Catatan hari Sabtu, 17 Januari 2026.
Buat kali pertama, saya dan Encik Suami naik Menara Alor Setar yang merupakan salah satu mercu tanda bagi ibu negeri Kedah. Selalunya lalu gitu je kan, kali ini ada kesempatan bolehlah kami menikmati suasana malam bandar raya Alor Setar pada ketinggian 105 meter.
Info ringkas Menara Alor Setar :
- Menara telekomunikasi berketinggian 165.5 meter.
- Turut berfungsi sebagai tarikan pelancongan.
- Reka bentuk inspirasi serumpun padi yang diikat - bersesuaian dengan Kedah yang dikenali sebagai negeri jelapang padi.
- Telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1997.
Rakaman foto pada pukul 8.25 malam. Menara Alor Setar berdiri megah dan indah dengan limpahan cahaya yang bertukar warna. Suasana di bahagian bawah menara ini meriah dengan pengunjung - terdapat sebuah taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak di sini.
Keratan rentas menegak yang menunjukkan struktur menara serta pembahagian antara tingkat menara. Sewaktu kunjungan kami - nampaknya tiada kedai cenderamata di TH01 Observation Deck, restoran di TH02 pula hanya untuk tempahan acara dan Open Deck di TH04 kini dikenali sebagai Star View.
Harga tiket kadar hujung minggu bagi warganegara :
Observation Deck | Dewasa - RM8, Kanak-kanak & Warga Emas - RM6
Star View | Dewasa - RM26, Kanak-kanak & Warga Emas - RM18
*kalau hari biasa, jimat RM1 daripada harga tertera di atas.
Kami beli tiket untuk naik ke bahagian atas sekali iaitu Star View - harga tiket termasuk untuk ke Observation Deck. Sebelum naik lif, terdapat photo booth dengan latar tulisan Menara Alor Setar. Ada petugas akan memotret foto pengunjung secara percuma, tapi kalau nak fotonya kena bayarlah ya. Kami menolak dengan baik dan terus saja masuk lif menuju ke TH03.
Terasa gayat juga naik lif dengan dinding kaca boleh nampak luar 😅. Sampai di TH03 Mega View yang berada pada ketinggian 100 meter, ada petugas periksa tiket. Dari situ kami perlu naik lif kecil untuk ke TH04 Star View.
Begini rupa lif kecil, tak boleh sandar di dinding sebab yang bergerak cuma lantai dan satu bahagian yang ada pemegang tangan dan butang lif. Ada sedikit rasa takut bila lif ini bergerak, mujurlah tak lama - setakat naik 5 meter.
Star View.
Sebaik kaki melangkah ke luar (bahagian terbuka), terasa angin sejuk bertiup agak kuat. Jadi berkibaran tudung saya. Suasana di atas ni tenang saja, tak ramai pengunjung jadi saya dapat lebih menikmati suasana.
Di suatu sudut, kelihatan pasangan muda sedang menikmati hidangan di meja yang dihias indah. Perlu buat tempahan awal kalau nak merasa pengalaman begini.
PELANTAR STAR VIEW | Pelantar pemandangan terbuka dengan lantai kaca yang dikenali sebagai Star View merupakan tarikan utama di sini. Ia dibuka kepada pengunjung bermula pada Julai 2020. Terdapat dua pelantar Star View - menghadap arah utara dan selatan bandar raya Alor Setar.
Mula-mula saya nampak keluarga dengan anak kecil, mereka hanya duduk berfoto di atas lantai kaca. Kemudian naik pula keluarga dengan beberapa orang anak remaja, mereka semua nampak santai berdiri di atas lantai kaca sehingga ke sudut hujung. Jadi saya fikir, oklah saya pun tentu tak ada masalah nak naik Star View ni. Yakin sungguh kan 🤭
Sementara menunggu giliran, saya memotret pemandangan bandar raya Alor Setar pada ketinggian 105 meter. Encik Suami pula sibuk menggunakan teropong yang dibawanya sendiri. Seronok juga dapat menyaksikan keindahan bangunan bercahaya dan jalan raya dari kedudukan tinggi begini.
Tibalah giliran kami untuk naik pelantar Star View…
Beginilah rupa pelantar Star View. Menerusi lantai kaca, saya dapat melihat pemandangan 105 meter nun di bawah sana. Ya Allah…gayat!
Nampaknya, setakat ini saja tahap keberanian saya 🤭. Memandangkan tiada pengunjung lain menunggu, jadi kami ada lebih masa untuk terus mencuba. Tapi tetap jua kaki saya tak mampu melangkah sehingga ke sudut hujung pelantar. Perasaan gayat boleh dilawan, tapi pemikiran “Eh, kukuh ke tak lantai kaca ni ek..” sukar dibuang 😆
Encik Suami pula, cuma lebih berani sedikit saja berbanding saya - jejak jugalah lantai kaca bahagian hujung tu. Alasannya, angin kuat jadi rasa kurang berani nak berdiri di hujung sana 😄
Info lantai kaca Star View | Pengunjung tidak perlu bimbang kerana Star View dibina daripada tiga lapisan kaca kukuh dengan ketebalan 12.5 mililiter (ml) setiap satu serta mampu menampung berat sebanyak 1,200 kilogram (kg), malah ia mampu menahan kelajuan angin 140 kilometer per jam. - Sumber : hmetro.com.my
OBSERVATION DECK | Selesai menikmati suasana di Star View, kami turun ke Observation Deck yang terletak pada ketinggian 88 meter. Terdapat teropong (binocular) di sudut tertentu yang boleh digunakan secara percuma. Kami berdua mencuba beberapa buah teropong, tapi tak nampak apa pun. Entah agaknya kami yang tak pandai gunakan teropong tersebut.
