Sambungan entri Catatan Hujung Minggu | 24 - 25 Januari 2026
Mulanya saya dan Encik Suami bercadang nak menginap di bandar Kuala Kangsar, tapi hotel pilihan kami sudah pun penuh. Maklum jelah, dah dekat sampai Kuala Kangsar baru sibuk cari penginapan π
Jadinya saya buat carian penginapan lain. Hasil carian menemukan saya dengan sebuah penginapan yang menarik di Karai. Lokasinya jauh sedikit dari pusat bandar, iaitu kira-kira 8 km dari bandar Kuala Kangsar.
D’village Hotel & Villas menjadi pilihan kerana reka bentuknya yang menarik, kedudukannya berhadapan dengan tarikan pelancongan - Jambatan Victoria dan berada dalam suasana kehidupan kampung.
Tanpa membuat sebarang tempahan, kami terus saja ke D’village Hotel & Villas. Tiba di sini, staf kaunter maklumkan tempahan hanya boleh di buat menerusi laman web rasmi. Juga tiada tempahan melalui pihak ketiga seperti Agoda.
Agak mengejutkan, rupa-rupanya hanya kami berdua tetamu hotel yang mendaftar masuk pada hari ini π. Kami tak ada masalah, ini bukan pengalaman kali pertama menjadi satu-satunya tetamu di penginapan. Terjawablah persoalan saya - kenapa tak ada kenderaan lain di kawasan parkir hotel.
Bahagian hadapan hotel - menarik, kemas dan bersih. Menurut saya, tempat begini mungkin lebih sesuai dipanggil resort kerana reka bentuk dan suasananya.
Menarik susun atur dan dekorasi di ruang lobi. Tempayan sebagai pasu pokok dan gantungan bubu mewujudkan suasana seperti di kampung, rasa santai dan tenang.
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Papan tanda dan notis menggunakan loghat Perak π
Pintu jaring besi menuju ke bilik penginapan. Nak melepasi pintu ni kena guna kad akses. Rasa selamat walau hanya kami berdua menginap di sini.
Beginilah suasana kawasan penginapan jenis bilik. Cantik!
Selain deretan bilik begini, terdapat juga penginapan jenis vila iaitu rumah tradisional yang terletak di kawasan berhampiran (dalam Kampung Warisan Budaya).
Teruja saya memerhatikan tanaman hiasan di sini. Entah pokok bunga apa, cantik berseri.
Kawasan penginapan kemas dan bersih. Nampak macam baru dibina tapi sebenarnya tempat ini telah pun memulakan operasi sejak September 2019.
Kolam renang terletak di sudut belakang bilik penginapan.
Berhampiran kolam renang, terdapat sudut gimnasium.
Bilik penginapan kami no. 21.
Kami ambil bilik paling murah di sini, iaitu jenis Traditional Deluxe. Keluasan bilik dan tahap kebersihan memuaskan.
Penginapan di sini berkonsepkan tradisional - tilam nipis diletak atas pangking. Bolehlah merasa kembali seperti zaman dahulu, walau pun sebenarnya saya tak pernah merasa tidur di atas pangking. Dulu kami adik-beradik tidur atas tikar di lantai gitu je π
Menarik idea begini, cuma tak sesuai buat kami berdua. Dah biasa tidur tilam tebal, sesekali tidur tilam begini jadi tak selesa. Tidur malam asyik terjaga. Pusing kanan salah, pusing kiri salah, terlentang pun salah. Rasa sakit badan jugaklah esok siangnya π
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik. Air minuman kena ambil sendiri, mesin air ada disediakan berhampiran sudut gimnasium tadi. Kami minum air bekalan sendiri, biasa memang siap beli air mineral sebab selalu dapat botol air minuman rasa macam air kelapa yang tak sedap tu.
Sudut pandang dari dalam bilik menghadap pintu. Pintu kecil bercorak tu bilik air.
Bagus disediakan rak serba guna panjang begini, senang nak letak barang. Besi gantung pakaian pun cukup panjang, nak sidai tuala pun muat. Sejadah turut disediakan, tapi keperluan asas semuanya saya bawa sendiri.
Bilik air kurang selesa digunakan kerana tiada ventilation fan - udara terperangkap. Tingkap kecil tinggi pula ditutup rapat, mungkin atas alasan keselamatan dan mengelakkan serangga masuk.
