Hari ni nak cerita pasal sejenis tumbuhan yang telah menawan hati saya sejak pertama kali memandangnya di Taman Agro MARDI, Cameron Highlands beberapa tahun lalu. Sejak itu saya memasang angan untuk menjadikannya hiasan di laman rumah suatu hari nanti. Setakat ni tiada yang menjual, termasuklah pihak MARDI sendiri. Kalau ada, mesti mahal sebab ia tumbuhan yang jarang ditemui dan unik.
Jade Vine |
Nama tempatan: Jade Vine
Nama lain: Emerald Vine, Turqoise Jade Vine, Tayabak (Filipina)
Nama saintifik: Strongylodon macrobotrys
Famili: Fabaceae
Asal: Filipina
Ia merupakan sejenis tumbuhan liar di kawasan hutan hujan tropika di Filipina. Menariknya, walaupun saiz bunga ni agak besar tapi sebenarnya ia adalah jenis tumbuhan memanjat. Bayangkanlah bunga yang berwarna biru kehijauan ni bergantungan di taman laman rumah kita..memang cantik & menarik perhatian! (tapi saya takde taman di laman rumah pun, ni angan-angan akan datanglah).
Menurut seorang staf di situ, tumbuhan ini berbunga setelah 2 tahun mereka menanamnya. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari Wikipedia dan Melur.com.
memang cantik kak! akk minat tanam bunge tak? huh...ros sgt3 minat kak! kalo ade jual btau eyh?:P hihi:D
ReplyDeleteboleh buat ubat tak menda ni?ehe
ReplyDeleteCantiknye..1st time tgk ni..
ReplyDeletedarkrose: akak minat spesis tumbuhan tropika mcm heliconia, halia hutan. yg lain tu tak berapa suka.
ReplyDeleteh.j: nampaknya blm ada kajian saintifik lg lah..
lily: mmg cantik..geram tengok.