Kehidupan yang jauh dari kesibukan bandar dan dalam suasana alam semula jadi memberikan saya suatu pengalaman hidup yang unik. Siang dan malam bertemankan irama alam (bunyi serangga dan unggas) yang membuat saya rasa tenang dan damai. Kehijauan alam dan perbukitan batu kapur menjadi latar pemandangan.
Ia juga datang dengan pakej kehadiran hidupan liar - monyet yang memakan hasil tanaman, babi hutan yang menyodok tanah dan kemunculan pelbagai spesis ular.
Untuk makluman - semua foto ular dan burung di bawah saya rakam dari tingkap rumah yang berjaring, hasil foto jadi kurang jelas.
Ular hitam panjang berkilat badannya, kali pertama saya jumpa ular begini. Ia menjalar di kawasan rumput tepi bilik saya. Segera saya rakam foto dan video dari tingkap bilik dan maklumkan kepada Encik Suami untuk tindakan lanjut.
Kalau tak silap kiraan saya, ini merupakan ular keempat yang saya temui pada tahun ini. Jika ular saiz kecil dan bergerak menjauhi kawasan rumah, saya akan biarkan saja. Tapi jika berada hampir dengan rumah, terpaksalah buat tindakan demi keselamatan dan ketenangan hati.
Spesis burung raja udang (kingfisher) yang sering bertandang di laman rumah. Nampak sesuatu di paruhnya? Si raja udang sedang berusaha memakan seekor kumbang besar, dihempasnya pada polytank hitam - berhayun ke kanan dan ke kiri menghasilkan bunyi ketukan yang kuat.
Kemunculan semula burung pucung cina (chinese pond heron), spesis burung hijrah yang datang hanya pada bulan tertentu.
Bertepatan dengan pemerhatian dan catatan entri saya sebelum ini, ia muncul pada penghujung Oktober. Kehadirannya menandakan fasa peralihan monsun - keadaan di Perlis akan mengalami ribut petir, angin kencang dan hujan lebat berterusan sebelum memasuki musim angin timur yang sinonim dengan kurangnya taburan hujan atau kemarau panjang dan cuaca panas kering.
Allah Maha Hebat mengatur seluruh isi alam - burung pucung cina ini jauh berhijrah membawa diri dari musim sejuk di tempatnya (berkemungkinan dari negara China).
Kucing jalanan, saya beri nama Putih. Kucing jantan yang dulunya sering bergaduh dengan anak jantan saya - si Jojo yang telah pulang ke alam abadi. Sekarang rutin hariannya datang makan di rumah saya pada setiap pagi dan petang.
Kisah hidup si Putih agak menyedihkan - dari kucing rumah menjadi kucing jalanan. Si Putih kucing yang agak agresif dan sangat berhati-hati dengan manusia - mendesis dan menjauhkan diri. Setelah lebih kurang sebulan saya beri makan, barulah dia berani berada dekat dengan saya. Itu pun kerana mahukan wet food yang saya sajikan pada waktu petang 😄
Jika sebelum ini tangan saya ditepis bila cuba mengusap kepalanya, sekarang Putih diam rela diusap tetapi tak boleh lama - dia mendesis dan menjauh. Saya selalu bercakap dengan Putih supaya janganlah garang, sebab saya cuma nak tolong Putih - saya ingin bawa Putih ke klinik untuk grooming, rawatan dan pemandulan.
Ini pula kucing betina yang selalu berkawan dengan Jojo - dilihat berdua di jalanan. Saya panggil Tompok. Saya sangkakan si Tompok ni ada tuan sebab jarang-jarang datang ke rumah saya. Rupa-rupanya Tompok hanya tumpang menetap di rumah jiran yang berbaik hati memberi makan. Baru-baru ini jiran tersebut berpindah, si Tompok mula merayau ke rumah saya. Berebut makan dengan si Putih.
Saya ringkaskan cerita, kini Tompok dalam jagaan saya dan Encik Suami. Sudah divaksinkan dan semalam baru saja menjalani prosedur pemandulan, kini masih dalam jagaan pihak Klinik Haiwan Changlun.






kak ana pun sekarang ni suka berteman kan alam dan hidupan sekitarnya Ujie, mendamaikan jiwa juga lari dari kesibukan umat manusia dan kisahnya yang tak pernah habis.. :)
ReplyDeleteSetuju dengan kak Ana 👍
DeleteNampak bahaya je ular tu.... Risau pulak bila ada kucing2 tu
ReplyDeleteIya, kalau ada Jojo dulu memang dia buat main dengan ular. Risau!
Deletebetul2 flora n fauna ni. ngeri gak tgk ular tepi rumah ni.
ReplyDeleteMula-mula duduk sini dulu, memang menjerit bila nampak ular. Lama-lama dah biasa 😅
DeletePutih tu kisahnya macam si BK (Biru Kuning- odd eyed cat juga, mata biru & kuning) dekat rumah Sy. Ada tuan tapi tuan dah tak peduli sebab ada lagi yg disayang dan dia suka duduk di rumah Sy, ramai makwe haha...
ReplyDeleteSy kalau ular tak kisah kecik @ besar, sy takut.
Alahaii kesiannya si BK. Takpelah kan, lagi seronok dia duduk tempat ramai makwe 😆
DeleteSaya ni pun bukanlah tak takut, cuma sebab dah agak biasa jumpa yang kecik jadi kuranglah rasa takut tu. Cuma risau kalau spesis berbisa.
