Petang semalam, saya terdengar sedikit kekecohan di luar rumah. Tak begitu kuat, tetapi ada bunyi yang asing. Saya tak ambil peduli sebab petang sebelumnya pun ada bunyi benda diketuk di luar rumah, bila diperiksa rupa-rupanya si burung raja udang sedang menghempas sesuatu di paruhnya. Kedudukannya di tepi kolam ikan puyu, entah anak ikan puyu yang dimakannya atau hidupan lain yang menjadi penghuni kolam poly tank.
Agak lama selepas itu, menerusi tingkap dapur saya ternampak seekor monyet sedang duduk bersandar di tiang lampu solar - sedang menikmati sesuatu di tangannya. Terus terfikir…terung aku! Saya pandang pokok terung yang terletak berhampiran. Sah!
Beberapa ekor monyet yang lain pula sedang sibuk makan buah nona yang masih muda berwarna hijau. Teringat pula beberapa pasang kasut yang sedang dijemur di luar. Alamak! Apa lagi, terjerit-jeritlah saya dari dalam rumah menghalau kumpulan monyet. Bila nampak monyet-monyet dah mula beredar, barulah saya berani keluar halau supaya lebih jauh lagi. Kalau dikira-kira, ada lebih 10 ekor monyet semuanya.
Beginilah rupa dua biji terung yang menjadi rezeki monyet…
Nampak macam kesan dipatahkan.
Tak cukup sebiji, makan lagi sebiji terung.
Pandai monyet ni makan, ambil isi je.
Buah terung ni masih kecil, belum cukup sesuai dituai. Hampir setiap hari saya belek, menunggu masa untuk menuai. Nampaknya hasil pokok terung kali ini bukan rezeki saya, tapi rezeki monyet.
Sepanjang menanam pokok terung, ini merupakan pengalaman pertama terung saya dimakan monyet. Syukurlah kumpulan monyet tadi hanya makan hasil tanaman, tak buat kerosakan lain atau ambil kasut saya.



Alahai, sayang sungguh terung tu. Tapi tak apa lah Ujie, sekurang-kurangnya monyet-monyet tu cuma ambil buah terung dengan nona je, kasut dan barangan lain kat luar rumah selamat..pandai dia pilih makan isi aje ye...
ReplyDeleteItulah...takpelah hilang terung, jangan hilang kasut π
Deletesedap manis gayanya terung tu licin dimakan monyet..pandai dia makan
ReplyDeletesekali dua mungkin boleh berlapang dada kan kak,kalau kerap sangat datang menyirap juga dengan monyet ni..mula la kita pula yang rasa tak selamat
Betul, kalau berkali-kali geram jadinya.
DeleteLicin dia kerjakan...letak belacan kak dekat kawasan tanaman tu...x tau la jadi ker tak...ada orang petua macam tu...
ReplyDeleteHa'ah pernah dengar petua tu π
DeleteBetul la tu G, blm ada rezeki lagi nak merasa terung tanaman sendiri.. insyallah lps ni mana tau hasil tuaian akan bertambah lebat
ReplyDeleteAlhamdulillah sebelum ni dah merasa banyak kali. Pokok terung ni pun dah tua, buah makin kurang.
DeleteAllah..Rezeki dia sis..In Shaa Allah nnt ada rezeki lain yg lebih byk..Amin =D
ReplyDeleteAamin..
DeletePandailah pulak dia korek isi aje ya. Mesti dia tataw, kulit terung pun sodap, hahaha. Kesian, Ujie. Hari² membelek tapi tiada rezeki. Tentu Allah swt dah janjikan rezeki yg lebih baik buatmu.
ReplyDeleteSaja je dia tu, campak kulit kat tanah buat kita geram π
DeleteAamin..
Alahaii monyet pun nak makan sihat juga ekk makan sayur.. geram pulakkk kita.. lepas ni cuba sarungkan terung tu kalau berbuah lagi...
ReplyDeleteKawan lain makan buan nona, dia boleh pulak minat terung π
DeletePandai pulak ek dia makan isi je. Bijak betul monyet ni. Risau dia kembali semula sebab dah tahu mana nak cari makan. Takut juga kalau dah satu kumpulan tu. Harapnya tak datang lagi lah kan. Tak ada rezeki untuk Kak Ujie makan, rezeki mereka lah dapat makan.
ReplyDeleteItulah...moga tak datang lagilah. Takut tengok banyak gitu.
DeleteWahh pandaii dia mkn terung
ReplyDeleteRezeki awak ye yet
Pasni harap dia tinggal
Sikit utk
Tuan tanam he hee
Hehe...harap monyet tu dengarlah nasihat CikNur ni.