Antara kelebihan menginap di hotel ini, ia terletak berhadapan dengan Jambatan Victoria dan bersebelahan aliran Sungai Perak. Foto di atas di ambil dari hadapan pintu hotel. Ketika ini sudah pun senja, waktu yang sesuai untuk menikmati keindahan senja dari Jambatan Victoria dan juga bersiar-siar di pesisiran Sungai Perak.
Foto suasana malam di kawasan bilik penginapan.
Lobi hotel gelap, tiada sesiapa di sini kecuali seorang pengawal lelaki bertugas di bilik pengawal berhampiran pintu pagar hotel. Selain kami, nampaknya ada seekor kucing hitam menemani kami. Suasana di sini sunyi dan kawasan sekitarnya gelap, maklum saja hotel ini dibina di kawasan luar bandar. Alhamdulillah malam berlalu tanpa sebarang masalah.
***
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pengalaman penginapan di D’village Hotel & Villas, Karai, Kuala Kangsar disebabkan penginapan bersih, layanan mesra staf dan suasana sekitar yang menarik - lokasi di kawasan kampung, berhampiran Jambatan Victoria yang unik dan aliran Sungai Perak.
Cuma kalau nak tidur lebih satu malam, mungkin kena fikir dua kali - disebabkan masalah tilam nipis dan bilik air tanpa ventilation fan (merujuk kepada penginapan kami di bilik no. 21, jenis Traditional Deluxe). Kadar harga bilik kami RM129.60 termasuk cukai perkhidmatan dan ada tambahan deposit sebanyak RM50 (dikembalikan selepas kira-kira seminggu mendaftar keluar).
Kalau ada bajet lebih kalian boleh pilih bilik jenis lain, tilamnya lebih tebal selesa. Pilihan jenis bilik dan vila boleh lihat di laman rasmi mereka di https://www.dvillagevb.com/
Update 14/2/2026 | Saya terlupa nak nyatakan, penginapan ini terletak berhampiran landasan kereta api. Maka sepanjang menginap di sini, kita akan kerap dengar bunyi kereta api lalu. Saya tiada masalah dengan bunyi tersebut kerana sekurang-kurangnya ada juga bunyi yang memecah kesunyian malam π


















Wah cantik bersih kemas hotel villa ni. Lokasi pun menarik. Tilam je nipis ya.
ReplyDeleteHa’ah, tilam jelah tak selesa tapi memang gitu konsep dia π
DeleteLamanya tak ke Kuala. Dulu ada opah suami. Bila dia dah meninggal tak ke sana dah. Menarik jugak bercuti tempat macam ni.
ReplyDeleteSesuai untuk orang yang suka tempat tenang dan klasik.
DeleteCantikk kemas bestt gak kan aman je
ReplyDeleteTp seramm kalu x ramai ni kan he hee
Mula-mula je ada rasa seram sikit, lepas tu saya ok menikmati ketenangan π
DeleteRare sungguh tidur atas tilam nipis. Tapi saiz bilik agak besar. Memang cantik tempatnya, macam resort.
ReplyDeleteItulah, saya tak sangka betul-betul nipis tilamnya π
DeleteCantik juga tempatnya ni cuma bila terpandang tilamnya terus saya rasa pun akan terjaga-jaga.
ReplyDeleteπ
DeleteBila umur dah 40an ke atas, dapat tilam nipis memang sakit badan bangun pagi esoknya π kalau saya pun memang tak boleh tidur lena macam tu. Lebih baik bayar mahal sikit tapi dapat tilam empuk hehe
ReplyDeleteYa, kalau nak datang bercuti eloklah ambik bilik lain. Kami singgah bermalam sekejap je sebab ada urusan kerja esok awal pagi, jadi pilih bilik paling murah jelah π
Deletekaaaaak, cantiiiiiik hotel iniiii ^o^....
