Boleh baca tajuk entri dalam tulisan Jawi di atas? Saya buat tajuk tulisan Jawi supaya bolehlah kita sama-sama belajar menulis dan membaca tulisan Jawi walaupun cuma dua patah perkataan. Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan, maka penguasaan tulisan Jawi yang merupakan identiti bangsa Melayu kian menghilang.
Berbalik kepada tajuk entri. Pada 2 November 2025, Encik Suami semai empat biji benih pokok terung. Hasilnya, hanya dua biji benih saja tumbuh dan membesar. Bab penjagaan pokok pula menjadi tugas saya - siram, baja dan semburan racun serangga organik.
19 Januari 2026 - kemunculan tunas bunga terung yang pertama. Alhamdulillah! Seronok dan teruja walau cuma tunas bunga je, bukan buahnya pun. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya menanam pokok terung 😄
Encik Suami kata, sebaik saja keluar bunga kita kena buang daun besar di bahagian bawah pokok - bertujuan supaya nutrisi fokus kepada buah.
Esoknya, muncul sekuntum bunga berwarna ungu. Cantik!
Kuntum bunga terung yang menjadi harapan - moga tak gugur dan jadi buah terung pertama.
23 Januari 2026 - Alhamdulillah muncul lebih banyak bunga terung di kedua-dua pokok. Saya tak asingkan pokok yang tumbuh selepas disemai, jadinya ada dua pokok terung dalam satu bekas tanaman. Kalau dapat asingkan lebih bagus - supaya cukup ruang dan nutrisi bagi setiap pokok.
Beginilah rupa pokok terung saya. Rakaman foto pagi tadi.
Semoga Allah kurniakan rezeki untuk saya merasa terung tanam sendiri. Saya tanam terung bukanlah sebab nak berjimat sangat (ahli keluarga cuma berdua), tapi lebih kepada nak mengisi hidup dengan pengalaman baharu dan kepuasan menikmati hasil tanam sendiri.
Ada yang pernah tanam pokok terung? Mudah saja atau susah keluar hasilnya ya?





Alhamdulillah menjadi keluar bunga terung. Harap dapat tuai hasil
ReplyDeleteInsyaAllah aamin. Ni baru keluar bunga pun dah bersyukur sangat NA 😀
DeleteAssalam Ujie, PZ ada tanam beberapa pokok terung...x menjadi..x berbunga dan sudahnya musnahkan aje..serik dia nak tanam..tunggu punya la lama kan...setakat ni belum berjaya nampaknya..
ReplyDeleteWa salam SA, iyaaa memang lama proses tumbesaran pokok terung ni. Ni dah dekat 3 bulan baru keluar bunga je 😅
DeletePokok Terung adalah sejenis pokok yg saya tanam tak pernah jadi hahaha.. tak tahu la kenapa.. 😁
ReplyDeleteAlaa…susah eh 😄
DeletePokok lain campak je lah biji benih naik la dia.. tapi terung ni aduhaiii..
Deletemak saya di kampung pun tengah tanam pokok terung,bila ada yang dah keluar buah sulong tu dia punya happy macam nak tunjuk pada semua orang..hehe
ReplyDeleteAkak memahami perasaan mak Afzan tu 🤭😆
Deletealhamdulillah, masih boleh jawi lagi hihi.
ReplyDeletecantik jugak bunga terung ni. haraplah berjaya tumbuh dgn elok
Tahniah masih boleh baca 😀
DeleteInsyaAllah..aamin.
Nampak cantik bunga terung..subar..
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊
DeleteUncle punya sain pun dalam jawi tau....
ReplyDeleteOoh…wow 👏🏽
DeleteMasa saya kecik dulu mak saya tanam pokok terung. Dia cuma siram air basuhan beras dan air siang ikan je tapi Masya Allah, terungnya lebat betul 😅 kalau saya yang buat tak menjadi pulak hehe
ReplyDeleteSedih kan 😅
DeleteBunga terung. Boleh la baca sikit2 jawi.
ReplyDeleteBetul, tahniah 😀
DeleteOh baru tahu macam itu bentuk pohon terong ya kak 😍😍😍. Selama ini suka makan buahnya, tp tak pernah tanam sendiri 😄.
ReplyDeleteSaya kalau huruf Jawi begini memang tak bisa. Krn tak ada dipelajari di sekolah juga. Pernah ada yg bilang, di Riau masih ada belajar huruf Jawi ini. Mungkin Krn di sana kaum Melayu Indonesia banyak
Akak pun baru pertama kali tanam 😄
DeletePernah ke Pekanbaru, pertuturan orang di sana agak mirip dengan bahasa Melayu - bahasa pasar.
cantik bunga terung . tengok bunga pun dah berbunga rasa hati, moga lebat berbuah terung akak
ReplyDeleteBetul LM, berbunga pun dah rasa bahagia 😀. InsyaAllah aamin.
DeleteTak pernah tanam terung tapi saya suka terung.
ReplyDeleteSaya pun suka makan lauk terung, ni yang pilih tanam terung sebagai percubaan.
DeleteFirst time tengok bunga terung. Semoga terus tumbuh subur menjadi terung. Sejak tinggalkan sekolah memang tak pernah baca Jawi dah....memang merangkak kalau cuba baca semula ni😅
ReplyDeleteKalau tak tanam terung, saya pun tak pernah tengok bunga terung 😄
DeleteInsyaAllah aamin..
Hehe…sama ajelah kita, tu yang tulis tajuk Jawi pendek je. Jadi taklah teruk sangat nak merangkak baca 😅
Bunga terung...dan ia memang cantik
ReplyDeleteTahniah boleh baca 👏🏽😀
DeleteSuburnya pokok terung.
ReplyDeleteAlhamdulillah…harap terus membesar keluar hasil.
DeleteAlhamdulillah seronoknya tengok pokok terung tu berbunga.. mudah-mudahan lekat buahnya aamiin...
ReplyDeleteSy ada pengalaman bels pokok terung pipit je hihi ..
Baru berbunga pun dah seronok kan, moga jadi buahlah.
DeleteAda jugaklah tanam pokok nama terung kan…😀
#bela
ReplyDeleteTerung ini antara tanaman yang mudah ditanam kan. Di rumah saya ada tanam dalam pasu, sekarang sudah berbuah dua kali hehehe
ReplyDeleteRezeki tu, dapat merasa hasil tanaman di rumah.
DeleteBunganya warna sama dengan buah. Lepas ni mesti banyak muncul menu terung.
ReplyDeleteHarap sentiasa berbuah, bolehlah muncul entri menu terung 😀
DeleteKalau takde entrinya tu, faham ajelah apa yang terjadi 😅