DeleteSama kes dgn buah nenas sy baru2 ni PU... Hari2 belek, tunggu masa nak bagi matang tau2 hilang dari tangkai huhu... bukan rezeki kita la tu. Tapi kena hati2, once dia dah datang nanti datang lagi monyet ni. Sbb dia tahu ada benda yg boleh dimakan di situ
ReplyDeleteSenasiblah kita ya..huhu
DeleteHarapnya tak datang lagilah.
Alahai... nak marah tak boleh pulak sebab dah tertulis tu rezeki monyet bukan rezeki Kak Ujie kan. Tapi macam Pizzah cakap, risau jugak bila monyet2 dah tau kat situ ada pokok terung nanti dieorang akan datang lagi makan pokok2 tanaman yg lain pulak.
ReplyDeleteBetul, nak marah pun tak guna. Sabar jelah. Dan doa tak jadi lagi.
Deletepandai yer dia tak makan kulitnya..
ReplyDeletePadahal kulit terung taklah keras mana, tak mau pulak tu π
DeleteAduhai sayang nya.. dah la hasil pertama pulak tu... pandai dia makan isi jer .. kulit kelat tak nak makan pula huhuuu... insyallah ada ustaz kata kalau niat sedekah pd haiwan nanti ada la yg lebih dibalas oleh Allah.. :D
ReplyDeleteBukan hasil pertama ni Afif, Alhamdulillah dah banyak kali berbuah. Tapi ni kali pertama terung kena makan monyet.
DeleteIya..redha ajelah. Tu rezeki dia, bukan rezeki akak.
Nanti ada lagi tu hasilnya kak... mujur kasut akak tak jadi bahan larian mereka, di bawa ke hutan . Rumah dana kan tepi hutan simpan memang ada je monyet datang, nasib la rumah dana memang grill depan belakang dan sentiasa bertutup sebab pernah rumah jiran-jiran kene masuk monyet habis bersepah jadinya.
ReplyDeleteKasut akak pernah dibawa lari monyet masuk hutan, masa tu menginap di chalet tepi pantai. Tu yang jadi risau bila teringat jemuran kasut kat luar π
DeleteAlamak...sampai masuk rumah tu memang susahlah.
Alamak monyet itu sudah tahu tempat Ujie ada terung. Macam mana nanti hendak kawal supaya monyet tidak datang lagi.
ReplyDeleteSetakat ni saya tak buat apa-apa lagi sebab ni kejadian pertama monyet makan terung. Cuma lepas ni saya kena peka dengan apa-apa bunyi di luar.
DeletePandai monyet makan terung. Harapnya monyet tak akan datang lagi. Kalau idok kena fikirkan strategi menghalang monyet daripada menuai tanaman lain kelak. In sya Allah ada rezeki Ujie nanti ye
ReplyDeleteHaha..itulah. kalau jadi lagi, kenalah saya fikir strategi.
DeleteInsyaAllah moga makin lebat buahnya nanti.
Pandai pulak ye makan isi je kulit dibuangnya.
ReplyDeleteItulah..geli hati juga tengok.
Deletebaca perenggan pertama ingatkan nak cerita tentang ketukan misteri yang viral semenjak dua menjak ni..hehe. saya ada pengalaman dengan haiwan alah ni masa buka kebun dulu-dulu.. hari-hari duk datang `tolong` kutip hasil..
ReplyDeleteKalau bunyi ketukan tu jadi waktu malam, mau seram jugak π . Kebetulan jiran saya baru je kena - pintu rumah dia kena ketuk kuat waktu lewat malam.
DeleteAduhai...hilang sabar kalau hari-hari ambik hasil.
bole tahan byk juga monyet tu dtg menyerang ye...tkde rezeki terung dan buah nona kalini
ReplyDeleteAlamak... rezeki kera liar kali ni.
ReplyDeleteInsya-Allah, nanti pokok terung Ujie akan keluar buah banyak lagi untuk Ujie.
Sedekah untuk mereka kak ☺️. Kadang geram dengan monyet2 liar begini. Tapi sedih juga, karena ingat mereka sebenarnya lapar. Mungkin hutan tempat mereka tinggal tak ada lagi banyak makanan
ReplyDeleteMonyet ni memang pandai perisi makanan ...kali ni, rezeki monyet..insyaAllah lain kali, rezeki kak ujie pula
ReplyDeleteTak boleh bayangkan cemana monyet tu ambil kasut.
ReplyDelete