Peneman perjalanan jauh (Perlis - Johor - Perlis) baru-baru ini :
![]() |
| Pemberian blogger Fanny. |
Secret Garden hand cream - lemongrass & peppermint, segar aromanya dan selesa pada kulit. Tak rasa melekit, cepat meresap. Bila duduk lama dalam kenderaan dengan penghawa dingin, kulit jadi cepat kering jadi memang perlu guna hand cream.
Aromatic Cajuput Oil tu pula jadi peneman Encik Suami. Memandu seorang diri dalam tempoh lama, minyak ini membantu melegakan otot leher. Aromanya juga menyenangkan.
![]() |
| Buka Spotify di telefon, kemudian hubungkan ke kenderaan dengan Bluetooth. |
Perjalanan yang jauh memberi kami kesempatan untuk mendengar podcast bersiri - Sirah Impak Sosial oleh Ustaz Azlan Shah NK.
Ia tidak sekadar fokus pada penceritaan kisah hidup Nabi Muhammad SAW, tetapi turut mengaitkan peristiwa dengan pengajaran serta impak sosial terhadap kehidupan kita pada hari ini. Cara penyampaian yang menarik dan mudah difahami.
Selain di Spotify, siri Sirah Impak Sosial ini juga boleh diikuti menerusi YouTube. Setakat entri ini ditulis, siri Sirah Impak Sosial sudah pun tiba di Episod 41.


Memang berguna sangat hadiah yang diberikan oleh Fanny ni kan Kak Ujie? Saya punya hand cream bau bergamot (limau purut), macam losyen dekat hotel baunya. Minyak kayu putih tu selalu saya pakai untuk legakan sakit senggugut dan kalau batuk-batuk sapu di dada Insha Allah lega.
ReplyDeleteBerguna dan memang diperlukan 😀
DeleteLepas ni bila dah habis, kena beli lagi sebab banyak kegunaanya.
Sy belum guna hand cream pemberian Fanny ni. Tengah habiskan yg ada dulu.
ReplyDeleteOh boleh dengar ceramah juga di Spotify ye, Sy ingat lagu saja 😅
Hehe…kalau dulu mungkin lagu je. Sekarang ni macam-macam ada. Pilih je ikut kita nak dengar apa 😀
Deleteduduk dlm air-cond lama2, mmg kena ada cream utk melembapkan kulit...seronok isi waktu dgr ceramah yg best..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ada podcast ceramah yang best di Spotify, mudah nak dengar.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTerisi perkjalanan sambil mendengar sirah
Baguss
Kalau dengar lagu je kadang bosan juga bila dah lama-lama tu.
Deletepodcast yg bermanfaat, ada isi dan ilmu mmg seronok didengar lbh2 psl sirah nabi...
ReplyDeleteSirah Nabi ni walau dah pernah baca atau dengar, tapi tetap kena ulang dengar sebab dah lupa dan ada juga yang baru tau.
DeleteHand cream kena ada nak lembabkan kulit. Minyak terapi pun kena bawak bekalan travel.
ReplyDeleteDah kira keperluan la kan…😀
DeleteBermanfaat juga produk permintaan Fanny.
ReplyDeleteBaru tahu spotify ada siarkan podcast bersiri. Nanti saya hendak cari Sirah Impak Sosial di YT.
Best Spotify, ada macam-macam podcast. Lebih mudah nak dengar berbanding di YT asyiklah keluar iklan 😅
DeleteDah dengar. Ahaks banyak siri. Saya baru dengar pengenalan Sirah Impak Sosial. Hehe lambat nak kejar.
DeleteBest pakai losyen yang tak melekit dan bau wangi pulak tu kan. Bermanfaat sungguh hadiah pemberian Fanny. Terima kasih untuk perkongsian ni kak. Jalan jauh ni kena ada banyak penemannya kan supaya tak bosan dan masa terisi.
ReplyDeleteBetul, memang timbul rasa bosan bila lama sangat dalam perjalanan.
DeleteBagus jugak dapat layan berkenaan dengan Sirah dalam kereta, menambah ilmu sambil layan jalan raya
ReplyDeleteMemang berguna betul gandingan hand cream dengan minyak terapi tu, penyelamat keadaan bila kena duduk lama dalam kereta yang berpendingin hawa tinggi. Menarik sangat cara isi masa perjalanan jauh dengan dengar podcast sirah nabi macam ni, secara tak langsung perjalanan tak terasa bosan malah sarat dengan ilmu yang bermanfaat. Safe travel selalu untuk setiap perjalanan akan datang!
ReplyDeletesaya ada beli juga aromatic Cajuput Oil tu best..dah jadi peneman saya mengadap pc seharian
ReplyDeleteKalau habis nanti, akak pun nak membeli jugak. Ada agaknya kan di Shopee tu.
DeleteBestnya ada peneman perjalanan macam ni! Bila drive atau duduk lama dalam aircond kereta mmg wajib ada hand cream & minyak angin/cajuput. Kurang sikit rasa sengal leher. Btw, wangi bau lemongrass & peppermint tu menenangkan..kalau SA yang spu kat tengkuk ke confirm lelap
ReplyDeleteTakpe, kita duduk sebelah boleh lelap SA. Jangan driver yang lelap 😄
DeleteSaya punya aromatic cajuput oil yang Fanny bagi sudah habis. Memang sedap bau dia. Suka. Alhamdulillah. Dengar podcast dalam kereta, dapat juga ilmu.
ReplyDeleteBetul-betul berguna tu, cepat habisnya.
DeleteSuami dapat ilmu sepenuhnya, saya sebahagian je sebab kadang lelap 😅
Bagus kan di Spotify ada podcast boleh dengar ceramah Ugama.
ReplyDeleteKalau dulu-dulu tak ada, sekarang Alhamdulillah banyak pilihan.
DeleteBagus ni... Halwa telinga buat tenang jiwa...
ReplyDeleteBolehlah isi masa dan tambah ilmu 😀
DeleteAlhamdulillah kalau kakak suka 🤗🤗.
ReplyDeleteSaya jadi teringat papa waktu duluuuu kami sering road trip ke kampung papa. Pasti yg dipasang kaset ceramah ustad zainudin MZ. Dulu ustad ini memang terkenal lah di Indonesia. Dan papa suka dengar ceramah dia 😄.
Spotify sekarang banyak podcast yg bagus2. Tak hanya lagu, tp juga ceramah utk jiwa ❤️
Tiap kali pakai, teringat Fanny tau 😀
DeleteWah..bagus papa Fanny. Kenangan sungguh kan zaman ada kaset. Sekarang jadi barang antik 😁
Betul, ada bermacam podcast. Jadi kadang dengar lagu, kadang dengar podcast. Tak bosan.
Menariknya tajuk podcast itu. Alhamdulillah bermanfaat betul hadiah daripada Fanny ye
ReplyDeleteTopiknya berbeza berbanding biasa, bukan sekadar kisah sirah.
DeleteYa, sangatlah bermanfaat.
Akak ada letak hand cream saiz kecil dalam kereta sebab tangan cepat kering kena aircond. Sebelum ni letak dalam handbag, kadang tertinggal kat ofis atau kat rumah. Sekarang setiap tempat letak satu.
ReplyDelete