Tuesday, 16 August 2011

Baju Raya Patuh Syariah

Hari ini hari ke-16 kita berpuasa,
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba,
Pastinya baju raya sudah tersedia,
Atau masih mencari idea...

Bagi yang sudah membeli,
Mari kita semak baju yang dibeli,
Bagi yang masih mencari-cari,
Ini panduan anda semasa mencari.

Yang lelaki mudah saja,
Aurat anda antara pusat hingga ke lutut.
Yang perempuan harus tahu,
Aurat anda seluruh tubuh, kecuali muka dan tangan.

Bagi yang perempuan, ini ciri-ciri baju raya patuh syariah anda:
  1. Menutup Tubuh Yang Dikira Aurat. Pakai baju kurung elok dah..tapi nampak bayang kaki sebab tak pakai kain dalam, pun gagal patuh syariah.
  2. Tidak Nipis -kain yang mampu melindungi warna kulit anda. Kalau pakai baju jarang, tapi memakai inner yang melekap pada tubuh..pun tak patuh syariah sebab masih boleh nampak bentuk tubuh anda.
  3. Longgar -tidak menampakkan bentuk tubuh. Baju kebaya yang nampak segala lekuk tubuh tu tak patuh syariah ya! Kebarung (kebaya kurung) okey sebab longgar.
  4. Tiada Unsur Menunjuk-nunjuk - baju yang sarat dengan hiasan. Kalau orang tengok..terus kata anda pengantin / artis / mak datin.
 Cara semak kadar patuh syariah baju anda:
  • Berdiri depan cermin, tengok dari atas sampai bawah, bahagian depan & sisi. Ada nampak bentuk tubuh? nampak menunjuk-nunjuk? atau..
  • Minta suami atau ahli keluarga 'semak' baju anda. Ada bahagian yang jarang? Perhatian: yang tukang semak pun kena tau apa tu baju patuh syariah, kalau tak..yang tak lulus pun jadi lulus!

^__^ Jom kita semak baju kita! Belum beli? beli baju yang 'betul' ya!

10 comments:

  1. yang paling penting...bersederhana..hehe

    ReplyDelete
  2. tips yg berguna untuk semuanyer punnnnn!:) hehe:)

    ReplyDelete
  3. hehe,semak jangan tak semak..nice entri =)

    ReplyDelete
  4. op anaz: juga betul..

    darkrose: ya, semua termasuk lelaki. lelaki pun perlu didik isteri, adik-beradik prmpuan.

    jaya jr: tq, sekadar perkongsian ilmu dan peringatan bg diri yg selalu lalai.

    ReplyDelete
  5. Baju tak beli lagi ni...Boleh amik tips..Nice entri...Verry Good....
    :-)

    ReplyDelete
  6. enot: tq. saya pun blm beli..

    diana: bagus3x.

    ReplyDelete
  7. beli baju raya biarlah yg patuh dgn syariah ..sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
  8. baju raya pn ada patuh syariah..renung2kan..

    ReplyDelete
  9. rusydi: sebenarnya ni ciri2 pakaian yg menutup aurat. tu yg disebut 'patuh syariah'. ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****