▼

Thursday, 15 October 2026

Seketika di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun

Catatan hari Khamis, 17 September 2026.

Sebelum meninggalkan Dungun, kami singgah di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang bagi mengenali dengan lebih dekat haiwan yang menjadi ikon negeri Terengganu.

Pusat ini mula beroperasi pada tahun 1985 dengan pembiayaan penuh oleh kerajaan negeri Terengganu, manakala pengurusannya di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Pintu masuk yang menempatkan galeri pameran. Tiada bayaran dikenakan, hanya perlu catat butiran ringkas pada buku pelawat yang terletak di kaunter.

Ketika kami di sini, pelawat hanya dibenarkan melawat galeri pameran dan melihat penyu yang ada di kolam. 

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Ruang pameran yang sederhana luas, memadai bagi pelawat mendapat info umum berkenaan penyu. Bermula dengan sejarah penyu di Rantau Abang sehinggalah usaha-usaha konservasi yang dijalankan.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Saya teringin tengok anak penyu hidup, tapi bila tengok anak penyu dalam balang ni timbul rasa kasihan pulak. Pada hal anak penyu ini semuanya tentulah dah mati baru diletak dalam balang untuk tujuan pameran (pembelajaran).

Selesai membelek bahan pameran dan penerangan di galeri, kami ke sudut luar yang menempatkan kolam penyu.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Ada dua buah kolam saiz begini yang bercantum di tengah. Terdapat tiga atau empat ekor penyu di sini. Tak pasti penyu spesis apa, tak ada papan tanda penerangan. Kalau rujuk pada gambar spesis penyu, penyu yang ada di sini mungkin penyu agar atau penyu karah.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Semuanya aktif berenang ke sana ke sini.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Penyu nan seekor ni paling rajin ke sudut tepi kolam, lepas tu letak kepala di dinding kolam.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
Hai…comel tak saya posing gini? 😀

Boleh jadi leka tau bila kita memerhati pergerakan penyu-penyu ni. Seronok tengok.

Sumber poster : Fb Public Health Malaysia.
Antara rekod kehadiran penyu bertelur di pesisiran pantai Terengganu pada tahun ini.

Perkara yang kita patut tahu berkenaan penyu dan telur penyu - ia dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] serta Enakmen Penyu Terengganu. Menjadi satu kesalahan jika kita mengganggu, menangkap atau mengambil penyu dan telur penyu.


**********

Dari Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu kami menuju ke kedai jualan batik yang terletak di bangunan berhampiran. Lebih tepat, ia berada di kawasan sama tempat kami meletak kenderaan. Sebelum masuk kenderaan, kita singgah kedai batik.

Tengok Batik, Rantau Abang, Dungun
Nama kedai - Tengok Batik.

Tengok Batik, Rantau Abang, Dungun
Ruang niaga kecil tapi penuh dengan pelbagai produk batik dan cenderamata Terengganu. Selain kami, ada beberapa orang pengunjung perempuan sedang memilih kain bahan. Penjual atau mungkin pemilik kedai, seorang lelaki begitu ramah dan baik melayan pelanggan. Membuatkan kami rasa patut beli sesuatu di sini.

Tengok Batik, Rantau Abang, Dungun
Antara produk yang dijual. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.

Saya tertarik dengan kain batik printed siap berjahit dan ada kotak khas (foto atas, kiri). Harganya RM35/sehelai, saya beli tiga helai dengan harga RM90. Esoknya saya ke Pasar Payang, nampak kain batik yang serupa - harga sama RM35/sehelai. Tetapi jika beli tiga helai penjual beri RM100. Terus rasa syukur dapat beli dengan harga lebih jimat di Tengok Batik 😀







16 comments:

  1. Dana nak kene pergi jugak ke sini ni kak... menarik betul. Elok bersih penyu putih tu kak... pergi terengganu wajib beli batiknya cantik.

    ReplyDelete
  2. Kadang kita jadi tertarik nak beli bila penjualnya ramah dan berbudi bahasa elok kan...

    We missed this place masa hantar ke Ganu hari tu. Lagi pula emosi tak tenteram, mood tak happy. Sedih nak tinggalkan anak jauh² haha

    ReplyDelete
  3. Macam2 ada produk batik tu rambang mata tengok.

    ReplyDelete
  4. Jaman wak duduk tengganu pada awal tahun 80an dulu, masih ramai penyu yang naik bertelur kat pantai rantau abang ni.

    ReplyDelete
  5. Destinasi wajib kunjung kalau pergi ke kawasan tersebut. Tak pernah sampai lagi ke Pusat Konserverasi Penyu itu.

    ReplyDelete
  6. kak ana pernah sampai pusat konservasi penyu di Cherating dan Lumut , pelbagai spesis penyu ada kan.. Rantau Abang ni memang pusat dia lah kan... siap ada lagu lagi kisah Penyu di Rantau Abang..

    ReplyDelete
  7. dulu2 masa kecik kalau panas suka baring atas simen bawah katil...tapi penyu tu takkan panas kot, dia duduk berenang dalam air sokmo. Bakpenya kamu melekat kat dinding kolam tu penyu??

    ReplyDelete
  8. Tempat konservasi penyu tu dah cantik...masa saya belajar kat Dungun tahun 1994 dulu tak secantik sekarang la.

    ReplyDelete
  9. pernah tengok tempat penternakan penyu kat rantau abang. cuma tak ingat tempat yg sama jugak atau lain. dia ada satu je ke kat rantau abang? comel betul penyu tu!
    nasib baikla dah membeli batik kat Tengok Batik tu. jimat RM15. saya suka batik terengganu!

    ReplyDelete
  10. Beautiful photos of this captivating place! Thank you so much for sharing.

    ReplyDelete
  11. Jujurnay uncle tak pernah sampai sini... walupun banyak kali lalu rantau abang

    ReplyDelete
  12. Penyuu bestnyaa dpt
    Tgk
    Ciknur rasanya masa
    Sek penah kot
    Lawatan ke rantau Abang tgk penyu

    ReplyDelete
  13. Pusat konservasi macam ni budak-budak paling gembira kalau dapat pergi kan? Harapnya dapat singgah sini kalau dapat jejak ke Terengganu satu hari nanti. Alhamdulillah rezeki dapat membeli batik dengan harga yang murah. Suka tengok batik yang berwarna warni itu

    ReplyDelete
  14. Penyu itu dah biasa dengan orang hehe terus bebas berenang tiada malu-malu.
    Cantiklah corak batiknya. Syukur beli dapat murah.

    ReplyDelete
  15. SA x singgah pusat Konservasi penyu ni..comelnyaaaa anak penyu tu semua..geram tgok rasa nak picit...cantik baju2 batik tu..PZ yg banyak borong kat pasar payang hari tu....SA beli kaftan je..itupun x pakai2 lagi..hahaha

    ReplyDelete
  16. Pernah sampai sini dulu masa FD. Akak tak berani pegang penyu.tu.
    Rasa berbaloi bila dapat beli harga yang murah sikit.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****