ReplyDeletesaya lihat furniture nya yg di lobby langsung sukaaa lah., uniiik bentuknya...
dan melihat tilam tipis, bagi saya tak masalah, krn langsung ingat dengan futon di jepang... rata2 pun rumah di jepang masih banyak yg pakai futon untuk tidur, krn praktis kan...
saya sukaaaa tilam tipis, krn memang dah baguuus utk punggung kak... dulu papa saya tidur kasurnya dilapisi papan, jd punggung tidak kena ke kasur. sebab papa ada gangguang di punggungnya, tak boleh tidur di kasur yg empuk.
cuma kasur di rumah saya tak lah tipis, sebab suami mana mau tidur di kasur tipis hahahahaha...
jadi susah juga kalau nak stay di hotel ini.,.. saya senaaaang, tp suami tak senang ;p
btw, issh thankyou dah diingatkan foto di tulisan terbaru saya.. setelah saya cek, itu blm saya posting foto2nya, tapi ntah kenapa sudah saya publish hahahahahahaha... memang tak fokus lah
Wah..bagus Fanny masih boleh tidur tilam nipis tanpa sakit badan. Iya, ada sesetengah masalah kesihatan boleh diatasi dengan tidur di tilam nipis.
DeleteHehe..sama-sama. Patutlah akak rasa pelik baca entri Fanny tak macam biasa ada foto-foto menjelaskan.
Cantik betul tempat ni ... Tp ialah, umur² kita ni tak selesa dah nak tidur atas tilam nipis @ tikar, sakit belakang π€
ReplyDeleteZaman muda dulu bolehlah kan, memang biasa tidur gitu je atas lantai.
Deleteterkejut tengok tilam tu kak..haha
ReplyDeletetapi cantik tempat tu,kalau saya mesti dah overthinking kak bila tak ada guest lain
Hehe…dah beberapa kali kena gini, jadi dah lali. Kot ada apa-apa kita lari laa π
DeleteBab hotel SA rasa ok cuma x ok bab tilam tu kan..dah biasa badan kita ni tido di atas tilam tebal tiber dapat tilam nipis cenggitu...jenuh sakit badan...
ReplyDeleteHihi…itulah pasal. Satu malam bolehlah tahan lagi.
Deletecantik dan relakssss...
ReplyDeletesuka suasana macam ni...
bilik dan kawasan sekitar bersih
Ya…rasa rileks sangat. Pulak tu tak ada tetamu lain π
DeleteKak!!! cantiknya hotel ni... sukaaaaa sgt konsepnya... tapi tilam tu.. huhuhu.. nk nangis rasa
ReplyDeleteTakpe, boleh ambil bilik lain. Tambah duit jelah π
Deletememang cantik sangat tempat ni, patut dipanggil resort kan. rasanya ni dah kali kedua kot saya baca pengalaman kak ujie jadi the only guest kat rumah penginapan. last masa pergi camping kat area sungai mana entah, yg bilik air busuk tu haha.
ReplyDeleteya Allah terkejut tgok tilam tu. nipis benor hehe
Haha…iya, kat campsite. Sewa satu chalet dapat satu campsite. Tapi sebenarnya dah beberapa kali jadi the only guest, cuma masa tu belum ada blog nak menulis.
DeleteNipis sangat tilam tu... sakit sendi tulang!
ReplyDeleteTengok gambar je pun dah rasa sakit ya π
Deletecantik tmptnya...tilam nipis tu tk sakit blkng ke??
ReplyDeleteSakit π
DeleteCantik tempatnya dan persekitarannya. Molek harganya dalam kategori mampu milik. Masuk dalam wishlist. Berkenan sungguh tempat macam ni
ReplyDeleteIkutkan tu harga weekday, tapi masa kami ke sini ada promo flat rate dapatlah harga gitu pada weekend. Tapi memang ya, harga bilik-bilik dan vila di sini kategori mampu milik. Pendek kata berbaloi cuba menginap di sini.
DeletePersekitaran cantik tapi bila tinggal berdua je scary juga.
ReplyDeleteHehe…scary campur seronok jugalah sebab senyap je.
DeleteAlahai tidur atas pangking itu. Nampak sangat tilam nipis. Takpelah pengalaman kan?
ReplyDeleteTengok dalam bilik hotel itu bersih dan luas.
Hehe iya, tak cuba tak tau pulak kan π
DeletePenginapan sebelah landasan kereta api.. kalau ada anak kecil tu payah juga huhu.. deposit dipulangkan selepas seminggu huhuu.. kenapa tak bgi on the spot jer kan :D
ReplyDeleteSini cashless, apa-apa semua online termasuk masa bayar deposit. Jadi pulang pun lambat. Ni antara kekurangan hotel ni π
Delete