Thursday, 27 August 2026

Bukan Rezeki Saya, Tapi Rezeki…

Petang semalam, saya terdengar sedikit kekecohan di luar rumah. Tak begitu kuat, tetapi ada bunyi yang asing. Saya tak ambil peduli sebab petang sebelumnya pun ada bunyi benda diketuk di luar rumah, bila diperiksa rupa-rupanya si burung raja udang sedang menghempas sesuatu di paruhnya. Kedudukannya di tepi kolam ikan puyu, entah anak ikan puyu yang dimakannya atau hidupan lain yang menjadi penghuni kolam poly tank.

Agak lama selepas itu, menerusi tingkap dapur saya ternampak seekor monyet sedang duduk bersandar di tiang lampu solar - sedang menikmati sesuatu di tangannya. Terus terfikir…terung aku! Saya pandang pokok terung yang terletak berhampiran. Sah!

Beberapa ekor monyet yang lain pula sedang sibuk makan buah nona yang masih muda berwarna hijau. Teringat pula beberapa pasang kasut yang sedang dijemur di luar. Alamak! Apa lagi, terjerit-jeritlah saya dari dalam rumah menghalau kumpulan monyet. Bila nampak monyet-monyet dah mula beredar, barulah saya berani keluar halau supaya lebih jauh lagi. Kalau dikira-kira, ada lebih 10 ekor monyet semuanya.

Beginilah rupa dua biji terung yang menjadi rezeki monyet…

Nampak macam kesan dipatahkan.

Tak cukup sebiji, makan lagi sebiji terung.

Pandai monyet ni makan, ambil isi je. 

Buah terung ni masih kecil, belum cukup sesuai dituai. Hampir setiap hari saya belek, menunggu masa untuk menuai. Nampaknya hasil pokok terung kali ini bukan rezeki saya, tapi rezeki monyet.

Sepanjang menanam pokok terung, ini merupakan pengalaman pertama terung saya dimakan monyet. Syukurlah kumpulan monyet tadi hanya makan hasil tanaman, tak buat kerosakan lain atau ambil kasut saya.







41 comments:

  1. Alahai, sayang sungguh terung tu. Tapi tak apa lah Ujie, sekurang-kurangnya monyet-monyet tu cuma ambil buah terung dengan nona je, kasut dan barangan lain kat luar rumah selamat..pandai dia pilih makan isi aje ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...takpelah hilang terung, jangan hilang kasut πŸ˜…

      Delete
  2. sedap manis gayanya terung tu licin dimakan monyet..pandai dia makan
    sekali dua mungkin boleh berlapang dada kan kak,kalau kerap sangat datang menyirap juga dengan monyet ni..mula la kita pula yang rasa tak selamat

    ReplyDelete
  3. Licin dia kerjakan...letak belacan kak dekat kawasan tanaman tu...x tau la jadi ker tak...ada orang petua macam tu...

    ReplyDelete
  4. Betul la tu G, blm ada rezeki lagi nak merasa terung tanaman sendiri.. insyallah lps ni mana tau hasil tuaian akan bertambah lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sebelum ni dah merasa banyak kali. Pokok terung ni pun dah tua, buah makin kurang.

      Delete
  5. Allah..Rezeki dia sis..In Shaa Allah nnt ada rezeki lain yg lebih byk..Amin =D

    ReplyDelete
  6. Pandailah pulak dia korek isi aje ya. Mesti dia tataw, kulit terung pun sodap, hahaha. Kesian, Ujie. Hari² membelek tapi tiada rezeki. Tentu Allah swt dah janjikan rezeki yg lebih baik buatmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja je dia tu, campak kulit kat tanah buat kita geram πŸ˜„

      Aamin..

      Delete
  7. Alahaii monyet pun nak makan sihat juga ekk makan sayur.. geram pulakkk kita.. lepas ni cuba sarungkan terung tu kalau berbuah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan lain makan buan nona, dia boleh pulak minat terung πŸ˜„

      Delete
  8. Pandai pulak ek dia makan isi je. Bijak betul monyet ni. Risau dia kembali semula sebab dah tahu mana nak cari makan. Takut juga kalau dah satu kumpulan tu. Harapnya tak datang lagi lah kan. Tak ada rezeki untuk Kak Ujie makan, rezeki mereka lah dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...moga tak datang lagilah. Takut tengok banyak gitu.

