▼

Thursday, 3 September 2026

Masak Kheer Menggunakan Peket Segera Happy Home

Hujung minggu lalu, saya mencuba peket segera kheer pemberian Rizwana - jemaah Pakistan yang saya temui di Mekah. Sebelum tu, saya buat carian berkenaan kheer dan menonton video cara memasaknya. Sajalah nak tahu lebih lanjut kerana ini kali pertama saya akan memasak dan makan kheer.

Apa itu kheer?
Kheer merupakan sejenis hidangan manisan tradisional berasaskan beras dan susu yang popular di negara Asia Selatan - terutamanya di India dan Pakistan. Kheer diperisakan dengan rempah ratus antaranya buah pelaga dan safron.

Saya masak kheer guna peket segera jenama Happy Home, sangat mudah - cuma perlukan 1 liter susu segar. 

Kheer
Bahagian hadapan dan belakang kotak peket segera kheer.

Isi dalam peket segera.

Ikut saja panduan di belakang kotak.

Saya biarkan seketika sebelum dimakan. Boleh hiaskan dengan taburan kekacang dan kismis jika suka.

Apabila sejuk, terbentuk lapisan pekat di permukaannya. Tekstur kheer seperti bubur nasi yang halus dan agak pekat. Rasanya lemak, manis dan ada rasa rempah ratus. Bila makan terasa potongan kecil kekacang. Aromanya juga wangi.

Saya boleh makan tetapi kurang menikmati kerana kurang suka dengan rasa rempah ratus dan aroma wangi. Apa pun, ini merupakan suatu pengalaman yang menarik kerana saya dapat masak dan menikmati hidangan Pakistan di rumah sendiri - dari Karachi ke Perlis 😊

Semoga Allah mengurniakan kebaikan buat Rizwana yang telah bersusah payah membawa oleh-oleh dari Pakistan dan berkongsi dengan saya 🩵











23 comments:

  1. Linda pun tak suka sangat rempah ratus... Kalau sup yang guna rempah banyak pun, Linda tak berapa gemar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…iya, sup jernih rasa lebih menyegarkan.

      Delete
  2. Mcm bubur pekat tp lemak² ye... saya ni kalau yg pelik² mmg tkut nak cuba ..lagi satu tekak ni mcm ssh sket nak telan maknana² dr belah² sana 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenis suka mencuba 😀
      Cuma kalau tengah travel, tak berani cuba masakan pedas bimbang perut meragam.

      Delete
  3. Mudah nak menyediakannya pun. Kalau rasa rempah ratus macam bubur lambuk Johor tu okay lagi kan. Tapi kalau ada rasa manis tu macam kuranglah sikit. Rezeki juga dapat merasa makanan dari Pakistan dan nikmatinya di perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni berempah, manis dan aroma wangi. Susah sikit akak nak makan makanan bau wangi 😅

      Delete
  4. Begini rupanya ye. Sy tak pernah jumpa/cuba, tak reti nak komen hehe

    ReplyDelete
  5. Ooo dia berempah eh.. tak pernah jumpa atau makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa buah pelaga agak kuat, dan ada juga bahan rempah ratus lain.

      Delete
  6. Mudahlah nak masak, tinggal letak susu. Memang mengelirukan rasa dessert dari sana ni. Ia ada rasa rempah tapi manis, susah tekak orang kita nak terima. Ia kalau berempah, kita tak nak manis tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, kita tak biasa makan gini jadi susah nak terima.

      Delete
  7. Nampak sedap dan pekat kheer tu Ujie! Rezeki Ujie dapat merasa makanan tradisi Pakistan dari Rizwana. Walaupun rasa rempahnya kurang kena dengan selera, tapi pengalaman mencuba benda baharu tu memang menarik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dapat juga pengalaman menikmati hidangan dari Pakistan.

      Delete
  8. wahhhh
    jauh betul dessert ni datang...
    sy terbayangkan kalau ditaburi kacang pistachio
    kompem sedap niiii

    ReplyDelete
  9. Kalau Arab ada juga Ruz bil laban. Puding nasi manis letak bauan ros.

    ReplyDelete
  10. Aroma wangi itu daripada air ros ke? Memang rasa pelik.

    ReplyDelete
  11. KSarie pun tidak beberapa suka makanan yang rempah ratusnya terlalu wow. Boleh hendak makan tetapi kurang gemar begitu ye

    ReplyDelete
  12. Mungkin saya akan memyukainya kerana saya suka aroma rmpah buah pelaga yg mungkin ada dalam manjsan tu...hihihi
    Kalau bunur talbinah saya pernah masak...tap kheer i belum pernah cuba masak...

    ReplyDelete
  13. Oh saya sukaaaa puding beginiii. 😍😍. Pernah rasa waktu itu di salah satu event embassy India. Sedaap, walaupun memang wangi rempah kuat. Tapi Krn belum coba yg instan ini, tak bisa bilang dulu. Menarik juga kalau ada yg jual instannya kan. Tinggal tambah susu

    ReplyDelete
  14. Pernah makan dulu, ada kawan bagi masa merantau dulu. Kami suka, sedap juga,

    ReplyDelete
  15. dia dessert, tapi ada rasa rempah ratus ye? tak boleh imagine jap rasa dia.. teringin nak cuba

    ReplyDelete
  16. Kalau dari mata rabun saya yang baca entri ini guna handphone pula, nampak macam mushroom soup pun ada. Tapi ada rasa rempah, ya. Mungkin lebih sedap kalau dinikmati dengan roti bakar. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa hidangan dari Pakistan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****