Hujung minggu lalu, saya mencuba peket segera kheer pemberian Rizwana - jemaah Pakistan yang saya temui di Mekah. Sebelum tu, saya buat carian berkenaan kheer dan menonton video cara memasaknya. Sajalah nak tahu lebih lanjut kerana ini kali pertama saya akan memasak dan makan kheer.
Apa itu kheer?
Kheer merupakan sejenis hidangan manisan tradisional berasaskan beras dan susu yang popular di negara Asia Selatan - terutamanya di India dan Pakistan. Kheer diperisakan dengan rempah ratus antaranya buah pelaga dan safron.
Saya masak kheer guna peket segera jenama Happy Home, sangat mudah - cuma perlukan 1 liter susu segar.
Bahagian hadapan dan belakang kotak peket segera kheer.
Isi dalam peket segera.
Ikut saja panduan di belakang kotak.
Saya biarkan seketika sebelum dimakan. Boleh hiaskan dengan taburan kekacang dan kismis jika suka.
Apabila sejuk, terbentuk lapisan pekat di permukaannya. Tekstur kheer seperti bubur nasi yang halus dan agak pekat. Rasanya lemak, manis dan ada rasa rempah ratus. Bila makan terasa potongan kecil kekacang. Aromanya juga wangi.
Saya boleh makan tetapi kurang menikmati kerana kurang suka dengan rasa rempah ratus dan aroma wangi. Apa pun, ini merupakan suatu pengalaman yang menarik kerana saya dapat masak dan menikmati hidangan Pakistan di rumah sendiri - dari Karachi ke Perlis 😊
Semoga Allah mengurniakan kebaikan buat Rizwana yang telah bersusah payah membawa oleh-oleh dari Pakistan dan berkongsi dengan saya 🩵




Linda pun tak suka sangat rempah ratus... Kalau sup yang guna rempah banyak pun, Linda tak berapa gemar
ReplyDeleteHehe…iya, sup jernih rasa lebih menyegarkan.
DeleteMcm bubur pekat tp lemak² ye... saya ni kalau yg pelik² mmg tkut nak cuba ..lagi satu tekak ni mcm ssh sket nak telan maknana² dr belah² sana 😅
ReplyDeleteSaya jenis suka mencuba 😀
DeleteCuma kalau tengah travel, tak berani cuba masakan pedas bimbang perut meragam.
Mudah nak menyediakannya pun. Kalau rasa rempah ratus macam bubur lambuk Johor tu okay lagi kan. Tapi kalau ada rasa manis tu macam kuranglah sikit. Rezeki juga dapat merasa makanan dari Pakistan dan nikmatinya di perlis.
ReplyDeleteNi berempah, manis dan aroma wangi. Susah sikit akak nak makan makanan bau wangi 😅
DeleteBegini rupanya ye. Sy tak pernah jumpa/cuba, tak reti nak komen hehe
ReplyDeleteNi pun kira komenlah PH 😁
DeleteOoo dia berempah eh.. tak pernah jumpa atau makan.
ReplyDeleteRasa buah pelaga agak kuat, dan ada juga bahan rempah ratus lain.
DeleteMudahlah nak masak, tinggal letak susu. Memang mengelirukan rasa dessert dari sana ni. Ia ada rasa rempah tapi manis, susah tekak orang kita nak terima. Ia kalau berempah, kita tak nak manis tu kan.
ReplyDeleteHehe..iya, kita tak biasa makan gini jadi susah nak terima.
DeleteNampak sedap dan pekat kheer tu Ujie! Rezeki Ujie dapat merasa makanan tradisi Pakistan dari Rizwana. Walaupun rasa rempahnya kurang kena dengan selera, tapi pengalaman mencuba benda baharu tu memang menarik kan...
ReplyDeleteBetul, dapat juga pengalaman menikmati hidangan dari Pakistan.
Deletewahhhh
ReplyDeletejauh betul dessert ni datang...
sy terbayangkan kalau ditaburi kacang pistachio
kompem sedap niiii
Kalau Arab ada juga Ruz bil laban. Puding nasi manis letak bauan ros.
ReplyDeleteAroma wangi itu daripada air ros ke? Memang rasa pelik.
ReplyDeleteKSarie pun tidak beberapa suka makanan yang rempah ratusnya terlalu wow. Boleh hendak makan tetapi kurang gemar begitu ye
ReplyDeleteMungkin saya akan memyukainya kerana saya suka aroma rmpah buah pelaga yg mungkin ada dalam manjsan tu...hihihi
ReplyDeleteKalau bunur talbinah saya pernah masak...tap kheer i belum pernah cuba masak...
Oh saya sukaaaa puding beginiii. 😍😍. Pernah rasa waktu itu di salah satu event embassy India. Sedaap, walaupun memang wangi rempah kuat. Tapi Krn belum coba yg instan ini, tak bisa bilang dulu. Menarik juga kalau ada yg jual instannya kan. Tinggal tambah susu
ReplyDeletePernah makan dulu, ada kawan bagi masa merantau dulu. Kami suka, sedap juga,
ReplyDeletedia dessert, tapi ada rasa rempah ratus ye? tak boleh imagine jap rasa dia.. teringin nak cuba
ReplyDeleteKalau dari mata rabun saya yang baca entri ini guna handphone pula, nampak macam mushroom soup pun ada. Tapi ada rasa rempah, ya. Mungkin lebih sedap kalau dinikmati dengan roti bakar. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa hidangan dari Pakistan.
ReplyDelete