Saya Google, ular hitam tu mirip ular tedung hitam je. Spesies yg agak berbahaya dan berdendam. Mungkin sarangnya tak jauh dari situ. Semoga rumah akak terpelihara dari dimasuki binatang berbisa.
ReplyDeleteTak dapat kenal pasti dengan jelas sebab ular hitam tu gagal ditangkap. Menghilang entah ke mana.
DeleteTapi rupa dan saiznya tu memang seramlah, kalau betul tedung lagilah menakutkan!
bila tiba musim migrasi haiwan ni mmg betul kita dpt tgk perlbagai jenis haiwan yg tak selalu kita jumpa...
ReplyDeletewahhh dah ada geng baru... hai tompok!
Hehe...hai cik Anies - Mimi a.k.a. Tompok 😊
DeleteAlam kehidupan
ReplyDeleteFlora fauna mendamaikan lg bunyi kehidupan spt burung2
Tp kelibat ular menakutkan kita jga kan risauu tp jika x mengganggu abaikan
Alhamdulillah jiwa penyayang jga uji pd mahkluk Allah yg satu ini
Stray cat byk dimana mana kan
Sama kat luar dtg mkn tp x boleh sentuh.
Stray 2 ekor ibu dah takda entah kemana
Ciknur teringat ingat apa jd dgnnya huhuu
Sini memang banyak ular, yang tak ganggu tu saya abaikan. Jenuh pulak tiap kali nak cari dan bunuh/buang jauh.
DeleteBetul cikNur, adaaa je kucing-kucing jalanan yang baru. Tak tau datang dari mana.
Memang teringat-ingat bila kucing tu selalu ada tiba-tiba tak muncul. Tertanya apa khabarnya..
Alamak....mendebarkan betul bila nampak kelibat ular. Semoga Ujie dan keluarga sentiasa dilindungi Allah sokmo. Semoga ular itu berjaya ditangkap suatu hari nanti atau dia pergi masuk ke hutan tidak kembali. Suka tengok 2 ekor burung berlainan spesies yang singgah di kawasan rumah Ujie. Kesiannya Si Putih dari kucing belaan menjadi kucing jalanan. Sure agak berliku perjalanan hidupnya sebab udah biasa diberi makan dan dibelai tiba-tiba perlu survive sendiri. Lawa matanya ada 2 warna. Semoga dia dapat memahami yang Ujie mahu membantunya satu hari nanti. Adakah si Tompok akan joint the family?
ReplyDeleteYa KSarie, Tompok dah jadi anak angkat kami. Tukar nama Mimi 😀
DeleteMacam - macam hidupan ada. Dah lama tak tengok Burung Raja Udang.
ReplyDeleteKalau di bandar memang susah jumpa. Burung ni banyak di kawasan kebun/ladang.
DeleteBestnya area rumah Ujie...macam- macam ada ha..suami SA x pernah pi Perlis..ntah bila agaknya nak ke Perlis lagi...yeay dah ada pengganti..tompok jadi teman Ujie sekeluarga
ReplyDeleteIkutkan takmo ada kucing dalam masa terdekat, masih trauma dengan pemergian Jojo. Tapi dah budak ni tunggu makanan duduk je kat porch tu, jadi kesian pulak. Dahlah kucing betina, takut-takut bila ada kucing jantan garang.
DeleteSeramnya kak tengok ular hitam tu, kot masuk rumah naya lah. Moga si putih tu pun dapat akak jinakkan la ye. Kesian kucing yang dulu indoor lepas tuanya pindah di tinggalje kucingnya. Kesian mereka tiada tempat bergantung.
ReplyDeleteSi Putih tu yang dulu indoor. Si Tompok memang tak bertuan, jiran yang pindah tu cuma bagi makan. Kesian Tompok sebab betina tak pandai sangat cari makan.
DeleteKalau nampak si menjalar ni memang terus meremang bulu roma... serammmmm
ReplyDeleteHarapnya dia lalu lah sahaja, tak bagi salam depan pintu huhu
Pernah jugak 2x masuk rumah. Satu besar panjang, satu kecik. Jadi trauma bila tengok tempat tu, terbayang ular duduk situ.
Deleteseronoknya kak dah ada pengganti Jojo..saya dah 2 tahun menunggu kot2 ada stray cat yang dtg ke rumah blh jadi pengubat rindu
ReplyDeleteTapi Jojo tetap special sebab karektor dia dan kucing pertama 🥹
DeleteSemoga ada kucing yang datang ke rumah Afzan nanti ya.
Seramnya kalau tengok ular dekat-dekat.
ReplyDeleteMaknanya Puan Ujie bela si Tompok ya?
Seram dan sebenarnya lawa jugak rupa ular hitam berkilat 😄
DeleteYa Na, jadi anak angkat kami 😊
Ular hitam tu nampak seram kalau dah berada dekat dgn bilik tidur.. mmg kena buat tindakan untuk di halau... burung hijrah tu ada nampak kat area rumah sekali.. baru tahu pergerakan dia ada dgn monsun sekali..
ReplyDeleteMemang seronok kan bila di kelilingi alam flora dan fauna. Alaaa geli nya ular tu, menakutkan jugak
ReplyDelete