Kami turun dari Menara Alor Setar pada pukul 9.30 malam, iaitu 30 minit sebelum waktu operasi tamat. Dari menara, kami ke Aman Central yang terletak di seberang jalan - nak mengopi dulu sebelum balik hotel.
Video pendek sekitar kunjungan kami ke Menara Alor Setar.













Cantik macam bentuk tabung masa kecik dapat dari tabung haji tu.
ReplyDeleteHa’ah…yelah Cie, macam bentuk tabung TH lah 😀
DeleteSekarang ini angin memang kuat bertiup. Hehe sayapun tidak pasti kalau boleh jalan atas lantai kaca. Mungkin kena tutup mata.
ReplyDeleteTengok pemandangan pada waktu malam memang cantik.
Logik jugak tu NA, bila tutup mata taklah rasa gayat sebab tak nampak apa 😂
DeleteHahahaha... Sama lah kita tak berani kot nak jejak sampai hujung tu hahaha.. gayat oooo... Kalu pergi smpai hujung mau merangkak nak kembali semula hahahaa..
ReplyDeleteKalau merangkak ok lagi, buatnya cuma mampu mengesot je…lagi haru 🤣
DeleteCantik view dari atas menara ... Bandar Alor Setar masih lagi aman dan tenteram tanpa byk bgunan tinggi.. ☺️👍🏻
ReplyDeleteHehe…iya, walaupun status bandar raya. Akak suka gini.
DeleteWah...cantik pemandangan waktu malam dari Menara Alor Setar tu ye...kena msukkan dalam wishlist ni...boleh try jenjalan sini plak....
ReplyDeleteMalam cantik sebab ada cahaya lampu, kalau siang katanya cantik sebab boleh nampak sawah padi.
DeleteKalu ciknur comfirm tak berani he he
ReplyDeleteBelum sampai, dah confirm sesiap ya cikNur 😆
Deleteyang tengok ni pun dah meremang tapak kaki...nak2 saya ni jenis overthinking
ReplyDeletetapi cantik kak pemandangan malam
Tapi kalau dak Pia rasanya berani je ni kan 😀
Deletecantiknya kak.... tapi itulah kalau dah takut tak boleh nak di paksa-paksa kan... ada masa nanti boleh datang lagi kan
ReplyDeleteGayat…cukuplah datang sekali 😅
DeleteSy belum ada kesempatan naik Menara AS ni. Entah berani entahkan tidak nak berdiri atas lantai kaca tu
ReplyDeleteBelum cuba belum tau kan PH 😁
DeleteEeeeeee... kalau uncle takde la nak berdiri atas kaca tu... No thank you...
ReplyDeleteUjie kira berani dah tu
Saya beranikan diri je tu 😆
DeleteAlaaa Ujie, gayat lah tapi cantiknya view malam.
ReplyDeleteKecut perut saya pandang bawah tu tau 😄
DeleteKita pulak yg berdebar2 tengok Ujie berdiri atas tu.
ReplyDeleteTak naik pun boleh rasa jugak ya SK 😁
Deleteeeeee beraninyaaaaaa kaak ujie! ana ni wlupun usia mcm mudaaa tp lutut ketaaarrr lebih pd org dewasaaaaa kalo nak kena berdiri kat ats lantai kaca camtu! ehehe
ReplyDeleteBeranikan diri je tu 😄
DeleteUntuk ukuran menara, sebenarnya ini rendah yaaa. Saya ingat menara komtar di Penang, 249 meter. Saat naik ke sky bridge nya, memang pening, tp saya sukaaaaa 🤣😄😄😄. Saya nih obsessed sangat dengan tempat2 tinggi memang. Kalau dah lihat tempat tinggi begini, pasti langsung membayangkan seandainya bisa terbang, atau bungee jumping dr atas 🤣😍.
ReplyDeletePatutlah suka tempat tinggi, Fanny memang jenis tak gayat 😄
Deletegayatnya tengok. huwaaaa. tapi lawa view
ReplyDeleteRamai geng gayat rupanya ya 😄
DeleteTak boleh....gayatttt. Tak mungkin la saya berdiri kat kaca tu.
ReplyDeleteKena cuba, mana tau tiba-tiba Ezna tak gayat pulak 😁
DeleteCantik sungguh pemandangan bandar Alor Star dari menara. Saya pun gayat juga. Tapi dah alang-alang naik ke situ kena la cuba jaya juga berdiri di kaca itu ye
ReplyDeleteHaha..iya, dah bayar tiket kan..rugi pulak tak mencuba 😄
Delete