      Delete
  9. Wahh pandaii dia mkn terung
    Rezeki awak ye yet
    Pasni harap dia tinggal
    Sikit utk
    Tuan tanam he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...harap monyet tu dengarlah nasihat CikNur ni.

      Delete
  10. Sama kes dgn buah nenas sy baru2 ni PU... Hari2 belek, tunggu masa nak bagi matang tau2 hilang dari tangkai huhu... bukan rezeki kita la tu. Tapi kena hati2, once dia dah datang nanti datang lagi monyet ni. Sbb dia tahu ada benda yg boleh dimakan di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasiblah kita ya..huhu
      Harapnya tak datang lagilah.

      Delete
  11. Alahai... nak marah tak boleh pulak sebab dah tertulis tu rezeki monyet bukan rezeki Kak Ujie kan. Tapi macam Pizzah cakap, risau jugak bila monyet2 dah tau kat situ ada pokok terung nanti dieorang akan datang lagi makan pokok2 tanaman yg lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak marah pun tak guna. Sabar jelah. Dan doa tak jadi lagi.

      Delete
  12. pandai yer dia tak makan kulitnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal kulit terung taklah keras mana, tak mau pulak tu πŸ˜„

      Delete
  13. Aduhai sayang nya.. dah la hasil pertama pulak tu... pandai dia makan isi jer .. kulit kelat tak nak makan pula huhuuu... insyallah ada ustaz kata kalau niat sedekah pd haiwan nanti ada la yg lebih dibalas oleh Allah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hasil pertama ni Afif, Alhamdulillah dah banyak kali berbuah. Tapi ni kali pertama terung kena makan monyet.

      Iya..redha ajelah. Tu rezeki dia, bukan rezeki akak.

      Delete
  14. Nanti ada lagi tu hasilnya kak... mujur kasut akak tak jadi bahan larian mereka, di bawa ke hutan . Rumah dana kan tepi hutan simpan memang ada je monyet datang, nasib la rumah dana memang grill depan belakang dan sentiasa bertutup sebab pernah rumah jiran-jiran kene masuk monyet habis bersepah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut akak pernah dibawa lari monyet masuk hutan, masa tu menginap di chalet tepi pantai. Tu yang jadi risau bila teringat jemuran kasut kat luar πŸ˜„

      Alamak...sampai masuk rumah tu memang susahlah.

      Delete
  15. Alamak monyet itu sudah tahu tempat Ujie ada terung. Macam mana nanti hendak kawal supaya monyet tidak datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya tak buat apa-apa lagi sebab ni kejadian pertama monyet makan terung. Cuma lepas ni saya kena peka dengan apa-apa bunyi di luar.

      Delete
  16. Pandai monyet makan terung. Harapnya monyet tak akan datang lagi. Kalau idok kena fikirkan strategi menghalang monyet daripada menuai tanaman lain kelak. In sya Allah ada rezeki Ujie nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..itulah. kalau jadi lagi, kenalah saya fikir strategi.

      InsyaAllah moga makin lebat buahnya nanti.

      Delete
  17. Pandai pulak ye makan isi je kulit dibuangnya.

    ReplyDelete
  18. baca perenggan pertama ingatkan nak cerita tentang ketukan misteri yang viral semenjak dua menjak ni..hehe. saya ada pengalaman dengan haiwan alah ni masa buka kebun dulu-dulu.. hari-hari duk datang `tolong` kutip hasil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bunyi ketukan tu jadi waktu malam, mau seram jugak πŸ˜…. Kebetulan jiran saya baru je kena - pintu rumah dia kena ketuk kuat waktu lewat malam.

      Aduhai...hilang sabar kalau hari-hari ambik hasil.

      Delete
  19. bole tahan byk juga monyet tu dtg menyerang ye...tkde rezeki terung dan buah nona kalini

    ReplyDelete
  20. Alamak... rezeki kera liar kali ni.
    Insya-Allah, nanti pokok terung Ujie akan keluar buah banyak lagi untuk Ujie.

    ReplyDelete
  21. Sedekah untuk mereka kak ☺️. Kadang geram dengan monyet2 liar begini. Tapi sedih juga, karena ingat mereka sebenarnya lapar. Mungkin hutan tempat mereka tinggal tak ada lagi banyak makanan

    ReplyDelete
  22. Monyet ni memang pandai perisi makanan ...kali ni, rezeki monyet..insyaAllah lain kali, rezeki kak ujie pula

    ReplyDelete
  23. Tak boleh bayangkan cemana monyet tu ambil kasut.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****