MENGOPI DI NGOPI, KANGAR
Kisah hari Isnin, 24 Ogos 2026 lalu. Saya bersama dua orang jiran keluar mengopi sekitar pukul 9 pagi, setelah suami/anak masing-masing pergi kerja/sekolah. Jiran saya, M yang memandu kenderaan. Jauh kami pergi mengopi di bandar Kangar yang terletak kira-kira 25 km dari tempat tinggal kami.
Hidangan kami bertiga. Sedap semuanya.
Seronok bila sesekali dapat mengopi begini, banyak hal kami bualkan. Rasa lebih bebas berbual bila sesama perempuan, tanpa suami/anak bersama π
Antara hal yang menjadi topik perbualan kami - kisah ketukan misteri di rumah mereka berdua. Akhir-akhir ini, heboh berkenaan ketukan misteri yang berlaku di sekitar Kedah dan Perlis. Terasa seram jugalah sebab saya selalu tinggal sendirian bila Encik Suami ada kerja di luar Perlis, saya perlu kuatkan diri serta memohon perlindungan Allah.
Tak lama pun kami duduk santai di sini, lebih kurang satu jam kemudian kami kembali ke rumah.
‘BRISK WALK’ PAGI
Kisah hari Khamis, 3 September 2026. Saya bersama tiga orang jiran keluar brisk walk pagi. Encik Suami tiada, ada urusan di KL. Bolehlah saya keluar rumah pukul 7.30 pagi, biasanya waktu begitu saya sedang sibuk siapkan sarapan dan makan bersama Encik Suami.
Suasana pagi nan indah.
Bila berjalan dengan jiran-jiran ni, saya betul-betul buat brisk walk (berjalan dengan cepat) sebab ikut rentak mereka. Kalau tidak, biasanya saya akan berjalan santai memerhati sekitar dan kerap berhenti memotret itu ini π
Seronok juga berjalan dalam kumpulan kecil begini, tak terasa kaki melangkah kira-kira 4.5 km pergi-balik sebab ada kawan yang rajin bercakap dan bergurau.
Selesai aktiviti brisk walk, kami tak terus balik rumah masing-masing. Jiran saya, S ajak makan di kedai. Kami berempat naik kereta pergi ke sebuah warung. Masing-masing memesan roti canai dan kami berkongsi makan potongan ayam goreng panas. Sambil makan, sambil berborak. Kadang-kadang jiran bercakap dialek tempatan yang saya tak faham, saya akan tanya semula π
InsyaAllah ada kesempatan, lain kali saya nak ikut mereka brisk walk lagi.


Testing... Hehe
ReplyDeleteπ
DeleteAlhamdulillah dah boleh up komen.
ReplyDeleteSeronok dapat keluar dgn kawan² perempuan, energy dan vibe tu lain. Risau betul bab ketukan misteri tu. Teringat cerita hantu susu zaman kita kanak² dulu
Cerita hantu susu, pernah dengar tapi tak pernah alami. Yang ni katanya orang nak test ilmu sesat.
Deletesalam perkenalan. datang briskwalk sini di petang hari
ReplyDeleteSalam kenal sis π
DeleteCiknur pun komen dah pg td tp asyik publishinggg
ReplyDeleteGeram pula
Kita geram berjemaah π
DeleteUntung la ada kawan briskwalk... tak la bosan sorang2
ReplyDeleteSaya suka jugak sorang, sebab suka tenang-tenang memerhati alam π
DeletePsstt briskwalk ngan kawan baru syiok kan... tp tp pas briskwalk dpt bkfs sesama pun lagi tmbh best kan π€£π€£
ReplyDeleteKita kasi seimbang π
DeleteBest la mengopi dan brisk walk dengan kawan. Boleh la menyembang banyak perkara sambil2 tu.
ReplyDeleteHehe...iye, macam tak habis topik dibincangkan π
Deletebest arrr ada kwn teman briskwalk...
ReplyDeletejgn nnt sedar2 dah smpi sempadan thai
hahahah
gurau je
Memang dekat je pun, tapi kalau jalan kaki jenuh jugaklah π
DeleteKetukan misteri?. Seramnya tu.....selalunya orang kata tak nampak orang pun kat luar selepas ketuk.....
ReplyDeleteDalam kes jiran ni, dua-dua tak berani jenguk luar sebab masa berlaku suami masing-masing tak ada di rumah. Ketuk kuat pulak tu, memang takut nak jenguk.
Deletetempat briswalk pun cantik kak, best la dpt geng jiran yg boleh lepak sama...
ReplyDeleteYa, Alhamdulillah π
DeleteSeronok brisk walk 4.5 km berteman jiran, berjalan pun tak terasa penat π Lepas tu pekena roti canai pula, memang seimbang antara sihat dan bahagia hehe.
