Ada yang berjaga tengah malam tadi shopping di Shopee/Lazada sempena 10.10? 😁. Saya tidur awal malam tadi, keletihan setelah melalui perjalanan jauh sekitar 6 jam untuk tiba di Bentong, Pahang.
Sengaja saya menulis entri hari ini sempena 10.10.2020. Tarikh yang cantik, tapi tarikh tetap sekadar angka yang bertukar saban hari. Tiada istimewa, selain cantik dilihat. Oh ya, ada yang istimewa...promosi jualan sana sini! Kalau ada keperluan, mungkin ini masa yang sesuai.
Pukul 7.32 pagi di Persimpangan Sungai Marong.
Menikmati sarapan pagi di deretan gerai berhampiran simpang tadi. Saya tak pasti apa nama tempat ni. Tapi saya suka ke sini (ini kali kedua) kerana banyak pilihan makanan. Ada nasi lemak, mee/bihun goreng, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai dan pelbagai jenis kuih-muih. Memang rambang mata tengok kuih pelbagai rupa dan warna. Meriah!
Di sinilah saya berada hari ini, di Bentong, Pahang. Bukan acara berjalan-jalan sempena 10.10, tapi ke sini atas urusan kerja suami.
* tengah menaip entri ni kadang-kadang gambar hilang, kadang-kadang tulisan di bawah gambar berubah ke atas gambar. Begitu juga entri sebelum ini, jadi gitu. Kejadian yang tak pernah dialami selama menulis blog. Geram pulak. Entah apa yang bermasalah.
Seronok ikut suami. Jalan-jalan luaskan pandangan dan mencuba pelbagai makanan.
ReplyDeleteP.S:Ada alami kesukaran gambar hilang juga. Sebelum ini tiada masalah begini. Apabila hendak edit gambar macam hendak letak tulisan di bawah gambar, gambar hilang. Beberapa kali kena. Fobia pula. Harap lepas ini tiada
DeleteHarini akak buat entri, masih berlaku masalah yang sama NA. Terpaksa la upload gambar sekali lagi..huh
Deleteselalu lalu bentong masa nak balik kampung suami di kelantan :)
ReplyDeleteHahaaa... saya termasuk shopping 10.10.2020 tapi bukan dengan Shoppe /Lazada.
ReplyDeleteMasalah ketika menaip entri itu akan hilang setelah beberapa kali kita publish.
Tentu seronok, dapat jalan2 sambil makan2
ReplyDeleteseronok jalan2, lihat2 tempat orang...
ReplyDeletetarikh yg cantik harini..10102020..
terlepas juga 10.10 hahah sbb terlupa
ReplyDeleteTarikh yang cantik. Tak ada rekod apa apa dalam blog atau socmed. Shopping pun tidak. Tak sempat nak terjah sale. Tapi dapatlah keluar jalan jalan kejap.
ReplyDeleteKelihatan sedap nasi kerabu tu :)
seronok kn ikut suami :)..shida pun suka skali2 ikut suami buat kerja :)
ReplyDeletetentang masalah kak ujie menaip kejap2 hilg tu..kdg2 jadi juga..kena closed balik entri jd draft..pastu buka semula..masalah hilg..saya pn xtahu punca..