Berhubung entri saya minggu lepas (punyalah lama nak sambung), saya dah pun buat aduan ke KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kpenggunaan) pada 21 Jun 2014. Tak perlu ke pejabat kementerian pun, cuma buat aduan secara online di e-aduan KPDNKK. Caranya :
Korang klik link INI. Gambar di atas adalah paparan utama.
Kemudian klik pada ruangan 'Aduan Baru'. Mulalah isi butiran yang diperlukan ya.
Ni kategori aduan, macam-macam boleh kita adu rupanya!
Selepas selesai mengisi borang ni, kita akan dapat e-mail 'Makluman Penerimaan Aduan' beserta nombor aduan kita. Sila simpan untuk rujukan dan semakan aduan. Macam saya, dah pun buat semakan sebentar tadi (klik pada ruangan sebelah 'Aduan Baru' tadi). Dinyatakan di situ yang aduan saya sedang dalam siasatan. Tak dinyatakan berapa lama, tapi saya pun faham bukan saya sorang je buat aduan kan. Saya berharap keputusan memihak kepada pengguna, tapi jika sebaliknya? Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha semampunya!
at least riko wes report perkara ni,
ReplyDeleteeh tak reti pulak nak ngomong jowo
lepas report ni harap adalah tindakan susulannya nanti
aku lagi orak reti kepriye arek ngomong jowo..hahahaa
DeleteEk eleh Tiha ni buat malu aje
ReplyDeleteNak kakak translate tak hihi..
Sebenarnya memang rakyat nak kena celik dan ambil tindakan macam Ujie ni.
haha kakzakie ni kelakar laa
Deletemboh kenopo yo nyong dhadi kelalen waei :D
Boleh buat aduan online, mudah skit.
ReplyDeleteBagus kak. At least aduan dah dibuat.
Semoga keputusannya berpihak kepada pengguna.
Kalau beli barang perlu bukti dengan resit tak ujie
ReplyDeleteKak, dalam prosedur aduan takde mintak resit. Tapi lebih elok ada sebagai bukti jika diminta.
DeleteMacam dlm kes sabun akak tu, saya cadangkan teruskan report (pd kementerian atau sykt terbabit) walaupun resit takde. Sbb akak ada bukti lain - besi tu. :)
Saya sokong cara itu, ia sangat berkesan. 5 tahun dulu saya pernah buat aduan mengenai bil telefon yg tak masuk akal dan akhirnya bukan saja tak perlu bayar, TM pula yang mengembalikan wang kepada saya yang kata mereka tersalah kira...
ReplyDeletemujur JR rajin g buat aduan kan..
DeleteGood Ujie..
ReplyDeletesalam ramadhan yo mbakyu ujie ., iHHkks
ReplyDeletesalam ramadhan yo wak... :D
Deletekalau bahagian atas isi alamat pengguna kemudian bahagian bawah pun sama lah ye?
ReplyDelete*alamat pengadu
DeleteTak sis..Bahagian atas sis isi alamat kita sbg pengadu. Bahagian bawah kat 'maklumat aduan' tu sis isi alamat sykt/premis yang sis tak puas ati/nak di adu.
Delete