ReplyDeleteHehe..iya, tak perasan dah jauh berjalan rupanya. Seimbang kan π
DeleteSeronok ada kawan boleh menyembang. Lagi-lagi semua perempuan. Saya sependapat dengan PH. Dulu zaman sekolah macam popular juga kejadian pintu kena ketuk, ada perempuan minta susu. Semoga Ujie baik-baik saja di rumah bila suami keluar daerah.
ReplyDeleteDari dulu ada je ya kes ketuk pintu ni. Tak pupus. Katanya pengamal ilmu hitam.
DeleteAir kopi & pastri nampak sedap.
ReplyDeleteBriskwalk berteman, sambil berborak memang melekakan. Tak sedar dah hit km.. Saya ada sesi #GossipApa5kmHarini.. Hihi.. Ia sesi briskwalk borak2, berdua saja dengan ibu kepada one of team mate netball anak. Sambil tunggu anak training, mak-mak isi masa dengan berjalan laju. Nama # saja gossip, tapi lebih kepada sharing aktiviti anak-anak dan perkongsian cerita kami je.
Wah..bagus tu Ily. Anak training, mak pun dapat bersosial secara sihat π
DeleteBerani Puan Ujie duduk rumah seorang. Kira macam me time.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada jiran yang boleh diajak berjalan laju.
Kena beranikan diri, lagi pun dah biasa berpuluh tahun ginilah. Tinggal sorang bila suami out station.
DeleteAda baca juga kisah ketukan misteri tu Kak Ujie. Risau betul kan kalau terjadi di tempat kita. Kita hanya mampu berdoa semoga semuanya baik-baik je.
ReplyDeleteSesekali mengopi bersama geng perempuan syok juga kan. Dapat juga berbrisk walk bersama. Kena laju sikit ikut pace dorang, tahu-tahu je dah jauh berjalan.
Hahaha...saya dapat rasa perasaan tu. Masa mula-mula dok Penang pun tak faham sangat loghat mereka. Cakap pun laju tak dapat nak tangkap. Kena tanya semula baru faham apa maksudnya.
Hehe..iya, mula-mula dulu susah betul nak tangkap. Lama-lama dah boleh tangkap, tapi kadang tak faham dengan jelas sebab ada perkataan yang tak pernah dengar π
DeleteWahhhh best nya slow life. Briskwalk dan mengopi dengan kawan-kawan sambil bertukar-tukar cerita. Ketukan misteri itu sudah tahu ke jawapannya siapa ke apa? Seram pula rasanya
ReplyDeleteKekal misteri π , jiran saya dua-dua tak berani jenguk sebab suami masing-masing takde di rumah masa tu. Tapi memang misteri sebab cara ketukan kuat, dah hampir lewat malam pulak tu.
DeleteSeronok ada teman berbriswalk ...Perlis banyak port sarapan yg best
ReplyDeleteHaha..sana sini warung. Memang banyak pilihan.
DeleteBestnya ada geng jiran yang sekepala macam ni! Sesekali 'me time' mengopi dan brisk walk sama-sama memang boleh tenangkan fikiran. Berjalan 4.5 km tu bukannya dekat, tapi bila berborak dengan kawan-kawan terus tak terasa penatnya.
ReplyDeleteRasa macam, eh sekejapnya π
DeleteBest laa dapat jiran yang muafakat.
ReplyDeletePerlis dialek diorang utara eh... lupa lah.. rasa dah lama tak cakap dengan kawan belah sana.
Memang sukaaa kalau bisa me time dengan teman seperti ini. Tanpa suami dan anak. Saat baca tulisan kakak, sayapun tengah staycation dengan travelmate saya. . Kamu batal ke Mongolia, kecewa memang. Akhirnya sebagai ganti kami habiskan waktu untuk wisata di Garut, Jawa Barat saja.
ReplyDeleteTerkadang kalau dah me time dengan teman yg 1 visi 1 misi nih, kita jadi terikut juga. Teman saya ini trainer di gym. Jadi kalau staycation dengan dia, saya terikut rajin nge gym π€£.
Aiiih seram yg ketuk2 tuh. Tapi manusia kah?
Beberapa plbulan lalu ada kejadian hampir sama di beberapa kota di Indonesia. Cuma kami merasa itu pengalihan isu pemerintah saja.
Sebab mereka nih tengah ditekan oleh rakyat sebab memang Dajjal sangat pemerintah yg kali ini.
Jadi di kota2 besar ada kejadian aneh, rumah2 diketuk kasar oleh orang yg pakai kostum pocong
Trus kalau berani buka, memang di rampok lah. Tapi tiba2 mendadak lenyap juga kak. Kan kliatan sangat pengalihan isu π
Subhanallah cantiknya langit. Di Kuantan pun ada kes ketuk pintu ni.
ReplyDeletebriskwalk ni kalau ada teman mmg tak terasa sngat penatnya tu..tau tau je dah jauh berjalan
ReplyDeletebaru seronok ada geng2 perempuan, boleh menyembang sakan. silap2 lepasni bukan sekadar cafe hunting je, tetiba tershopping sama2 pulak hehe
ReplyDelete