Balik kampung kelmarin, saya ternampak pokok ni di rumah mak mertua.
Bunganya (yang dah layu) banyak bergantungan. Cantik tapi agak pelik rupanya.
Terus saya berminat membelek dan interview mak mertua pasal pokok ni.
Uniknya pokok ni, bunga dan daun yang baru akan tumbuh pada daun yang matang.
Nampaknya ia tumbuhan dari keluarga kaktus. Macam pokok naga (pitaya)...
Besar jugak saiz tiap kuntum ni. Cantik dan unik! |
Masa kembang ia akan ke atas, bila dah layu jadi bergantungan gini. |
Ni masa kembang. Saya tiada gambarnya. Gambar ni diambil dari SINI |
Bunga ni hanya kembang sekali sahaja pada waktu tengah malam, kemudian layu.
Baunya sangat wangi masa ia kembang...menurut pengalaman mak mertua saya.
Ada orang tak berani tanam sebab pokok ni dikatakan ada penunggu.
Tapi setakat ni mak mertua saya tak pernah alami kejadian pelik lagi.
Mungkin hanya terjadi pada yang terlalu percaya atau terlalu takut.
Pokok ni dikatakan ada khasiat, tapi tiada bukti saintifiklah.
Antaranya, air pada kelopak bunga yg berkembang tu boleh sembuhkan sakit mata.
Kalau nak tau cerita-cerita lanjut berkenaan pokok unik ni, korang boleh KLIK SINI.
p/s: Sebab ia unik, saya teringin nak tanam. Tapi ia perlu ruangan luas, jadinya tak sesuai untuk laman rumah saya ni. Teringin nak tengok ia berkembang dan mewangi.
macam misteri je pokok ni..hehe
ReplyDeleteUjie, bakawali nie mmg tumbuhan rare sy rs. Wow!
ReplyDeletebermisteri owh pokok ni...
ReplyDelete1st time melihatnya...sebelum ni hanya dengar dari mulut ke mulut.
ReplyDelete1st time tengok bunga ni...tak pernah tau sebelum ni..
ReplyDeletebakawali..teringat lagu elly mazlein dulu tu..hehe..
ReplyDeleterupanya lain lak bila kembang....
ReplyDeletefes time tengok pokok ni n baru tahu pasal mitos ni....
ujie..memang pernah dengar tapi tak pernah tengok sendiri bunga bakawali ni
ReplyDeletetengok dia bergantungan tu pun dah rasa seriau...
ReplyDeletemesti cantik bunga dia kan...
oh,inilah bakawali er...selalu dgr nama org dulu2 je bakawali neh..hehehe
ReplyDeletebakawali.. sembuhkan sakit mata? kalau yang rabun bole sembuhkan tak? tengah cari cara cane nk hilangkan rabun ni hah. huhuhu
ReplyDeletesory lama tak bw.. jiwa kacau :)
ohhh mcm ni bunga bakawali eh...lagu siti nordiana tu
ReplyDeleteOoo..ini rupanya bunga bakawali. Nak tanam guna anak pokok ke biji benih?
ReplyDeleteLYD:
ReplyDeleteGuna keratan batang..dia spesis kaktus.
Baru first tgk bunga bakawali....cantik.
ReplyDeletenmpk cntk bunga tue bila kembang..
ReplyDeletetetiba teringat lagu bunga bakawali yang nana nyanyi... huhu
ReplyDeletecantik :). tapi kampung mek mertua kak ujie kat ner yer?. first time saya tgk bunga bakawali :)
ReplyDeleteSURAYA:
ReplyDeletekat Batu Pahat, Johor.
Nk tengok yg real, bolehla dtg..^_^
Mcm mana nk tanam nya tu...?
ReplyDeleteKARUKORD:
ReplyDeletemertua saya kata, kerat dan tanam terus. senang je katanya.. tapi ia perlu tiang sokongan, jenis nak memanjat.
bakawali?x penah dgr n x penah jumpa sblm ni..ingatkan lagu bakawalli 2 saje2 je penulis lirik letak hahaha
ReplyDeletemmg nmpak misteri la
selalu dgr, tpi x pnah tengok sendiri..
ReplyDeletemenarik! :)
Askum..kalau sy nak anak dia atau benih atau keratan daun dia blh x..?sbb sy nak tanam kat umah sy,blh x..?kalau nk jual,sy sanggup beli..boleh..?kalau sudi nk juai,contact sy erk- 0139894573(shaiful).
ReplyDeleteSHAIFUL:
ReplyDeleteNanti saya tanya mertua dulu ya.. Tapi kena ambil kat Johor la. Sbb mertua kat sana.
Ooo,ok2..tapi kalau awk sibuk,xpe dululah.nnt ada masa,awk tanya la ya mertua awk..for info,sy tinggal di terengganu..
ReplyDeleteSHAIFUL:
ReplyDeleteBeberapa hari lalu dah contact awak, tapi takde reply.
utk sakit lutut tumit darah tinggi kncing manis kulit
ReplyDeleteUJI...
ReplyDeleteBOLEH SAYA BELI TAK KERATAN BATANG BUNGA BAKAWALI TU?SY DARI PONTIAN, JOHOR
alamak...tak pasti mak mertua ada tanam lagi ke tak. Entri ni tahun 2012. :)
Deletekalau ada, tak yah beli. Boleh dtg ambik di BP.