▼

Tuesday, 13 October 2026

Sarapan Selera Terengganu di Bakatawa, Kuala Dungun

Selepas berjalan-jalan menikmati suasana pagi di tepi pantai, barulah kami menuju ke kedai makan untuk bersarapan.

Terdapat banyak pilihan kedai makan di sepanjang jalan. Ada beberapa kedai makan yang sempat saya ambil fotonya semasa sedang berjalan-jalan di tepi pantai tadi (deretan kedai terletak di seberang jalan kawasan pantai).

Nasi Dagang Che Su. Nampak perkataan nasi dagang je terus rasa lapar.

Kafe Buwa.

Bakatawa, Kuala Dungun, Terengganu
Bakatawa. Kami bersarapan di sini.

Ketika kami sampai di sini, cuma ada pilihan nasi kerabu dan nasi minyak. Walaupun tak banyak pilihan lauk, tapi semuanya nampak menyelerakan.

Lemak bakar
Lemak bakar yang membuat saya tergoda nak mencuba. Lemak bakar merupakan potongan lemak lembu yang diperap dengan bahan perapan, kemudian di bakar.

Nasi minyak Terengganu
Pilihan saya - nasi minyak dengan lauk lemak bakar dan ayam masak merah.

Nasi kerabu
Pilihan Encik Suami - nasi kerabu dengan lauk ikan rebus goreng dan ayam goreng.

Bakatawa, Kuala Dungun, Terengganu
Alhamdulillah semuanya sedap sesuai dengan selera kami. Lemak bakar tu buat saya teringat-ingat πŸ˜‹. Kos sarapan kami cuma RM24. Dahlah murah, sedap pulak tu.

Selesai bersarapan, ayuhlah kita berjalan kaki sejauh kira-kira 1.2 km untuk kembali ke penginapan di Ombak Beach Inn.

Tak terasa jauh pun bila kita berjalan kaki di tempat begini - menikmati ketenangan pagi sambil memerhati suasana sekitar. Ketika berjalan kaki inilah saya dapat melihat dengan lebih dekat deretan penginapan dan kedai makan juga kafe estetik yang ada di sini.

Saya rasa tak puas berada di sini, yelah memang sekejap je pun - kami tiba malam tadi dan pagi ini dah nak bergerak ke destinasi seterusnya. InsyaAllah ada rezeki saya akan kembali lagi.







18 comments:

  1. Sangatlah murah ye dua pinggan nasi dgn harga mcm tu. Tengok gambar last sekali tu pun dah boleh bayangkan ketenangan suasana di tepi pantai Terengganu 😊

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kenyang
    Bila sedapp puashati membayarnya kan
    Tergodaaa tgk nasi kerabu biru tu
    Bykk kedai2 makan menarik di Trengganu

    ReplyDelete
  3. Murah sungguh!
    Memang berat nak tinggalkan kawasan pantai/laut ni kan. .. seronok suasananya tu

    ReplyDelete
  4. Murahnyaaaa RM24. Meriah pinggan En Suami Ujie, rasanya kalau sy dan PI yg ada kat situ, pinggan Ujie tu la pinggan PI, heheheh. Kecur tengok lemak bakar dia tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki, dapat makan murah dan sedap.

    ReplyDelete
  6. Rindunya tengok pemandangan pantai tu... lama tak balik kg

    ReplyDelete
  7. mula berkunjung ke Dungun pd awal 1987 bila kak long kahwin dgn org sana. sehingga kini anak no3 plak ngaji di UiTM Dungun. Mmg x putus hubungan dgn Dungun esp area Sura tu..

    ReplyDelete
  8. Lemak bakar tu tak bagus untuk kesihatan... tapi uncle makan juga... hahaha

    ReplyDelete
  9. Lama tak jalan2 Ganu. Meriahnya nasi kerabu ada ikan dan ayam. Biasanya mesti mahal 2 lauk.

    ReplyDelete
  10. Bestnya briskwalk di pagi hari dengan pemandangan pantai. Lepas tu breakfast pula makanan tradisi Ganu. Memang win sungguh. Lemak bakar tuh menggoda sangatπŸ˜…

    ReplyDelete
  11. adoiiii.. menduga betul lemak tu la..

    ReplyDelete
  12. Adoii ni yg nak g ganu lagi ni sbb food semua murah² kan haha

    ReplyDelete
  13. Issshhhhh, saya drooling liat lauk lemak bakar πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Macam tak sabaaaaar menunggu Desember lah kak. Nak puas2 makan kuliner khas Terengganu nanti ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  14. Oh kat Kuala Dungun. Dulu saya kat UITM Dungun tu. Dah nampak lain sikit la.....tapi view pantai tu paling saya rindu...

    ReplyDelete
  15. kecur airliur kita tengok lemak bakar tu. saya suka makan nasi kerabu campur daging+lemak bakar!

    ReplyDelete
  16. Nasib baik sedap. Alhamdulillah memang kena datang lagi.

    ReplyDelete
  17. SA x habis lagi citer Terengganu ni, sibuk dengan kerja membataskan SA update blog...ntah bila nak habis ni...SA skrg craving nasi kerabu lemak bakar..sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
  18. Menarik juga nasi kerabu tambah ikan rebus goreng. Belum pernah cuba.
    Akak kalau gi Ganu mesti auto makan nasi dagang.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****