senang jumpa itik salai :)

      Delete
  9. Saya suka jugak walaupun selalu tak tahan pedas. Memang itik salai ni masakan signature orang N9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap punya pasal..kita tahan la pedas tu kan Sal.

      Delete
  10. murah jugak sekor rm 40 kak uji berbaloi akak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun rasa murah sebab besar dan siap salai elok.

      Delete
  11. Itik salai, daging salai, ikan salai masak lemak cili api memang tak pernah tolak. Apalagi kalau masakan gaya orang nogori!

    ReplyDelete
  12. Wah sedap tu salai dan masak lemak cili api. Tapi itik kita tak makan pulak.

    ReplyDelete
  13. pernah merasa ni di kajang.
    adik yg belanja. best, kan :)
    ada di nilai? boleh la gi nanti.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****