Sunday, 11 January 2026

Sizzle Eatery, Alor Setar

Catatan hari Sabtu, 3 Januari 2026.

Sejak menetap di negeri paling kecil di Malaysia, setiap kali nak servis kenderaan kami perlu ke negeri lain - sama ada ke Kedah atau Pulau Pinang. Sebabnya, tiada pusat servis di Perlis bagi jenama kenderaan yang kami pakai.

Sabtu minggu lepas, kami ke sebuah pusat servis kenderaan yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dalam perjalanan balik ke Perlis, kami singgah cari makan di Alor Setar, Kedah. Tekak teringin makan mi sizzling, jadinya saya buat carian di Google Maps - ‘sizzling sedap Alor Setar’. Muncul nama kedai ‘Sizzle Eatery Enterprise’, baca ulasan dan jomlah kita!

Sizzle Eatery terletak di tepi sebuah jalan besar, berhadapan dengan Masjid Nagore Alor Setar - sebuah masjid lama yang dibina oleh komuniti India Muslim dari Nagore, India. Dengan berpandukan aplikasi GPS, mudah je nak cari kedai ni.

Tiada ruang parkir di hadapan kedai, tetapi kita boleh parkir di lorong tepi kedai yang dikenali sebagai Laman Seni. Lorong ini merupakan jalan sehala, kita tak boleh masuk dari laluan depan kedai. Kita kena pusing bangunan dan masuk ikut laluan belakang. 

Sizzle Eatery, Alor Setar
Kenderaan kami parkir di sini. Sebelah kiri merupakan bangunan kedai dan sebelah kanan pula bangunan penjara lama. Lorong ini dikenali sebagai Laman Seni kerana terdapat seni lukisan mural di dinding bangunan kedai dan tembok penjara lama. Cantik dan menarik! Ketika kami tiba di sini, saya nampak beberapa orang sedang berfoto dengan latar mural.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Sizzle Eatery terletak di bangunan berhadapan jalan utama, kedai yang pertama. Tepi bangunan kedai terdapat lukisan mural Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tak ambil foto penuh mural sebab ada orang sedang berfoto di sini.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Papan tanda restoran Sizzle Eatery.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Meja makan di bahagian depan sudah dipenuhi pelanggan, kami duduk di sudut belakang. Tempat memasak dan kaunter bayaran di ruang paling belakang. Ruang makannya tidak begitu luas, tapi saya nampak di bahagian tepi ada anak tangga ke atas. Tak pasti jika ada ruang makan di bahagian atas.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Imbas kod QR di atas meja untuk melihat menu, kemudian tulis sendiri kod menu pada kertas order. Lepas tu pergi ke kaunter untuk serah kertas order dan buat bayaran.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Minuman saya - apple asam boi kurang manis dan minuman Encik Suami kopi O ais tanpa gula.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Kami berdua pilih menu sama - sizzling yee mi biasa.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Sedap rasanya, tak terlalu masin kuahnya. Tambah sedap bila dimakan bersama cili kicap.

Sizzle Eatery, Alor Setar
Sebelum beredar, saya beli dadih susu dan puding karamel untuk makan di rumah.

Kalau kalian berkunjung ke Alor Setar dan teringin nak menikmati hidangan sizzling, bolehlah cuba makan di Sizzle Eatery - restoran milik Melayu Muslim. Tempat makannya bersih selesa, layanan mesra dan rasa mi sizzling yang memuaskan selera. 


*******************************************

SIZZLE EATERY
34, Jalan Penjara Lama,
Pesisiran Tanjung Chali,
Alor Setar, Kedah.

Google Maps | Sizzle Eatery Enterprise

Waktu operasi :
Setiap hari | 12 tengah hari - 11 malam
Jumaat & Sabtu | 4 petang - 11 malam
Tutup hari Isnin







29 comments:

  1. Wow lukisan mural yang sangat indah sekali, cantik ..subahanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan..ada banyak lagi lukisan cantik di sini.

      Delete
  2. Nampak sedap tu. Makan pulak dengan cili potong fuhhh memang ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak cili kicap tu ada rasa pedas, jadi tambah sedap!

