Thursday, 25 July 2019

Suatu Pagi Di Kota Kinabalu...

Gambar-gambar berikut saya ambil ketika kunjungan saya untuk trip keretapi ke Tenom, Sabah pada bulan April lalu. Pada hari terakhir sebelum penerbangan pulang (penerbangan lewat petang), saya dan suami menghabiskan masa di Kota Kinabalu dan Kinarut (rumah adik ipar).

Pagi hari tersebut, kami meronda-ronda di sekitar bandaraya Kota Kinabalu tanpa arah tujuan tertentu. Turun bilik hotel, cari kedai makan untuk bersarapan dan seterusnya mula berjalan kaki melihat-lihat sekitar bandar.

Pemandangan waktu pagi, aliran trafik belum sesak dan para pelancong belum bertebaran.

Antara pemandangan yang menarik perhatian saya sewaktu melalui jejantas Segama (jejantas yang menghubungkan Pasar Besar Kota Kinabalu dengan Kompleks Segama).

Lukisan mural bunga Rafflesia di tangga jejantas. Mengindahkan dan memberi keceriaan. Jejantas sepanjang 260 meter ini bersih dan nampak dijaga dengan baik.

Leka jadinya bila mata memandang keindahan begini...lautan membiru, kapal-kapal dan bot.

Lagi sisi indah Kota Kinabalu...SubhanAllah!

Sementara di suatu sudut...Kota Kinabalu menunjukkan sisi gelapnya. Gelandangan kanak-kanak. Anak ini masih belum bangun tidur, sedang kawan-kawan gelandangan lain sedang riuh bermain sesama mereka dan sesekali mendekati orang ramai untuk mengemis.

Ini bukan kanak-kanak pertama yang saya jumpa tidur begini, malam tadi saya temui seorang anak lelaki yang tidur di kaki lima depan bangunan yang sedang dalam pembinaan. Bunyi bising kerja-kerja pembinaan tak sedikit pun mengganggu tidurnya. Disampingnya terdapat bekas minuman pakai buang, mungkin untuk tujuan mengemis. Sebak hati bila melihat kanak-kanak hidup sebegitu. Dan saya masih sebak setiap kali melihat gambar ini 😢. Insaf!


...sekian catatan suatu pagi di Kota Kinabalu Bandaraya Peranginan Semulajadi...






.

4 comments:

  1. bestnya kak, jln2 tgk pemandangan yg cantik... tp tulah gambar last tu kalau tgk mmg sebak, kt kl mudah sgt jumpa yg mcm tu kak... kdg tak tau nk bt apa, kalau masa dia minta duit kita ada, kita bg seadanya... tp tulah, kalau di pikir2kan mcmne lah keadaannya seharian

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kesian budak kecik gitu dah hidup gelandangan :(

      Delete
  2. Hai Ujie...lama tak bersua, cantik cantik gambar ni...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****