Korang belek baucer ni, takde tarikh akhir kan?
Pada ruangan 'valid till' tu terbiar kosong.
Kat bahagian belakang pun takde tulis apa-apa.
Yang 3 Mei tu tarikh dapat baucer.
Selain baucer KK Home Deko (KKHD) ni,
saya ada baucer MPH dan Jusco (Aeon).
Semua ada tercatat tarikh sah baucer untuk ditebus.
Jadinya memang takde masalah, kecuali baucer KKHD ni.
Disebabkan tak tahu baucer ni sah sampai bila...
Saya pun pergilah ke KKHD pada 15 Jun lalu untuk tebus baucer.
Sampai masa bayar, pekerja lelaki kat kaunter cakap baucer dah tak sah!
Terkejutlah jugak, sebab langsung takde catat pada baucer.
Katanya dulu masa serah baucer dia dah cakap tempoh sah 1 bulan je.
Macam manalah saya nak ingat kalau dia main cakap mulut?
Saya kata tu salah pihak KKHD sebab tak catat tarikh akhir,
atau tulis apa-apa yang menyatakan baucer sah untuk tempoh 1 bulan.
Bila saya dan suami dah cakap macam-macam, barulah pekerja tu mengaku...
Ini BUKAN kali pertama pelanggan marah-marah sebab kes begini.
Ada yang siap koyak baucer kat situ sebab marah sangat.
Katanya lagi..pengurusan dah tau tapi masih tak buat perubahan.
Pengurusan yang tak bagi catat tarikh akhir pada baucer.
Cuma boleh BAGITAU (SECARA LISAN) sahaja.
Kami nak jumpa manager/supervisor diorang...
Yang katanya ada kat cawangan lain yang berdekatan.
Lama jugak pekerja tu bercakap melalui handphone.
Hasilnya...manager tak dapat/tak mau jumpa.
Huh...tak pernah jumpa bisnes besar yang tak berani tanggung silap sendiri!
Kesimpulan yang kami boleh buat....
KKHD dengan sengaja arahkan pekerja tidak mencatat tarikh akhir.
Tujuannya, cubaan memperdaya pelanggan.
Konon bagi baucer RM20. tapi sengaja tak catat tarikh pada 'valid till'.
Bila pelanggan lupa (harus lupa sebab cakap mulut je),
untunglah dia sebab kita tak shopping free kat situ.
Bukan free pun, baucer tu dapat sebab kita dah berbelanja sekian RM.
Tujuan saya tulis ni adalah untuk mengingatkan korang yang lain.
Supaya tak tertipu dengan baucer KKHD ni.
Bukan nilai RM20 yang saya kecohkan,
Tapi nilai kejujuran dalam berbisnes yang saya tuntut.
Juga hak kita sebagai pengguna yang dipermainkan.
setuju kejujuran sngt bermkna...
ReplyDeletetak jujur.nasib baik jarang g sini
ReplyDeletehuh..tipu ye..
ReplyDeleteSetuju dgn Ujie. Hina sgh sbb manager x nak ckp dgn customer. Berlagak sgh!
ReplyDeleteserupa macam tokey company besar tapi nak tipu elaun pekerja yang kerja tukang cuci. ini macam pun boleh ka?
ReplyDeletenk kena saman nie..
ReplyDeletenasib baik voucher Rm10
kalau Rm100 mmg dh kena dh tue.
Lama dah tak pgi KKHD ni...macam tu kisahnya ye...baik la yg dpt tu kena ingt pulak...ermmm...
ReplyDeletetang tak letak tarikh ni yg x berkenan ni .. mmg nampak menipunya huhuhu
ReplyDeleteNampak sangat memang nak menipu tu Ujie
ReplyDeleteKalau didedah kat media mahu malu besar sykt ni...
Make it viral.
ReplyDeletePost to FB.
Tu aja cara nak ajar penipu sebegini.
Dan adu juga kat Tribunal Pengguna..
mari kita stop shopping kat KK Home Deco....biar padan muka mereka...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tak lama la tu kalau bisnes jenis macam ni.. padahal bukan rugi pun kalau diorang bagi je kat customer sbb salah diorang tak letak tarikh akhir dan tak tertulis kat voucher tu valid sampai bila pun.. patut boleh buat report pada kementerian terlibat..
ReplyDeleteaik.. da la valid sebulan je.
ReplyDeletexkan la kita nk pegi shopping situ hari2 kan?
x patut betul.
Bagi kaum kapitalis penghisap darah, itu bukannya satu penipuan tapi adalah strategi pemasaran.... Memang dasar kapitalis hanya tahu menghisap darah pembeli...
ReplyDeleteada juga macam tu..perdaya pelanggan dengan menipu...
ReplyDeleteenek juga yo wong kayak ngene
ReplyDeleteiso arek untung waey
orak mikiri perasaan customer..
thanks ujie sharing nang kene
mengko orak seng kenek apusi..
Mereka nak memancing pelangganlah tukan Ujie....bagus jugak kalau dpt jumpa manager dia tu...biar perkara sama tak berulang lagi....pergi website dia aje Ujie...komplen kat situ
ReplyDeletelama dah tak KKhome decor. ada sbb akak tak kesana lagi..kes menipu lah ni..
ReplyDeletexbole buat aduan ke kak??
ReplyDeletejahat sunguh lah niaga gitu...
ReplyDeleteBniaga klu tipu mmg xke mana..ingt dia sape nk tipu pengguna. .sgt x professional. Harap je perniagaan besar...
ReplyDeletecara yg licik memperdaya penguna...
ReplyDeletedah tak boleh rasa happy bila dapat voucher...sy pernah kena dgn Tesco...kalau xnk bg buat cara xnk bg...tak bikin orang marhah..
ReplyDeleteMemang bengang la kalau kena gini kan..
ReplyDeleteNampak sangat pihak diorang sengaja nak menipu dalam tak sedar kan
bengangg kanns makk., uHuu
ReplyDelete