Friday, 23 January 2026

بوڠا تروڠ

Boleh baca tajuk entri dalam tulisan Jawi di atas? Saya buat tajuk tulisan Jawi supaya bolehlah kita sama-sama belajar menulis dan membaca tulisan Jawi walaupun cuma dua patah perkataan. Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan, maka penguasaan tulisan Jawi yang merupakan identiti bangsa Melayu kian menghilang.

Berbalik kepada tajuk entri. Pada 2 November 2025, Encik Suami semai empat biji benih pokok terung. Hasilnya, hanya dua biji benih saja tumbuh dan membesar. Bab penjagaan pokok pula menjadi tugas saya - siram, baja dan semburan racun serangga organik.

Bunga terung
19 Januari 2026 - kemunculan tunas bunga terung yang pertama. Alhamdulillah! Seronok dan teruja walau cuma tunas bunga je, bukan buahnya pun. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya menanam pokok terung 😄

Encik Suami kata, sebaik saja keluar bunga kita kena buang daun besar di bahagian bawah pokok - bertujuan supaya nutrisi fokus kepada buah. 

Bunga terung
Esoknya, muncul sekuntum bunga berwarna ungu. Cantik!

Bunga terung
Kuntum bunga terung yang menjadi harapan - moga tak gugur dan jadi buah terung pertama.

Bunga terung
23 Januari 2026 - Alhamdulillah muncul lebih banyak bunga terung di kedua-dua pokok. Saya tak asingkan pokok yang tumbuh selepas disemai, jadinya ada dua pokok terung dalam satu bekas tanaman. Kalau dapat asingkan lebih bagus - supaya cukup ruang dan nutrisi bagi setiap pokok.

Pokok terung
Beginilah rupa pokok terung saya. Rakaman foto pagi tadi.

Semoga Allah kurniakan rezeki untuk saya merasa terung tanam sendiri. Saya tanam terung bukanlah sebab nak berjimat sangat (ahli keluarga cuma berdua), tapi lebih kepada nak mengisi hidup dengan pengalaman baharu dan kepuasan menikmati hasil tanam sendiri.

Ada yang pernah tanam pokok terung? Mudah saja atau susah keluar hasilnya ya?







38 comments:

  1. Alhamdulillah menjadi keluar bunga terung. Harap dapat tuai hasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aamin. Ni baru keluar bunga pun dah bersyukur sangat NA 😀

      Delete
  2. Assalam Ujie, PZ ada tanam beberapa pokok terung...x menjadi..x berbunga dan sudahnya musnahkan aje..serik dia nak tanam..tunggu punya la lama kan...setakat ni belum berjaya nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam SA, iyaaa memang lama proses tumbesaran pokok terung ni. Ni dah dekat 3 bulan baru keluar bunga je 😅

      Delete
  3. Pokok Terung adalah sejenis pokok yg saya tanam tak pernah jadi hahaha.. tak tahu la kenapa.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok lain campak je lah biji benih naik la dia.. tapi terung ni aduhaiii..

      Delete
  4. mak saya di kampung pun tengah tanam pokok terung,bila ada yang dah keluar buah sulong tu dia punya happy macam nak tunjuk pada semua orang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memahami perasaan mak Afzan tu 🤭😆

      Delete
  5. alhamdulillah, masih boleh jawi lagi hihi.
    cantik jugak bunga terung ni. haraplah berjaya tumbuh dgn elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah masih boleh baca 😀
      InsyaAllah..aamin.

      Delete
  6. Nampak cantik bunga terung..subar..

    ReplyDelete
  7. Uncle punya sain pun dalam jawi tau....

    ReplyDelete
  8. Masa saya kecik dulu mak saya tanam pokok terung. Dia cuma siram air basuhan beras dan air siang ikan je tapi Masya Allah, terungnya lebat betul 😅 kalau saya yang buat tak menjadi pulak hehe

    ReplyDelete
  9. Bunga terung. Boleh la baca sikit2 jawi.

    ReplyDelete
  10. Oh baru tahu macam itu bentuk pohon terong ya kak 😍😍😍. Selama ini suka makan buahnya, tp tak pernah tanam sendiri 😄.

    Saya kalau huruf Jawi begini memang tak bisa. Krn tak ada dipelajari di sekolah juga. Pernah ada yg bilang, di Riau masih ada belajar huruf Jawi ini. Mungkin Krn di sana kaum Melayu Indonesia banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru pertama kali tanam 😄

      Pernah ke Pekanbaru, pertuturan orang di sana agak mirip dengan bahasa Melayu - bahasa pasar.

      Delete
  11. cantik bunga terung . tengok bunga pun dah berbunga rasa hati, moga lebat berbuah terung akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul LM, berbunga pun dah rasa bahagia 😀. InsyaAllah aamin.

      Delete
  12. Tak pernah tanam terung tapi saya suka terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka makan lauk terung, ni yang pilih tanam terung sebagai percubaan.

      Delete
  13. First time tengok bunga terung. Semoga terus tumbuh subur menjadi terung. Sejak tinggalkan sekolah memang tak pernah baca Jawi dah....memang merangkak kalau cuba baca semula ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tanam terung, saya pun tak pernah tengok bunga terung 😄
      InsyaAllah aamin..

      Hehe…sama ajelah kita, tu yang tulis tajuk Jawi pendek je. Jadi taklah teruk sangat nak merangkak baca 😅

      Delete
  14. Bunga terung...dan ia memang cantik

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Alhamdulillah…harap terus membesar keluar hasil.

      Delete
  16. Alhamdulillah seronoknya tengok pokok terung tu berbunga.. mudah-mudahan lekat buahnya aamiin...
    Sy ada pengalaman bels pokok terung pipit je hihi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru berbunga pun dah seronok kan, moga jadi buahlah.

      Ada jugaklah tanam pokok nama terung kan…😀

      Delete
  17. Terung ini antara tanaman yang mudah ditanam kan. Di rumah saya ada tanam dalam pasu, sekarang sudah berbuah dua kali hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki tu, dapat merasa hasil tanaman di rumah.

      Delete
  18. Bunganya warna sama dengan buah. Lepas ni mesti banyak muncul menu terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sentiasa berbuah, bolehlah muncul entri menu terung 😀
      Kalau takde entrinya tu, faham ajelah apa yang terjadi 😅

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****