      Delete
  3. Cantiknya mural tu semua... Sy baru tahu ada Laman Seni belakang penjara lama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa balik Kedah, boleh PH bawa anak-anak bergambar di lorong ni.

      Delete
  4. Wahhh cantiknya mural tu.... kedainya pun memang nampak kemas dan cantik... makanan pun nampak sedap, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jumpa satu lagi kedai makan bagus πŸ˜€

      Delete
  5. Cantik- cantik muralnya...alamak Sizzling yee mee..fav SA gak ni...aduhai..kena la SA cari sizzling mee plak lepas ni

    ReplyDelete
  6. Selalu makan sizzling rasa masinnya kuat tapi bagus yang Puan Ujie cuba tidak terlalu masin kuahnya. Lama tidak makan sizzling, suka sebab ada cendawan shitakeπŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selalu kalau makan dapat yang masin sangat. Jadi tak sedap. Yang ni tak masin dan cendawan shitake tu pun dia letak banyak.

      Delete
  7. cantiknyaaa lorong seni! sllunya mesti ambik peluang ootd hehe.. waduhh waduhh sedapnyaa sizzlingggg lama x buat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada geng, seronok jugak bergambar. Ni dua-dua jenis kaku, tak seronoklah πŸ˜„

      Amboi…tu dia orang hebat bersilat di dapur, semua dia buat sendiri ya πŸ˜€

      Delete
  8. Terliurnya tengok sizzling yee mee tu. Gambar No. 2 dari atas tu sebijik lukisan walaupun ambik gambar kan....keseluruhan macam lukisan (walau belah kiri tu memang lukisan la).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya, lukisan mural tu nampak hidup jadi keseluruhan gambar nampak macam lukisan πŸ˜€

      Delete
    2. Ya Ujie....keseluruhan tu dah macam lukisan pulak saya tengok. Cantik....saya suka gambar Ujie No. 2 ni.

      Delete
  9. Saya baru perasan Ujie tukar template. Warna lembut dan tersusun. Tiba-tiba saya pun terasa macam nak tukar template. Hehe..
    Sama dengan kedai sizzling tu. Nampak kemas saja kedainya. Sizzling yee mi, lama tak makan. Cantik lukisan mural. Nampak hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…terima kasih. Saya tukar sempena tahun baru. Bosan pulak tengok rupa yang sama πŸ˜„

      Ada banyak lagi lukisan mural kat sini, cantik dan nampak hidup. Entah siapa pelukisnya.

      Delete
  10. rasa mcm nak mkn sizzling lps balik nnt hehehe
    laparrrrr

    ReplyDelete
  11. Cantik mural tu. Sizzling yee mee tu nampak sedap.

    Soft and sweet template baru Ujie.

    ReplyDelete
  12. Cantik cantik mural di lama seni ni.. insyallah kalau ke utara raya nanti boleh la singgah ke sini..

    ReplyDelete
  13. Saya suka kalau rasa tak Masin sangat. Beberapa kali makan mi sizzling, rasa asinnya agak kuat.

    Apple asam boi tuuuuuh, langsung drooling saya kak 🀀🀀🀀. Pasti sedap dan segaaar sangat . Saya terakhir ke Kedah itu saat masih kuliah di Penang. Ikut teman balik kampung dia πŸ˜‚.

    ReplyDelete
  14. Skrg ni kat kuching mmg susah nk jumpa sizzling sedap yg menepati citarasa... cantik la vibe kt sini.. tambah lg sizzling yg cukup rasa mst layan.. kalau en husband sy tu mmg dia akn cari mushroom dulu kalau order sizzling mee

    ReplyDelete
  15. perlis ni yg orang selalu kata ada 8 orang tu kan? hehe gurau2. walaupun susah sikit nak servis kereta, tapi perlis tenang.

    wahh sedapnya yee mee sizzling. saya suka bila dia letak cendawan shitake jugak

    ReplyDelete
  16. dadih susu tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  17. macam real ya mural masjid tu..sha belum pernah lagi ke perlis..kalau ada rezeki nak jalan2 perlis kata orang perlis negeri yang tenang dan damai..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****